Wednesday, May 26, 2010

2 yang wangi


Catt atas ni agak kontrovesi IDnya masa beli...rasa sangsi dgn IDnye...ID di beri ialah C Hawaiian Wedding Song x Pot Natasiri Beauty...kaler dalam foto ni tak tunjukkan kaler sebenar...sepatutunya part yang putih dlm foto ni..adalah kaler pink...bayangkan...cunnnn wei.

Aerides jarckianum x Rhyncostylis coeletis...

Monday, May 24, 2010

Menanam Hoya : Teknik 3


Kali ni ringkas je.. Korang boleh tanam dalam pasu besar sikit..lepas tu buat le T pole..nak tahan lama guna PVC paip...ketinggian pole bergantung kepada nafsu korang le...lepas tu bior le Hoya tu memanjat dan berjurai turun dari atas...

Sunday, May 23, 2010

Impian belum jadi kenyataan


Ini le impian aku..nak terbitkan satu buku pasal penanaman orkid yang mampu menjadi rujukan popular dikalangan penggemar orkid di Malaysia..nak tulis dengan berkongsi pengetahuan dan pengalaman aku sendiri selama 7 tahun menanam orkid

Pandangan aku..Malaysia kekurangan buku-buku dalam kategori botani yang boleh dijadikan rujukan..kebanyakkan buku yang aku baca tentang orkid adalah daripada luar negara, yang mana iklimnya tak sama...

Di Malaysia pula, ada penulis tentang orkid yang menulis dengan fakta yang salah dan ada juga yang turut menciplak sebahagian artikel yang aku tulis di internet dan diterbitkan..

Akhir kata..tapi tak tao le bila nak jadi bukbu aku ni..banyak benda kena fikir dan dugaan....

RARE Epidendrum

Epidendrum paniculatum...to Malaysian collectors, its very rare to have in their collection..vary in colors..from brown to green beautiful flowers..

Sunday, May 16, 2010

Meriahnya Adenium di TBV

Balik ke TBV minggu lepas....80% koleksi adenium aku tengah berbunga..mungkin cuaca siang yang amat panas ( suhu di TBV mencecah 38 deg celcius pada Ahad lepas)...dan malam sejuk ( sebab hujan )..maka induce an adeniums to flower lah!







Kenit, wangi dan wangi

2 Dendrobium kenit yang baru aku beli..tertarik dengan kalernye...


Wangi 1 - Aerides lawrenceae x Rhyncostylis coeletis 'pink'


Wangi 2 - Vanda tesellata yang biasa je...dulu kan aku dah tunjuk alba...

Lily Turun Dari Atas

2 Minggu lepas pergi Cameron Higland, bawak famili makan angin....jumpa geng geng sekepala...nak shopping orkid..tak dak yang menarik di atas tu...maka aku shopping le Lily....2 pasu untuk RM16 je..aku dah bawak balik ke TBV..tanam kattepi tiang rumah orkid aku....




Thursday, May 13, 2010

Menanam Hoya : Teknik 2



Malam ni masih ada mood nak menulis pasal Hoya..maka terhasil teknik 2 cara menanam Hoya. iaitu korang tanam Hoya dengan Trelis korang le.

Cara ni hanya memerlukan ruang yang kecil sahaja. 1 Trelis maximum untuk 2 pasu Hoya sahaja.

Teknik ini juga korang boleh tanam Hoya secara 'indoor' tapi korang kena bagi 'artificial light' sebab dalam rumah biasa cahaya tak cukup untuk bolehkan Hoya berbunga. Haaa..kat sini korang dah boleh hias satu sudut dalam rumah korang..juga jadi sumber bekalkan oksigen pada korang semua...suasana dalam rumah juga lebih sejuk..kena lak Hoya tun berbunga wangi..perghhhh EMBIPIUR pun kalah..

Jumpa lagi ...ada 2 lagi teknik tanam Hoya yang terlintas dalam kepala otak aku ni..

Wednesday, May 12, 2010

Menanam Hoya : Teknik 1



Kali ni aku nak share dengan cara nak 'bermain' dengan Hoya... kebanyakkan pengumpul Hoya di Malaysia hanya menanam Hoya sebagai tanaman hiasan berpasu..sedangkan tanaman unik ini boleh digayakan dengan pelbagai cara..

Jom aku cerita teknik 1 ni..Cuba buang semua pokok pada pergola korang tu...korang tanam Hoya pada pergola korang..

Kelebihan yang aku perhatikan apabila Hoya di tanam pada pergola ialah:-

1. Daun hoya susah gugur..maka tak perlu le selalu di sapu..
2. Pokoknya tidak tumbuh terlalu cepat dan mengurangkan masa korang untuk buat pemangkasan.
3. Hoya berbunga menarik..ada pelbagai saiz..dan yang penting ada yang berbau wangi.
4. Selain bunga..hoya juga mempunyai rupa daun yang menarik..corak urat daun unik juga boleh memberi penyeri kepada pergola korang.


Itu saje le kali ni..esok kalao rajin aku bercerita tentang teknik kedua plak..

Tuesday, May 4, 2010

2 jenis Hoya

Hoya spesis daripada Perak...tiada bau wangi.

Hoya spesis dari Sabah...Bunga yang sangat wangi baunya.

Daun Hoya daripada Sabah...


(Hoya spesis dari Sabah yang wangi ni....ada 5 keratan berakar yang boleh dilepaskan...RM15 jerr..sape nak bagitao)

Tempahan
Hoya Perak (12/5/2010)
1. Mia
2. Camillenoir
3.
4.
5.

Hoya Sabah (12/5/2010- Tawaran di tutup)
1. Mia
2. Mohd Farazi
3. Kak Sofie
4. Alifinara
5. Camillenoir

Sunday, May 2, 2010

Dendrobium williamsianum

Ni kira musim berbunga yang terbaik yang pernah aku saksikan untuk spesis ni..

Mood rosak!

Korang saksikan sikit je kali ni bunga bunga orkid yang kembang di TBV yang sempat aku 'shoot'..balik kali ni mood aku rosak le...ada 'big thing' telah berlaku di BFV menyebabkan aku macam nak membunuh orang je...itu sekiranya membunuh orang bukan satu dosa ler....

Epidendrum yang masih berkembang dgn baik bunganya..

Brassavola David Sander..

spesis sudah lupa ID dia laa..

Dendrobium gouldii pun masih kembang dengan baik..

Dendrobium curly and horn yang wangi...hibrid dia ni..



Dendrobium aggregatum dengan kumbang belangkas....saja je aku bela kumbang ni..

Bulbophyllum birennianum...free flowering species..


Dendrobium anosmum..