Page Abstract

1. Main
The main page of this blog. You are here. Page that collects photos from our plants collection(mainly orchids) that are flowering at the posted time.

2. About TBV
Introduction of TBV and Bera district (where TBV is)

3. About Pahang
Anything about the state of Pahang, such as interesting places to visit, activities of the population and many more.

4. Diseases
Share about the common diseases always occur to your orchid in the tropical climate.

5. Fungicide
The type of fungicide available in Malaysia to treat the plant's diseases.

6. Pesticide
The type of pesticide available in Malaysia to treat the plant's pest.

7. Fertilizer
The fertilizers that we use for our plants.

8. Nature
Any photo about the beauty of the nature in Malaysia from our view. They are may about the tree, waterfall or animal.

9. Insect
The page that collects my photo from macro shoot. Subject are all kind of insects found around my garden.

10. Scene
The page that collects all photo taken by my intuitive, something that caught my attention suddenly.


Nak belajar tanam Orkid? Dapatkan buku hebat ini :)

Nak belajar tanam Orkid? Dapatkan buku hebat ini :)
Ia ditulis berdasarkan pengalaman penulis sendiri. Boleh dibeli di Karangkraf Mall secara online ya. :)

Bab Bonus

Buku ini juga membincangkan mengenai perladangan Vanila di Malaysia di dalam Bab Bonus. Penulis memberi pandangannya mengenai permasalahan yang perlu diatasi sebelum melakukan pelaburan di dalam perladangan Vanila di Malaysia.

Friday, June 25, 2010

Orkid berasal dari testis?!!!

Tahu tak korang asal usul nama orkid?

Nama orkid adalah diperolehi daripada sejenis orkid terrestrial yang bernama Orchis. Is bukan spesis daripada Malaysia. Diberitahu bahawa..ubi orkid ini menyerupai seakan akan testis..atau cakap mudahnya ialah telur orang lelaki.

Photo source : http://www.biologie.uni-hamburg.de/b-online/library/webb/BOT311/BOT311-00/anthophyta_significant_life_cycl.htm

Nah..cuba korang tengok foto kat atas tu..betul ke sebijik macam testis?

Itu saja le.

Tuesday, June 22, 2010

Take 5 : Jom buat senaman

Kawan-kawan....take 5 daripada bercerita pasal orkid dan pokok2..jom aku share sedikit ilmu yang ada...kita buat senaman yang teramat mudah untuk dilakukan dan dikatakan memberi kesan yang baik untuk otak.



Kita mula..

1. Senaman ni aku diberitahu dapat merangsang aktiviti otak dan mengurangkan risiko korang dapat nyanyuk bila tua kelak.

2. Rujuk foto..aku explain..

3. Mula dengan step 1 .. buat lokasi jari sebegitu atau seakan sebegitu rupa...janji perut ibu jari tangan kiri BERSENTUH dengan perut jari telunjuk kanan ..

DAN

perut ibu jari tangan kanan BERSENTUH dengan perut jari telunjuk tangan kiri tak perlu sangat untuk capai angle 90 darjah tu.

4. Step 2 ... adalah proses MEMUTAR KE ATAS ibu jari tangan kiri dan jari telunjuk tangan kanan agar BERTEMU KEMBALI.

5. Step 3...keadaan posisi jari-jari setelah putaran Step 2 LENGKAP dilakukan.

6. Step 4 .. sama seperti Step 2 ... yang berlainan HANYA MEMUTAR KE ATAS ibu jari tangan kanan dan jari telunjuk tangan kiri.

7. Ulangi semula senaman ini dengan semakin mempercepatkan putaran jari-jari. Sebanyak mana nak buat, terpulang kepada korang lah.

Komen penulis
1. Aku ada 4 jenis senaman yang diperolehi daripada orang-orang tua yang memberi faedah yang sama.

2. Cuma senaman yang diberi ini adalah YANG PALING MUDAH untuk dilakukan..sambil duduk, sambil baring, sambil dengar ceramah, sambil bermesyuarat, sambil mengadap komputer...boleh sahaja dibuat.

3. Sesiapa ingin buktikan kebaikan/kebenaran senaman ini melalui penyelidikan...silakan!

Monday, June 21, 2010

3 spesis wangi

Rhyncostylis retusa 'Siam'

Rhyncostylis retusa 'Burma'

Vanda denisoniana

Ctsm. Penang Red x Ctsm. Susan Fuchs





Origin from Tangansejuk





Vanda insignis dan Epidendrum ciliare

2 spesis yang aku cari lama dah..akhirnya berjumpa jua..


Epidendrum ciliare - ramai orang terkeliru ingatkan spesis ni adalah kaum kerabat Cattleya..sebab pokoknya sebijik macam Cattleya.

Vanda insignis - wangi

Anda pilih aje

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...

Semua pokok Bogak di bawah di buka untuk jualan...tetapi bukan aku yang jual..sesiapa yang berminat boleh hubungi 012 5532215 - Remy, brader ni duduk kat Batu Kurau, Perak...korang boleh sembang dengan dia pasal pokok ni..korang boleh kaw tim harga dengan dia....sebab dia memang terer bab pokok ni...tak silap dia akan turun ke Pesta Floria, Putarajaya yang bermula 10 Julai 2010 ni...mana-mana yang berkenan aku rasa korang boleh tempah dan mintak dia bawa sekali...kurang le kos korang nak pergi ngambiknya ye tak?














Saturday, June 19, 2010

Cycad @ Paku Aji @ Bogak @ Paku gunung

Kawan kawan...

Aku cuba bercerita pasal pokok purba ini ye...mungkin ada antara anda yang amat meminati pokok yang dikatakan telah berada di bumi ni pada 280 juta tahun yang lalu.




Kenapa aku ingin berartikel mengenai pokok ini?

Semalam aku berkesempatan berkunjung ke gerai Brader Remy yang berasal dari Batu Kurau yang menjual pokok ini di Festival Orkid@Tasik 2010.

Hasil sembang sembang dengan Brader Remy..aku akui dia memang berpengetahuan dalam pokok ini..maka aku pun berguru le serba sedikit dengan dia pasal pokok ni..untuk tambah pengetahuan pasal pokok.

Asalnya adalah seperti aku dengan dunia pokok eksotik...bermula dengan hobi..Pokok ini amat perrrlahan pertumbuhannya..banyak terdapat di negeri-negeri belah utara Malaysia Barat.

Pokok ini terdapat jantan dan betinanya...cara nak mengenalnya ialah..pokok betina berbonggol besar dan tidak meninggi...pokok jantan berbonggol kecil dan tumbuh lebih tinggi daripada pokok betina..

Pembiakan adalah melalui biji benih (sesuatu yang 'rare' untuk diperolehi) atau anak pokok..Akarnya tidak menunjang tetapi seperti akar pokok kelapa..hidup di habitat asal di celahan batuan gunung.