Page Abstract

1. Main
The main page of this blog. You are here. Page that collects photos from our plants collection(mainly orchids) that are flowering at the posted time.

2. About TBV
Introduction of TBV and Bera district (where TBV is)

3. About Pahang
Anything about the state of Pahang, such as interesting places to visit, activities of the population and many more.

4. Diseases
Share about the common diseases always occur to your orchid in the tropical climate.

5. Fungicide
The type of fungicide available in Malaysia to treat the plant's diseases.

6. Pesticide
The type of pesticide available in Malaysia to treat the plant's pest.

7. Fertilizer
The fertilizers that we use for our plants.

8. Nature
Any photo about the beauty of the nature in Malaysia from our view. They are may about the tree, waterfall or animal.

9. Insect
The page that collects my photo from macro shoot. Subject are all kind of insects found around my garden.

10. Scene
The page that collects all photo taken by my intuitive, something that caught my attention suddenly.


Nak belajar tanam Orkid? Dapatkan buku hebat ini :)

Nak belajar tanam Orkid? Dapatkan buku hebat ini :)
Ia ditulis berdasarkan pengalaman penulis sendiri. Boleh dibeli di Karangkraf Mall secara online ya. :)

Bab Bonus

Buku ini juga membincangkan mengenai perladangan Vanila di Malaysia di dalam Bab Bonus. Penulis memberi pandangannya mengenai permasalahan yang perlu diatasi sebelum melakukan pelaburan di dalam perladangan Vanila di Malaysia.

Thursday, July 29, 2010

Take another 5!

Pernah dengar senaman otot mata? Jom aku kongsi ilmu daripada khazanah orang Melayu lama. Mudah je nak buat.

1. Sebelum buat, kepala tegak dan pandang ke depan.

2. Buat step 1, kerling ke kiri..paksa mata kerling sejauh mungkin....anda akan rasakan regangan berlaku di otot mata anda...tahan selama kiraan 8 saat.. PERHATIAN..hanya mata yang bergerak...bukan kepala ye!

3. Beralih ke step 2...mata dipaksa tengok keatas...LAGI SEKALI..hanya mata..bukan kepala! selepas rasa ada berlaku regangan pada otot mata..buat kiraan 8 saat.

4. Buat step 3..kerling ke kanan..cara yang sama masa buat kerling ke kiri tadi.

5. Beralih step 4...mata pandang ke bawah...cara yang sama masa buat mata tengok atas tadi..

Yang penting...kepala tidak bergerak masa buat senaman ini..HANYA MATA!

Insya Allah, mata anda akan rasa lega.

Rhyncostylis gigantea

Fuhhhh...I'm in good mood back. :)

Catasetum Penang Red

Like the color tone of this hybrid..normally all in uniform dark red..but this plant have some red-yellowish and broad 'bowl'...

Hoya carnosa 'Indian Rope'

Wednesday, July 28, 2010

Bila MMISS bertanya

keri... kalu spike kekeringan lom sempat besar tu apa puncanya ek. camner nak get rid kumbang kuning


Reply 1818# MMISS

Ada 2 soalan kat sini ye..OK ..try jawab satu per satu

keri... kalu spike kekeringan lom sempat besar tu apa puncanya ek.

Spike kering ada 2 sebab...
1. pokok terlalu kekurangan air..maka untuk menyelamatkan dirinya dia perlu korbankan bunga...lihat ada tak tanda tanda kekurangan air...cara nak kenal..kalau simpodial orkid..lihat pada SHRINKING DEGREE of the pseudobulb...kalau monopodial...lihat pada daunnya....warna agak hijau kusam..

pokok kekurangan air selain dr kadar penyiraman yang tak cukup mungkin berpunca daripada akarnya yang telah rosak/reput dan tiada akar baru yg keluar lagi....

2. MICRO CLIMATE terlalu lembap dan penyakit bawaan kulat dan bakteria menyerang tangkai bunga...kalau rhyncostylis...biasanya kita tak sedar pucuk bunga yang baru nak naik tu terendam dek air yg bertakung kat celah daunnya...




camner nak get rid kumbang kuning
Kumbang kuning atau nama lain dia ialah KUMBANG BELANGKAS ( rujukan perosak tanam di Malaysia terbitan MARDI)....kumbang ini akan meninggalkan larvanya yang akan memakan keseluruhan bunga orkid anda...

untuk MEMBUNUH SECARA CEPAT perlu guna RACUN KIMIA...diTBV saya menggunakan... CONFOR ( 1liter RM75, penggunaan 2ml utk 10liter air )...Carbaryl ( 1kg RM35, 25g untuk 10liter air )....dan terbaru saya gunakan satu lagi racun yg dah lupa namanya yang mampu menghapuskan juga penyakit FISH EGG... ( 1 liter RM105, 5ml untuk 10liter air).. saya guankan racun ni secara berselang dgn neem oil...iaitu

confor + baja ---->neem + baja ----->carbaryl + baja ----> neem + baja -----> racun baru + baja


kenapa buat begini?
untuk elakkan serangga develop imun system terhadap sesuatu jenis racun....

boleh ka kalau guna alternate racun jenis lain?
boleh..dgn syarat racun itu mampu mengawal/merawat penyakit yg kita nak kawal/rawat... contoh di atas itu ialah yg saya praktiskan di TBV sahaja.


( Transkrip daripada sebuah forum, seorang pengunjung forum tersebut bertanya tentang penyakit orkid )

Tuesday, July 27, 2010

Latihan Industri di TBV



Dimaklumkan terdapat pelajar di institut pengajian tinggi dalam jurusan pertanian, perladangan, hortikultur dan sehubungannya mengalami kesukaran untuk mencari tempat Latihan Indsutri.

Maka, sebagai ingin menyertai untuk menyelesaikan masalah ini dan tanggungjawab sosial, pihak pengurusan TBV telah sudi jika ada mana-mana pelajar jurusan tersebut juga sudi ingin melakukan Latihan Industri/Latihan Praktik/Latihan Amali di TBV.

Secara kasar silibusnya ialah;

1. Pengurusan Ladang Kelapa Sawit
Bertempat di ladang kelapa sawit seluas 10 ekar di Felda Bukit Pucung.

2. Pengurusan Nurseri Orkid
Bertempat di Felda Bukit Pucung.

3. Pengurusan Ladang Kemboja
Bertempat di Bera Flower Valley seluas 8 ekar di Bandar Bera.

4. Pengurusan bunga-bungaan lain.
Bertempat di Felda Bukit Pucung dan Bera Flower Valley.

5. Pencegahan dan perawatan penyakit tanaman.
Bertempat di Felda Bukit Pucung dan Bera Flower Valley.

Monday, July 26, 2010

Orkid - orkid

NOID Dendrobium hybrid.

Aerides lawrencea AM

Aerides lawrencea

Note : Antara 2 Aerides di atas..foto yang pertama lebih menarik..tangkai bunga yang panjang..kaler yang lebih kontras berbanding dengan foto di bawahnya.

Oncidium Golden Shower

Oncidium Lilian Oka..wangi.

Tillandsia - tillandsia

Rasanya dah lama aku tak update pasal koleksi peribadi Tillandsia aku...balik minggu lepas ada beberapa yang masih survive di TBV sedang berbunga...Tillandsia di TBV kurang berjaga sebab kekangan masa. Mana nak tanam orkid yang baru sampai, nak membaja lagi, meracun lagi....lepas tu nak berkejar ke Bera Flower Valley (BFV) lagi..

Di TBV walaupun kawasan tak luas tetapi memang ada banyak kerja yang belum selesai. Rasanya nak tiru kawan di Kuantan le, ambil beberapa pelajar untuk buat latihan industri kat TBV.

Tillandsia flabellata

Tillandsia streptophylla

Tillandsia ionantha

Tillandsia ionantha

NOID Kemboja Kuning

ID tak tahu...nak kena tanya Sifu Kemboja, Kak Esah ler jawabnya...wangi yang lembut dan sedap...jambak bunga besar..boleh mancapai saiz sebiji bola sepak.


Dah dapat ID dia..mentor dah bagi.. Plumeria Peterson Gold.

Thursday, July 22, 2010

Pengumuman Maaf

Minta maaf kepada sesiapa yang ada buat tempahan pokok dengan saya. Sebab terlalu lama masa menunggu. Ini disebabkan jadual mingguan saya telah bertukar secara drastik bermula JUN 2010 yang lepas..menyebabkan saya jarang dapat pulang ke TBV.

Ada antara pokok-pokok yang ditempah oleh anda memang telah ada di TBV dan sedia untuk di hantar..dan juga ada yang masih belum sedia untuk dihantar kerana kadar pertumbuhannya yang lambat dan belum stabil.

Oleh itu, jika anda jemu menunggu..adalah tidak menjadi satu masalah jika anda hendak membatalkan tempahan..ini juga akan dapat menghilangkan rasa bersalah saya terhadap anda..tetapi jika anda masih sanggup menunggu... SAYA AMAT MENGHARGAINYA!

Tuesday, July 20, 2010

1 lagi kajian

Ini pula adalah kajian aku untuk mengetahui respon orkid terhadap perubahan suhu sekitarnya. Faedah kajian ini ialah dapat membuatkan aku lebih memahami perangai pokok orkid dan ketepatan orkid memerlukan air. Maka, dengan satu teknik yang tepat untuk mengetahui masa menyiram akan membolehkan aku menjimatkan kos elektrik dan kos air.

Mungkin bagi anda berapalah sangat kos2 tersebut..tetapi tidak bagi aku..dengan keluasan kawasan penanaman yang semakin bertambah dan kekangan kewangan..penjimatan KOS OPERASI bagi aku adalah yang PALING UTAMA perlu di perhatian.

Maaf, aku tak dapat bercerita lebih panjang tentang kajian ini kerana masih banyak lagi data-data yang perlu aku dapatkan.

Monday, July 19, 2010

Kajian Saintifik 2 hari

Maaf...topik ni agak berat sikit...sebelum aku bercerita lebih lanjut tentang kajian pendek aku ni..aku nak ucapkan terima kasih kepada Prof Madya Dr Zainazlan daripada Fakulti Kejuruteraan Elektrik, UiTM Shah Alam kerana telah meminjamkan pada aku 'data logger' untuk aku buat kajian pendek ini dan juga komen-komen berilmu daripada beliau tentang data-data yang telah aku perolehi..

Pengenalan
Kajian pendek aku ialah 'Pengaruh Iklim Mikro Dalam Penanaman Orkid : Kajian Awal'. Kajian telah dilakukan selama 2 hari sahaja di dua tempat yang telah dipilih untuk plot kajian iaitu; rumah orkid di Klang dan di TBV. Data-data yang ingin di lihat ialah variasi suhu, kelembapan, kandungan air dalam udara dan intensiti cahaya.

Kenapa aku pilih kajian ini?..berdasarkan pemerhatian aku; 1. Kualiti orkid orkid aku di TBV adalah jauh lebih baik masa aku tanam di Klang dahulu. 2.Ada orkid yang sukar berbunga di Klang lebih mudah berbunga apabila di bawa ke TBV. Maka, aku mahu cari jawapannya secara teknikal, bukan secara gebang kosong sahaja.

Cara kajian
'Data Logger' dibiarkan selama 2 hari di kedua-dua tempat untuk merekod 4 elemen yang aku nak tahu. Hari pertama di letakkan di bawah 'double layer net' dan pada hari kedua diletakkan di bawah 'single layer net' yang terdapat di dalam rumah orkid sedia ada. Kerja-kerja merekod dilakukan secara automatik setiap selang 5 minit oleh 'data logger'.

Keputusan kajian

1. Suhu
Suhu di Klang adalah lebih tinggi daripada TBV. Perbezaan suhu di TBV lebih besar iaitu 13.71 deg C berbanding di Klang hanya 10.48 deg C.

2. Kelembapan di TBV adalah lebih tinggi berbanding di Klang.

Daripada 2 graf di atas, menunjukkan semakin tinggi suhu, kelembapan akan menurun.

3. Kandungan air dalam udara tidak menunjukkan sebarang perbezaan yang ketara untuk kedua-dua tempat.

4. Intensiti cahaya di Klang adalah lebih tinggi berbanding di TBV.


Kesimpulan
1. Suhu sekitar purata 20 deg C, kelembapan purata about 90% dan intensiti cahaya yang sederhana memberikan keperluan untuk orkid hidup dengan lebih subur.

2. Perbezaan suhu yang tinggi di TBV membuatkan orkid lebih mudah berbunga.

Hoya mitrata

A few latest blooms from TBV

Cattleya Natasiri Fireball...wangi!

Rhyncostylis coeletis 'blue'..baru beli dan baru siap tanam je..

Mini dendrobbium hibrid..NOID

Rhyncostylis retusa..

Bulbophyllum medusae "Pahang'


3 varieties of Vanda tesellata

1. Vanda tesellata 'green'
2. Vanda tesellata 'brown'

3. Vanda tesellata 'blue' ..sorry..NO PHOTO YET! :)

Thursday, July 15, 2010

Koleksi bukuku 4


Terbaru dalam koleksi...dibeli dari bookshop di Australlia...memang bagus buku pasal Adenium ni...dapat kenal species dan hibrid..banyak foto..siap kaler lagi..

Juga terbaru dalam koleksi..juga dibeli dari bookshop di Australia...aku pemilik 460 dari seluruh dunia...semua foto kaler...memang best!

Ni plak kitab pasal penyakit...terbitan MARDI..masa aku ambil buku ni dan nak pergi bayar...staf MARDI sound kat aku...buku ni mahal bang! RM70 :) ..Ye saya tao! Memang saya nak beli..

Cerita banyak pasal orkid luar negara....best gak le...aku beli sebab bosan masa tunggu adik aku yang kena masuk besi kat rahang di hospital Klang..

The best kitab orkid aku rasa...sebab cerita dalam suasana iklim tropika...RM70 kalau tak silap...susah nak dapat dah sekarang ni..

Buku paling mahal dalam koleksi aku..dekat 3 ratus....satu satu buku pasal Tillandsia dalam koleksi aku.

Apesal aku beli buku ni :0...saja nak tahu pasal teknik mengawet bunga bunga....

Koleksi bukuku 3


Bercerita pasal tanaman Puding, Aglonaema dan Adenium...murah..tapi kurang menarik..foto kurang...

Beli masa aku punya penyakit orkid tahap kronik....hanya tentang local species..

Kitab Dendrobium aku...sebab tu le nampak dah agak lunyai...buku ni juga telah dipinjam oleh sahabat yang tahu menjaga harta yang dipinjam....masa bagi pinjam elok je..bila pulang...ada muka surat yang kembang sebab basah..aku tanya kenapa ni? Dia jawab selamba je...TAK TAHU.....brengset! RM170 harga buku ni.

Kitab paku pakis aku...lebih best sebab bercerita dalam suasana iklim tropika...

Beli sebab nak tambah ilmu tentang pertanian organik!

Koleksi bukuku 2


Dulu konon2 nak buat koleksi bonsai..tapi putus di tengah jalan..sebab aku bukan orang yang sabar.. :)... so buku ni disimpan je le...cuma sekarang aku kembali ke arah bonsai tapi dengan menggunakan pokok Adenium sebagai study plant aku.

Buku terbitan MARDI ni bercerita tentang beberapa tanaman herba yang berpotensi diusahakan secara komersial...lengkap dengan anggaran kos operasi dan kadar keuntungan..

Buku tentang periuk kera ni dihadiahkan oleh Dato' Oman masa dia pergi buat 'lawatan rasmi' ke Indonesia...memang menarik! Cuma bahasanya dalam Indon le..tapi masih boleh difahami..

Beli sebab nak tahu lebih pasal Organic Gardening/Farming.... tapi bercerita dalam suasana luar negara...tapi masih ada bahan2 yang boleh diperolehi di Malaysia juga.

Apseal aku beli buku ni? :0 .. buku ni aku beli sebab nak menambah ilmu dalam bidang pengurutan.. dan juga tambah ilmu tentang penggunaan herba...

Koleksi bukuku 1


The Savage Garden: Buku ni rasanya susah dah nak dapat kat pasaran Malaysia...dulu masa nak cari buku ni, aku pergi MPH SACC Mall tanya, officer dia search kat komputer dan bagitao ada satu je lagi kat MPH Giant Seksyen 13..apalagi terus je le aku pecut kereta ke sana...rupanya buku ni dah 'dicampak' kat bahagian 30% diskaun..

Aku juga peminat burung..maka masa datang MPH, kebetulan buku ni ada diskaun..aku beli je terus...kalau duit ada juta-juta..maonya aku set up satu taman burung terbesar kat Pahang!

Antara buku terawal aku beli...konon2 nak mendalami teknik penjagaan pokok2 secara indoor..

Buku ni beli masa tengah ada sale....flora and fauna adalah personal interest aku...harga pun murah masa tu..sambar je le ..boleh claim kat LHDN... :)

Buku ni antara buku yang menarik kandungannya...bercerita tentang sejarah dan jenis2 tanaman di Malaysia...