Tuesday, August 28, 2012

Bulbophyllum makoyanum




Spesis yang amat jarang dijumpai di dalam koleksi  pengumpul pengumpul orkid di Malaysia..sebab? Ntah! aku pun tak tahu.. antara Bulbophyllum spesis yang mesti menjadi buruan peminat peminat Bulbo. Inilah kali pertama dia berbunga dalam koleksi aku dan timing dia plak memang kena dengan waktu aku berada di TBV...so memang dah rezeki aku nak shoot dia ni..dan dokumenkan kewujudan dia ni dalam blog aku untuk tatapan korang yang minat dengan  orkid liar.



Bulbophyllum spathulatum





Antara spesis Bulbo yang best..walaupun ada yang tak minat nak simpan sebab jarak antara pseudobulb dia jauh antara satu sama lain...memang nampak hodoh la kalau batang kayu yang korang guna untuk tanam dia ni tak padat dengan rumpunan Bulbo ni....tapi kekurangan itu akan korang rasa berbaloi dengan bunganya yang banyak..keluar menjengol di pseudobulb..sekarang memang musim dia ni berbunga di TBV. Bulbo ini adalah spesis tempatan...diperolehi daripada seorang kawan di Jelebu.


Habenaria rhodocheila




Kali ini aku berjaya membungakan kembali spesis yang  jenis kejap hidup kejap mati ni.. Spesis orkid liar ni ada dormant period, aku memang dah berkali try  nak jaga spesis ni...bermacam jenis media dah aku guna...akhirnya eksperimen guna 100 sphagnum moss berjaya!...aku tanam dalam pasu tanah liat yang   biasa orang guna untuk tanam orkid Cattleya...dan aku abaikan sahaja...tak dak la nak jenguk selalu untuk tahu perkembangannya seperti sebelum ni....akhirnya nah..berbunga kembali....mungkin lepas ni aku nak cari lagi beberapa jenis  spesis ni....dengar dengar ada bermacam jenis kaler dia ni..

Dendrobium tobaense







Spesis Dendrobium yang susah nak hidup di tanah rendah. Aku SANGGUP jaga spesis ni lepas seorang kawan offer nak hantar ke TBV lepas aku berikan syarat, kalo mati jangan salahkan aku ye.....sebab spesis ni memang antara Dendrobium yang  susah  di low land..apa yang korang boleh harap ialah....dia boleh  adapt dengan suasana lowland  untuk jangkamasa yang aku sendiri pun tak tahu.....lepas foto bunga dia ni aku shoot, aku buang terus bunga dari pokoknya..sebab nak anto signal kat sistem pokoknya...nko belum sedia untuk mati.....besarkan anak yang keluar tu dulu.....sebab ada newshoot keluar dari  matured stem dia ni....


Epicattleya Rene Marques 'Flame Thrower' HCC/AOS



Epicattleya Rene Marques = Epidendrum  pseudepidendrum x Cattleya Claesiana


Wednesday, August 15, 2012

MyOrchidPhotos @ www.orchidspecies.com

Here are the several of my orchid photos that has been published at  www.orchidspecies.com ...and yes.... the owner, Jay Pfahl got my permission to use them....I'm also love to share my collections with other orhidoholics around the world through his  famous website.

Bulbophyllum cheiropetalum

Bulbophyllum restrepia

Dendrobium linguella

Dendrobium bifarium

Bulbophyllum streptosepalum

Coelogyne septemcostata