Apa itu Tillandsia?
Tillandsia ialah salah satu tanaman daripada famili yang dipanggil Bromeliad. Dua jenis spesis daripada famili Bromeliad yang terkenal ialah nenas (Ananas comosus) dan Spanish moss ( Tillandsia usneiodes ). Tillandsia usneiodes lebih dikenali di Malaysia dengan nama Janggut Nabi.Tillandsia mula menjadi tarikan di Malaysia sebagai salah satu elemen taman yang eksotik dan berupaya menarik perhatian peminat flora.Keunikan TillandsiaAkar Tillandsia hanya berfungsi untuk memegang sesama sendiri atau media yang digunakan untuk menanamnya. Makanan dan air diserap daripada persekitaranmelalui satu sel pada daunnya di panggil ‘trichrome’. Kecantikkan Tillandsia ialah semasa berbunga dan tangkai bunganya. Semasa berbungaia akan menukar warna asal daunnyakepada warnamerah, jingga atau kuning.Tangkai bunga yang berwarna warni dan mampu bertahan diantara seminggu ke 7 bulan, bergantung kepada sesuatu spesis.Kitar Hidup TillandsiaTillandsia dihabitat semulajadinya ialah tumbuhan epifit. Ia biasa ditemui hidup di pokok perumah bersama dengan tumbuhan epifit lain seperti orkid, paku pakis dan juga sesama famili Bromeliad seperti Vriesea, Guzmania dan Neoregelia. Setiap pokok Tillandsia yang matang hanya hidup sekali sahaja. Iaitu ia membesar, berbunga dan mati.Tetapi selepas proses berbunga dan mati, pokok tillandsia matang akan mengeluarkan anak pokok yang di panggil ‘pup’ untuk meneruskan kelangsungan generasinya. Jumlah pup yang dikeluarkan mungkin berbeza untuk setiap spesis Tillandsia. Secara purata ialah setiap Tillandsia matang akan mengeluarkan minimum 2 pup dan maksimum 10 pup. Tillandsia sebagai hiasan.Tillandsia amat sesuai dijadikanpokok hiasan sama secara indoor atau outdoor. Ia adalahpokok yang amat mudah hidupdan dijaga.Beberapa teknik menggunakan Tillandsia seperti :
Rekabentuk taman yang dipanggil ‘Bromscape’ iaitu taman yang hanya dipenuhi segala jenis pokok di dalam famili Bromeliad. Terdapat 51 genus di dalam famili Bromeliad.
Taman epifit – Tillandsia di tanam bersama dengan epifit lain seperti orkid, paku pakis, hoya .
Taman vertikal – Dinding yang dihiasi dengan pelbagai Tillandsia
Sebagai tanaman hiasan gantung sama ada secara individu atau digabungkan dengan beberapa spesis Tillandsia.
Bonsai Tillandsia – menggunakantunggul kayu sebagai media perumah Tillandsia.
Tanaman hiasan di dalam akuarium ( terrarium atau vivarium ).
Penjagaan Tillandsia
Penyiraman
Tillandsia masih memerlukan penyiraman dilakukan. Kadar penyiraman bergantung kepada faktor cuaca semasa dan juga iklm mikro setempat. Secara asasnya Tillandsia hendaklah di siram sekali sehari pada musim panas dan 3 hari sekali pada musin hujan. Waktu penyiraman yang paling baik ialah waktu pagi diantara pukul 9-11. Penyiraman yang melampau akan menyebabkan penyakit reput pucuk mudah berlaku.
Pembajaan
Amat mudah. Hanya sebulan sekali dengan kepekatan ¼ daripada yang disyorkan. Kepekatan yang tinggi akan menyebabkan lecur pada daun jika baja kimia digunakan. Penggunaan baja organik adalah lebih selamat. Teknik semburan kabus adalah amat sesuai digunakan di dalam pembajaan Tillandsia kerana ia menyerap makan hanya melalui daun.
Cahaya
Secara asasnya Tillandsia yang berdaun hijau memerlukan kadar lindungan cahaya sebanyak 20-30%. Tillandsia yang berdaun silverish hanya memerlukan kadar lindungan sebanyak 5-10% sahaja.
Pengudaraan
Tillandsia adalah epifit. Maka pengaliran udara adalah amat penting untuk ia hidup dengan sibuk dan dapat mengurangkan risiko serangan penyakit.
Kelembapan
40-60%
Suhu
10 deg celcius – 33 deg celcius
Pembiakan Tillandsia
Koleksi Tillandsia anda akan dapat diganda dengan 2 cara:
Biji benih
Biji benih amat ringan seperti kapas. Penyemaian biji benih mengambil masa yang lama.
Pemisahan pup
Lebih mudah. Pup di pisahkan daripada pook induk dan di tanam sebagai pokok individu yang baru. Jika tidak , biarkan sahaja pup-pup itu membesar untuk membentuk rumpun yang lebih menarik
Cara menanam pup.
Cabut pup drpd pokok induk. Pup yang sesuai untuk dicabut ialah apabila ia telah mencapai 1/3 daripada saiz pokok induk.
Anda boleh menggunakan dawai halus berpenebat, tali tangsi, benang atau hot glue untuk mengikat pup.Gunakan daya kreatif anda untuk menanam pup itu.
Antaranya ialah
lekatkan pada tunggul kayu
ikat dan gantungkan guna tali tangsi
lekatkandi atas batu atau
apa sahaja media yang anda suka.
Penyakit Tillandsia
Kulat
Penyakit reput pucuk adalah serangan kulat yang utama pada Tillandsia
Rawatan – guna racun kulat dalam kepekatan yang cair iaitu ¼ daripada yang disyorkan jika jangkitan dapat dikesan lebih awal.
Serangga
scale insect, mealy bug dan mites adalah seranga penghisap cecair tanaman yang kerap menyerang Tillandsia
Belalang suka makan daun Tillandsia. Bahaya sebab kelangsungan hidup Tillandsia bergantung 100% pada daun bukan pada akar.
Rawatan – gunakan racun serangga yang boleh menghapuskannya. Juga dalam kepekatan yang cair iaitu ¼ drp yang disyorkan.
Page Abstract
1. Main
The main page of this blog. You are here. Page that collects photos from our plants collection(mainly orchids) that are flowering at the posted time.
2. About TBV
Introduction of TBV and Bera district (where TBV is)
3. About Pahang
Anything about the state of Pahang, such as interesting places to visit, activities of the population and many more.
4. Diseases
Share about the common diseases always occur to your orchid in the tropical climate.
5. Fungicide
The type of fungicide available in Malaysia to treat the plant's diseases.
6. Pesticide
The type of pesticide available in Malaysia to treat the plant's pest.
7. Fertilizer
The fertilizers that we use for our plants.
8. Nature
Any photo about the beauty of the nature in Malaysia from our view. They are may about the tree, waterfall or animal.
9. Insect
The page that collects my photo from macro shoot. Subject are all kind of insects found around my garden.
10. Scene
The page that collects all photo taken by my intuitive, something that caught my attention suddenly.
Nak belajar tanam Orkid? Dapatkan buku hebat ini :)
Bab Bonus
Buku ini juga membincangkan mengenai perladangan Vanila di Malaysia di dalam Bab Bonus. Penulis memberi pandangannya mengenai permasalahan yang perlu diatasi sebelum melakukan pelaburan di dalam perladangan Vanila di Malaysia.
Friday, July 4, 2008
Keajaiban Tillandsia
Keajaiban tillandsia
Oleh Hartini Mohd Nawi
tini@hmetro.com.my
IDEA setiap konsep pembinaan taman lebih memberikan seribu erti sekiranya sentuhan peribadi diketengahkan selari dengan kesesuaian tanaman dan ruang.Apatah lagi, sifat tanaman yang fleksibel dan sesuai untuk pelbagai konsep taman memungkinkan penggunaan meluas di seluruh dunia.Tillandsia umpamanya, mula menjadi tarikan peminat landskap dan pemilik kediaman kerana sinonim dengan elemen taman yang eksotik.Mungkin masih kurang dikenali tetapi tillandsia sering kelihatan menghiasi laman melalui pelbagai karakter dan jenisnya.Menurut Penasihat Teknikal B’Green Fertiliser Resources, Mohd Khairi Nordin, tillandsia ialah sejenis tumbuhan daripada keluarga bromeliad.“Dua jenis spesies daripada famili bromeliad yang terkenal ialah nanas atau nama saintifiknya ananas comosus dan Spanish moss atau tillandsia usneiodes yang dikenali sebagai janggut nabi di negara ini.“Tumbuhan ini dikatakan berasal dari Amerika yang mem punyai iklim tropika dan boleh hidup subur di negara kita selain ada 501 spesies tillandsia yang diketahui setakat ini,” kata Mohd Khairi.Tumbuhan berkenaan pada habitat semula jadinya ialah tumbuhan epifit dan biasa ditemui hidup pada pokok pe rumah bersama tumbuhan epifit lain seperti orkid, paku pakis serta sesama famili bromeliad seperti vriesea, guzmania dan neoregelia.Tidak dinafikan, keunikan tumbuhan itu sendiri yang sesuai untuk semua konsep taman membuatkan ia sering menjadi pilihan selain tidak memerlukan penjagaan rapi.Akar tillandsia hanya berfungsi untuk memegang sesama sendiri atau media yang digunakan untuk menanamnya.Makanan dan air diserap daripada persekitaran melalui satu sel pada daunnya dipanggil trichrome.“Tillandsia lebih kelihatan menarik dan indah ketika ber bunga manakala tangkai bunganya itu boleh bertukar da ripada warna asal menjadi merah, jingga atau kuning.“Selain tangkai bunga yang berwarna-warni, ia mampu bertahan dalam tempoh antara seminggu hingga tujuh bulan, bergantung kepada spesiesnya,” kata Mohd Khairi.Setiap tillandsia yang matang hanya hidup dalam tempoh tertentu iaitu membesar, berbunga dan mati.Bagaimanapun, selepas proses berbunga dan mati, tillandsia matang pasti mengeluarkan anak pokok yang dipanggil pup untuk meneruskan pembiakan generasinya.Jumlah pup yang dikeluarkan mungkin berbeza untuk setiap spesies tillandsia dan secara purata, setiap tillandsia matang mampu mengeluarkan minimum dua pup dan maksimum 10 pup.Menyedari ia antara tumbuhan yang sesuai di taman dan ruang kediaman, tillandsia hakikatnya amat mudah dijaga melalui beberapa teknik yang sesuai diketengahkan.Antaranya adalah menghasilkan reka bentuk taman yang dipanggil bromscape iaitu taman yang hanya dipenuhi semua jenis pokok di dalam keluarga bromeliad kerana ada 51 genus di dalam famili berkenaan.Taman epifit pula membabitkan tillandsia ditanam bersama dengan epifit lain seperti orkid dan paku pakis, sementara taman vertikal pula memperlihatkan dinding yang dihiasi dengan pelbagai tillandsia.Ia juga terkenal sebagai tanaman hiasan gantung sama ada secara individu atau digabungkan dengan beberapa spesies tillandsia lain.Bonsai tillandsia juga boleh ditampilkan menggunakan tunggul kayu sebagai media perumah tillandsia selain sesuai sebagai tanaman hiasan dalam akuarium.Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai tanaman unik ini, boleh layari laman web http://bgreenfertilizer.googlepages.com/
petikan dr harian metro 31Mei2008

Subscribe to:
Posts (Atom)