Page Abstract

1. Main
The main page of this blog. You are here. Page that collects photos from our plants collection(mainly orchids) that are flowering at the posted time.

2. About TBV
Introduction of TBV and Bera district (where TBV is)

3. About Pahang
Anything about the state of Pahang, such as interesting places to visit, activities of the population and many more.

4. Diseases
Share about the common diseases always occur to your orchid in the tropical climate.

5. Fungicide
The type of fungicide available in Malaysia to treat the plant's diseases.

6. Pesticide
The type of pesticide available in Malaysia to treat the plant's pest.

7. Fertilizer
The fertilizers that we use for our plants.

8. Nature
Any photo about the beauty of the nature in Malaysia from our view. They are may about the tree, waterfall or animal.

9. Insect
The page that collects my photo from macro shoot. Subject are all kind of insects found around my garden.

10. Scene
The page that collects all photo taken by my intuitive, something that caught my attention suddenly.


Nak belajar tanam Orkid? Dapatkan buku hebat ini :)

Nak belajar tanam Orkid? Dapatkan buku hebat ini :)
Ia ditulis berdasarkan pengalaman penulis sendiri. Boleh dibeli di Karangkraf Mall secara online ya. :)

Bab Bonus

Buku ini juga membincangkan mengenai perladangan Vanila di Malaysia di dalam Bab Bonus. Penulis memberi pandangannya mengenai permasalahan yang perlu diatasi sebelum melakukan pelaburan di dalam perladangan Vanila di Malaysia.

Sunday, May 31, 2009

Aksi '2 orang' Beruk

Ni nak 'share' satu lagi aksi makhluk Allah...dia datang masa saya berenti singgah sebab anak-anak merengek nak mandi air terjun di tepi jalan masa 'on the way' balik kampung pada hari khamis lepas ( cuti sampai rabu depan, esok nak ke nurseri Dengkil sebab nak ambil pokok yang di 'booking')3 foto terakhir di bawah menyentuh 'jiwa bapa' aku, ibu beruk ni membawa anak yang masih kemerahan lagi untuk mencari makanan, aku sedih sebab tak dapat memberinya makanan sebab memang tiada makanan dalam kereta masa tu..

Kelicap Klang

Akhirnya berjaya gak 'snap' si Kelicap yang membuat sarang di tepi rumah aku di Klang ni.. love to share it!

Monday, May 25, 2009

C.A.M = CAM bunyinya

Kawan-kawan..

  • Pernah tak terbaca kat mana-mana di internet yang bagitau orkid ialah sejenis CAM 'plant'?

  • Pernahkah terfikir CAM 'plant' tu apa dia?

Kali ni saya nak bercerita pasal si CAM ni le..sebab bila anda tahu apa dia...harap ia boleh menambahkan 'skill' anda dalam penjagaan orkid.

CAM maksud dia ialah Crassulacean Acid Metabolism. Satu proses di mana gas karbon dioksida ( CO2 ) diserap oleh tanaman pada waktu malam. Kemudian CO2 tu disimpan dalam bentuk 2 jenis asid yang dipanggil asid malic dan asid aspartic pada daun tanaman CAM 'plant' ini.

Pada siang harinya CO2 dalam bentuk asid-asid ni akan dilepaskan kembali ( tetapi masih di dalam sel daun tu le ) untuk digunakan semasa proses fotosintesis.

Apa dia? Tak faham lagi? Nah, saya cuba sampaikan secara piktorial pula. Harap terus faham la ye.

Hebatkan Allah mencipta alam ni? Sebab itu orkid hidup menumpang di pohon pohon tanaman lain. Sebab tanaman lain tu melakukan proses respirasi ( pernafasan ) pada waktu malam .. iaitu serap oksigen dan lepaskan CO2... dan CO2 ni pula diserap oleh tanaman CAM ni.

Pada waktu siang tanaman lain tu serap CO2 dari persekitaran tetapi si tanaman CAM ni plak tak perlu dah nak berebut, sebab dah serap pada waktu malam.

Hah, apalagi, waktu malam kang, korang pergi le bernafas kat bawah pondok orkid korang..bagi CO2 tu kat orkid...ha ha ha ha... :)

Si Betina cantik!

Maaf ye kalau terkejut pasal tajuk tu..saja nak cerita pasal bunga Catasetum ni ha..Biasanya bunga betina orkid catasetum mempunyai rupa yang tidak menarik..tetapi tidak untuk Catasetum saccatum ini..ia masih kelihatan menarik walaupun berbunga betina! Nampak lucu gak kan? Emm..betina cantik yang lucu...kira ok lah!

Kat bawah ni lak rupa bunga jantannya..agak menyeramkan rupanya ye.. 'lubang besar' tu rasa macam nak menyedut mangsa je kan?


Tip nak dapatkan;

1. Bunga betina - dedahkan pokok kepada cahaya lebih terang ( pada kadar 80% ) dengan kadar kelembapan yang kurang.

2. Bunga jantan - pokok diberi kadar cahaya 60% dan kadar kelembapan tinggi.

Sunday, May 24, 2009

Alo, Alo...Alocasia and Anthurium!

Untuk makluman kengkawan sekalian, di sini koleksi Alocasia dan Anthurium aku dah semakin bertambah..

  • Alocasia, aku lebih berminat dengan struktur daun yang kontra warnanya dan rupa yang unik ( ikut ukuran mata aku le )
  • Anthurium - lebih berminat dengan ' bird's nest form'..dan juga yang 'pendulous type'..ala kira hidup secara epifit le..
...saksikanlah yang terkini di TBV.. ada yang masih tak bernama, sedang mencari ID...sesaper tahu, habaq mai la no.

Alocasia amazonica







Semua Anthurium di atas, akau tak tahu ID dia..please help me!

Blooming at 4th week of May 2009

Last week, went back to my hometown again, where is TBV located. So, I shared with you all the blooming exotic stuffs. Enjoy!

Wow! At last, Hoya coronaria 'red' blooming at TBV after 4 years I have it! But it worth! I have 2 varieties for this species...this red and the white flower (below).



Sorry for the blurred image of Chrisentonia vietnamica (above) ..but the beauty of this species still can be appreciated enough.



Dendrobium cretaceum..with white fragrant flower.


Friday, May 22, 2009

Statistik Pasal Orkid

Kot kot la korang berminat dan teruja nak menceburi bidang florikultur. Maka, aku bagi le info-info ni untuk tatapan korang.



Potensi Besar Orkid

(Sumber : http://harizamrry.wordpress.com )
  • KOTA KINABALU 7 Feb. – Selain aktiviti pertanian dan penternakan secara besar-besaran, perusahaan bunga orkid merupakan satu lagi industri yang begitu berpotensi diteroka dan dikomersial melalui pelan tindakan Koridor Pembangunan Sabah (SDC) yang dilancar baru-baru ini.
  • Industri orkid sebelum ini kurang diberi perhatian oleh sektor swasta di Sabah sedangkan ia sebenarnya amat berdaya saing untuk diketengahkan sebagai salah satu produk yang cukup menguntungkan sama ada bagi pasaran tempatan atau dieksport ke luar negara.
  • Sabah sebenarnya mempunyai banyak kelebihan untuk muncul sebagai pusat pengeluar eksport utama orkid negara memandangkan negeri ini mempunyai lebih 1,000 spesies orkid yang tidak terdapat di tempat lain.
    Daripada jumlah tersebut sebanyak 850 spesies sahaja ditemui di Taman Kinabalu, di Ranau.
  • Mengikut rekod Persatuan Orkid Borneo Sabah (BOSS), kepulauan Borneo secara keseluruhan memiliki lebih daripada 1,500 spesies orkid dan sebanyak 1,000 daripadanya terdapat di seluruh hutan di Sabah.
    Kekayaan sumber semula jadi itu bagaimanapun belum dimanfaat oleh pengusaha tempatan dan pihak yang bertanggungjawab lain untuk mengetengahkan potensi industri tersebut ke tempat yang sewajar dan selayaknya.
  • Presiden BOSS, Datuk Chan Chew Lam berkata, pada masa ini terdapat hanya 50 pengusaha bunga di Sabah yang membekalkan orkid untuk keperluan negeri ini dengan jumlah pendapatan sekitar RM50,000 setahun.
  • ”Kita perlukan lebih ramai pengusaha orkid di Sabah, penanaman bunga ini perlu dilakukan secara berperingkat-peringkat dengan melakukannya secara kecil-kecilan terlebih dahulu.
  • ”Keperluan dalam negeri perlu diatasi terlebih dahulu kerana pada masa kini, Sabah masih mengimport orkid yang sudah siap dipotong dari Semenanjung dan juga negara jiran,” katanya.
  • Beliau berkata, permintaan orkid di negeri ini biasanya datang dari industri hotel selain digunakan untuk majlis seperti perkahwinan, pengkebumian, hari jadi, upacara keagamaan, keramaian dan pada masa musim tertentu.
  • Pasaran orkid sama ada tempatan atau pun dunia terbahagi kepada tiga kategori permintaan iaitu orkid yang siap dipotong, orkid yang dikacukkan dan orkid yang dijual dengan pokoknya sekali.
  • Jenis orkid yang kedua menjadi permintaan utama pada masa kini dan kategori itu juga merupakan import utama ke Sabah. Selain itu, pilihan ketiga turut menjadi trend terkini berikutan jangka hayat pokoknya yang boleh hidup lama.
  • Orkid yang dikacukkan menjadi pilihan utama kerana ia mempunyai warna menarik, saiz lebih besar, bentuk serta kelopaknya yang berbeza selain bunga berkenaan tahan lebih lama berbanding spesies asalnya.
    Bagi sesetengah negara yang tidak mempunyai orkid, bunga tersebut dianggap sebagai tumbuhan yang istimewa, unik dan eksotik. Di Sabah, setiap hari spesies orkid baru ditemui berikutan negeri ini kaya dengan flora dan faunanya.
  • Melalui spesies tempatan itu, ia mampu dikacuk menjadi beratus-ratus jenis orkid baru dan hasil tersebut mampu menjadikan Sabah memiliki produk orkid tersendiri yang hanya boleh didapati di Malaysia.
  • Justeru, bagi mengatasi masalah kekurangan orkid di sini, pengusaha tempatan perlu proaktif terlibat dalam industri tersebut dengan melakukan kajian dan seterusnya merancang penanamannya untuk jangka masa yang panjang.
  • Selepas keperluan dalam negeri dapat ditampung, langkah kedua yang perlu dilakukan ialah dengan mengeksport orkid yang terdapat di Sabah dan Borneo bukan sahaja ke Semenanjung tetapi ke serata dunia.
  • Bagi mengimport orkid ke luar Sabah, perusahaan berskala besar perlu dilakukan dan pengangkutan udara yang konsisten pada setiap hari perlu ada supaya bunga-bunga itu sampai pada waktunya bagi membolehkan ia terus segar dan tidak layu.
  • Bukan itu sahaja, kerajaan khususnya Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Sabah perlu memainkan peranan yang paling utama bagi memastikan industri itu mendapat pasaran bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia.
  • Untuk tujuan itu, bakal para pengusaha bunga itu perlu mencontohi industri orkid di Thailand yang sudah 30 tahun membina nama dalam industri tersebut selain menjadi pengeksport utama bunga tersebut ke seluruh dunia.
  • Industri di Thailand itu disokong penuh oleh kerajaan mereka selain memiliki pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) khas untuk membangun dan memajukan bidang berkenaan.
  • Timbalan Presiden BOSS, Albert Yong Su Hin pula berkata, keistimewaan dan kemajuan industri tersebut di sana bukan sahaja diberi perhatian khusus oleh kerajaan mereka tetapi mempunyai perkhidmatan udara khas untuk tujuan eksport.
  • “Thailand menjadi salah satu pembekal orkid utama untuk pasaran dunia. Di negara mereka, bunga itu diambil dari kebun-kebun orkid di seluruh Thailand, kemudian dikumpul di sebuah pusat orkid khas sebelum dieksport.
  • “Industri orkid di sana mendapat sokongan penuh daripada pengusaha dan pihak kerajaan termasuk perkhidmatan udara yang menyediakan perkhidmatan khusus untuk mengeksport ke negara yang melanggan.
  • “Bekalan orkid boleh disediakan pada bila-bila masa dalam jumlah yang banyak untuk tujuan eksport dan perusahaan bunga di Thailand turut diusahakan oleh pekebun-pekebun kecil,” ujarnya.
  • Su Hin berkata, satu lagi contoh negara Asia yang berjaya dalam industri itu ialah Taiwan yang menjadi pengeksport utama orkid jenis phalaenopsis yang diusahakan di kawasan seluas 500 hektar.
  • Menurutnya lagi, Taiwan mengeksport 90 peratus orkid berkenaan dengan pokoknya sekali ke negara seperti Eropah, Amerika Syarikat dan Jepun dengan harga yang sangat murah.
  • Sehubungan itu, tidak mustahil Sabah mampu muncul sebagai pengeksport utama orkid dunia kerana negeri ini mempunyai tanah yang subur, luas dan sesuai untuk penanaman bunga itu dalam skala yang besar.
  • Selain kawasan yang terbentang luas, Sabah juga mempunyai spesies orkid yang banyak malah sekiranya dikacukkan, akan lahir spesies baru yang lebih menarik dan unik sekali gus menjadikan negeri ini tumpuan utama dunia dalam perindustrian orkid.
  • Di negara seperti Taiwan, selain diusahakan di kebun-kebun bunga, ia turut diusahakan dalam bilik kaca disebabkan ketiadaan tanah yang cukup dan sesuai untuk tujuan berkenaan.
  • Sekiranya industri itu mampu dibangunkan secara komersial, ia secara tidak langsung akan menyahut seruan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada tahun lalu yang mahukan Malaysia menjadi pengeksport orkid terbesar dunia.
  • Ketika berucap semasa merasmikan Festival Bunga dan Taman Putrajaya (Floria Putrajaya) 2007 di Pesisiran Tasik Presint 2 di Putrajaya, Ogos lalu, Abdullah berkata, tidak mustahil Malaysia muncul sebagai pengeksport orkid terbesar dunia.
  • Bagaimanapun, beliau membayangkan matlamat tersebut tidak akan dicapai selagi bunga orkid yang ditanam di negara ini tidak dieksport ke negara lain.
  • Sebagai langkah permulaan untuk memulakan industri itu, Pertunjukan Orkid Borneo 2007 di Kota Kinabalu pada Ogos tahun lalu yang dianjurkan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu dan BOSS dilihat sebagai satu langkah untuk bergerak lebih jauh ke hadapan.
  • Penganjuran pameran orkid peringkat antarabangsa itu sudah tentu akan memperkenal kepelbagaian spesies dan keistimewaan orkid Borneo dan spesies orkid lain yang terdapat di Sabah.
  • Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman melalui ucapannya pada majlis itu berkata, pameran seumpama itu akan melahirkan minat di kalangan masyarakat terhadap orkid dan seterusnya mengusahakan tanaman tersebut.
  • “Kerajaan Negeri menyokong usaha memajukan industri orkid ini kerana saya yakin ia mampu meningkatkan tahap sosio penduduk dan membantu menjana lebih banyak pembangunan di negeri ini.
  • “Kita berharap pameran ini akan dapat menarik minat di kalangan peminat orkid dan juga generasi muda kita di Sabah untuk menerokai industri penanaman orkid yang masih lagi belum diusahakan sepenuhnya.
  • “Saya menyeru pusat-pusat penyelidikan kerajaan seperti Jabatan Hidupan Liar, Jabatan Pertanian, Universiti Malaysia Sabah dan taman-taman Sabah membuat penyelidikan bagaimana untuk menjana industri orkid di Sabah,” ujarnya.
  • Selain pameran itu, usaha pihak BOSS untuk menerbit jurnal khas mengenai spesies orkid di Sabah, Malaysia dan seluruh rantau Asia Tenggara merupakan satu langkah positif untuk memperkenalkan orkid di kalangan rakyat Malaysia.
  • Chew Lam, selaku peneraju utama majalah berkenaan berkata, edisi pertama akan diterbitkan pada 28 Februari ini setebal 150 muka surat yang membariskan penulis dan pengkaji orkid dari seluruh dunia.
  • “Ia akan menampilkan spesies orkid dari seluruh dunia khususnya dari Sabah dan Malaysia. Penerbitan ini adalah yang pertama seumpamanya dan kita berharap dengan cara ini, pencinta orkid akan bertambah di Malaysia.
  • “Seterusnya ia akan menimbulkan kesedaran betapa negara ini kaya dengan spesies orkid dan pada masa yang sama, kita berharap perusahaan orkid akan dimulakan,” katanya.

Potensi orkid menjana RM

  • Pasaran untuk orkid keratan sedang meningkat di antara 6-9 peratus setahun dan penggunaannya dijangka mencapai USD $35 billion. Di antara jenis orkid yang dieksport adalah Aranda, Vanda, Mokara, Arachnis dan Dendrobium. Jepun, EU dan Amerika Syarikat merupakan antara negara yang tinggi penggunaan orkid sebagai hiasan.]

  • Di pasaran global, Thailand merupakan pengeksport terbesar ke Jepun, EU dan Amerika Syarikat. Permintaan orkid sedang meningkat di pasaran dunia dengan adanya hibrid baru yang dikeluarkan oleh negara pengeksport yang dapat mengikut kehendak dan citarasa pengguna. Selain Thailand, Singapura turut mengeksport ke negara-negara tersebut.

  • Di Malaysia, nilai eksport negara menunjukkan tren meningkat dan pada tahun 2001 sebanyak RM11,360,387 dan eksport Malaysia sekarang tertumpu pada Singapura (52.3%), Jepun (21.6%) dan Australia (16.6%). Orkid dieksport mengikut gred, panjang tangkai dan kualiti.

  • Tanaman orkid di Malaysia tertumpu di beberapa negeri seperti Johor, Perak, Pahang dan Selangor. Dianggarkan seluas 774 hektar ditanam dengan pelbagai hibrid orkid komersil. 40% pengeluaran adalah dari Johor, 20.4% dari Perak dan 15% dari Selangor.
Sumber : Plan Pemasaran Orkid
P/S : Maaf ye kalau anda bosan dengan artikel artikel ini...sekali sekala anda berkunjung ke tangansejuk rasanya haruslah disuntik dengan 'side story' tentang orkid. Mana tahu anda teruja kan?

Orkid dan cerita

Kawan kawan ..

Di sini aku kongsi teks ucapan semasa perasmian pembukaan Taman Orkid Kuala Lumpur, sebagai pembakar semangat kita untuk terus memelihara dan memulihara orkid khususnya.
( Sumber : http://www.pmo.gov.my/ )



Penyampai: DATIN SERI DR. SITI HASMAH BINTI HAJI MOHD. ALI
Tajuk: PERASMIAN TAMAN ORKID KUALA LUMPUR
Lokasi: TAMAN TASIK PERDANA
Tarikh: 15-04-1986

Yang Berusaha Pengerusi Majlis;Yang Berhormat Datuk Shahrir Abdul Samad, Menteri Wilayah Persekutuan; Yang Berbahagia Datuk Elyas Omar, Datuk Bandar Kuala Lumpur; Dif-Dif Kehormat; Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian.

Terlebih dahulu saya mengucapkan berbanyak terima kasih di atas peluang yang diberikan kepada saya untuk hadir ke Majlis pada pagi ini dan seterusnya merasmikan sebuah Taman Orkid yang julung-julung kalinya diadakan sebagai taman khas di negara kita.

2. Sebagaimana yang kita sedia maklum bunga Orkid atau bunga Anggerik bukanlah sejenis bunga yang asing kepada kita kerana bunga Orkid kini telah terdapat secara meluas, yang ditanam bukan sahaja oleh penggemar-penggemar orkid sebagai hobi malahan juga telah ditanam secara meluas untuk tujuan perniagaan. Dalam sejarah perkembangan bunga orkid, Malaysia telahpun terkenal sebagai sebuah tempat berasalnya bunga-bunga orkid. Bunga orkid asli banyak terdapat dihutan-hutan rimba bukan sahaja di Semenanjung Malaysia bahkan juga di hutan rimba di negeri Sabah dan Sarawak. Demikian juga halnya dengan orkid daripada jenis kacukan (hybrids) yang telah banyak dibiakkan secara meluas di seluruh negara.

3. Di masa-masa yang lampau bunga-bunga orkid hanya ditanam oleh golongan yang berada sahaja kerana pada masa itu orkid amat mahal harganya dan sukar pula untuk didapati.Saya masih ingat lagi pada awal tahun 60-an dahulu jenis-jenis orkid seperti Aranda Christine dijual mengikut ukuran kaki iaitu berharga tidak kurang daripada $60.00 satu kaki. Demikian juga dengan jenis seperti Mokara Bibi dan Ascocenda Happy Beauty dijual dengan mahalnya malahan harganya setanding dengan harga-harga saham yang ternama di pasaran saham pada ketika itu.

4. Tetapi kita bersyukur kerana pada masa ini, harga bunga orkid telah turun. Syabas diucapkan kepada para saintis, para penyelidik dalam bidang pengkacukan bunga orkid dan juga di atas daya usaha badan-badan sukarela seperti Persatuan-Persatuan Orkid yang telah banyak membawa kemajuan dalam bidang ini. Melalui cara baru iaitu cara 'tissue culture', berbagai-bagai jenis kacukan orkid telah dapat dihasilkan -- kini telah terdapat tidak kurang daripada 50 ribu jenis kacukan (hybrids) orkid terdapat di seluruh dunia. Di atas usaha yang gigih yang dilakukan oleh orang-orang tertentu tadi kita turut mendapat nikmatnya.Kini bunga orkid bukan sahaja digemari sebagai hobi untuk memenuhi waktu lapang tetapi telah menjadi satu perusahaan yang menguntungkan, malahan telah mendatangkan tukaran wang asing daripada eksport keratan bunga-bunga hidup (cut flowers) ke luar negeri. Namun demikian kalau dilihat daripada segi peranan negara kita dalam bidang pengekspotan keratan bunga-bunga orkid ke luar negeri, negara kita masih lagi jauh ketinggalan kalau dibandingkan dengan negara-negara jiran terutamanya Thailand, Indonesia dan Singapura.

5. Walau bagaimanapun Kerajaan telah sedar akan kedudukan serta hakikat ini dan kita sendiri telah sedar bahawa perusahaan orkid boleh dijadikan satu potensi yang besar dalam bidang tukaran wang asing. Usaha-usaha kita sehingga ini walaupun belum lagi dapat dibanggakan tetapi telah dapat mendorong kita untuk mempertingkatan lagi perusahaan orkid.Kalau hendak disebutkan agak banyak jenis-jenis spesis orkid yang terkenal di dunia terdapat di negara kita yang berjumlah tidak kurang daripada 800 jenis kesemuanya. Ini termasuklah dari jenis Vanda, Arachnis, Aranda, Mokara dan lain-lainnya. Kita telah dapat menghasilkan kacukan seperti Aranda Christine, Aranda Subang, Aranda Wan Chark Kuan, Mokara Chark Kuan, Mokara Dinah Shore, Ascocenda Happy Beauty, Dendrobium Dr. Mahathir, Vanda Dr. Siti Hasmah dan lain-lain. Kebanyakan daripada jenis-jenis orkid ini telah banyak dieksport ke luar negeri sebagai keratan bunga hidup.

Tuan-tuan dan Puan-puan,

6. Di sini saya ingin menyentuh tentang usaha kita dalam mencantikkan bandaraya Kuala Lumpur. Saya sendiri berpendapat usaha-usaha untuk mengindahkan lagi bandaraya Kuala Lumpur tidak semestinya diletakkan beban tugasnya kepada Kerajaan semata-mata. Tugas dan tanggungjawab ini sepatutnya kita pikul bersama. Setiap golongan terutamanya kaum wanita yang gemarkan kepada bahan-bahan yang cantik seperti pokok-pokok bunga harus mengambil bahagian yang cergas untuk memberi sumbangan tenaga serta masa terhadap pengindahan bandaraya kita. Ini dapat dilakukan melalui pertubuhan-pertubuhan tertentu yang berkaitan dengan bidang tanaman bunga hiasan untuk turut sama mengambil bahagian seperti menaja kawasan-kawasan tanaman, tanah-tanah lapang untuk dijadikan taman bunga dan seterusnya dijadikan tanaman di kawasan-kawasan perumahan masing-masing. Tetapi kita seharusnya tidak lupa memberi perhatian untuk menghias serta mencantikkan kawasan perkarangan rumah kita sendiri kerana pengindahan kawasan di rumah kita merupakan sebahagian daripada pengindahan bandaraya kita.

7. Di sini saya ingin mencadangkan kepada Yang Berbahagia Datuk Bandar supaya melancarkan lebih banyak lagi pertandingan kebersihan dan pengindahan kawasan-kawasan perumahan yang dapat dijalankan secara berterusan dengan membanyakkan tanaman bunga-bunga hiasan termasuklah bunga-bunga orkid. Saya percaya kalau minat ini dapat ditanam dan dimajukan di kalangan penduduk-penduduk Bandaraya Kuala Lumpur ini, ia akan dapat memberi sumbangan yang besar dalam mengindahkan lagi Bandaraya Kuala Lumpur.

Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian,

8. Menyentuh kembali tentang Taman Orkid Kuala Lumpur yang dimajukan oleh pihak Dewan Bandaraya saya berasa bangga kerana ia merupakan yang julung-julung kalinya pernah diwujudkan di negara kita sebagai satu taman khas untuk bunga orkid. Taman ini nanti bukan sahaja dapat memenuhi hasrat untuk memberi galakan serta mempopularkan bunga orkid di kalangan penduduk-penduduk Kuala Lumpur malahan ia dapat menjadi tarikan kepada para pelancung baik dari dalam mahupun dari luar negeri yang datang ke Kuala Lumpur.

9. Sebagaimana yang telah disebutkan oleh Menteri Wilayah Persekutuan tadi, Taman Orkid ini akan dilengkapkan dengan bangunan pejabatnya sendiri di mana akan diadakan berbagai-bagai akvititi untuk mempopular serta memajukan perusahaan orkid termasuk bidang penyelidikan serta lain-lain kemudahan. Demikian juga akan diadakan sebuah konservatory atau 'Orchidarium' iaitu sebuah tempat mempamer serta menyimpan orkid daripada jenis 'endangered specis' yang terdapat di hutan-hutan belantara kita yang nanti dapat dipamerkan kepada pelawat-pelawat yang mengunjungi kawasan ini. Saya percaya hasrat Kementerian Wilayah Persekutuan serta Dewan Bandaraya untuk menjadikan Taman ini sebagai Taman Orkid Negara akan tercapai. Saya berharap Kerajaan pusat akan dapat menimbang serta menerima cadangan ini dan menyeru kepada sidang hadirin sekalian untuk sama-sama memberi sokongan serta perhatian yang berat supaya taman ini benar-benar mencapai matlamat serta objektif yang dirancangkan.

10. Dalam usaha membangunkan taman ini saya telah difahamkan bahawa Dewan Bandaraya telah mendapat sokongan serta kerjasama daripada Persatuan Anggerik Selangor dan Wilayah Persekutuan, Persatuan Orkid Malaysia, Persatuan Penanam Orkid serta Selangor Garden Society. Saya percaya dengan adanya sokongan daripada badan-badan tersebut, beban tugas yang dipikul oleh Dewan Bandaraya akan menjadi lebih mudah dan saya percaya taman ini nanti akan benar-benar dapat dijadikan sebagai taman contoh dan model bukan sahaja bagi negara kita Malaysia malah di rantau negara-negara ASEAN.

11. Di sini juga saya diberi peluang serta kesempatan untuk mengisytiharkan satu lagi hasil kacukan orkid baru yang diberi nama 'Renantanda Kuala Lumpur City'.

Tuan-tuan dan Puan-puan,

12. Akhir kata saya tidak lupa untuk mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Kementerian Wilayah Persekutuan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan seterusnya kepada Jawatankuasa Taman Orkid dan Pameran dan lain-lain lagi yang telah turut sama berusaha untuk mengadakan Taman dan juga Pameran pada hari ini.

13. Saya dengan sukacitanya membuka Taman Orkid Kuala Lumpur ini dengan rasminya.

Sunday, May 17, 2009

Masih kembang & Baru kembang

Hanya yang kat atas ni je masih kekal berbunga, yang lelain kat bawah ni, baru je kembang bila aku balik ke TBV hujung minggu lepas. Di TBV masih kaya dengan 'natural pollinators'. So, hopefully some of my orchid seeds will grow naturally.







The true color of this Dendrobium anosmum should be darker than this.


The original form of Phalaenopsis bellina. Not bad huh!