Sempena Hari Bumi ni aku nak bercerita berkenaan hutan.
Apa fungsi hutan?Hutan amat penting di bumi kerana tujuan seperti di bawah.
1. Sebagai Tangki Karbon dioksida.Ia akan menyimpan karbon dioksida yang dilepaskan daripada pelbagai sumber. Secara tak langsung mengurangkan Kesan Rumah Hijau.
Haaa..korang nampak tak tu? Aku ulang..sebagai tangki karbon dioksida...minggu lepas aku tengok dokumentari kat Discovery Channel...depa buat projek menanam hutam semula di belah belah Amerika tu...projek menanam pokok bakau menggunakan kapal terbang..depa kata jika jadi...hutan yang depa create semula tu dapat absorb 13 GIGATAN gas karbon dioksida.
Bayangkan le kalau hutan tak dok..makin panas le dunia.
2. Sebagai sumber makanan leKat dalam hutan ni memacam sumber makanan yang ada...hutan le punca utama wujudnya pelbagai jenis makanan yang ada kat dunia ni haaa..
3. Sebagai sumber perubatanHaaa..sekarang ni kebanyakkan penawar penyakit kita perolehi daripada ekstrak tanaman yang dah sah sah asalnya daripada hutan...
Bayangkan le kalau hutan tak dok..1. Pembalak pembalak haram yang merampok balak pun akan menerima akibat buruk...masa hutan banyak depa dok curi kayu balak....tapi bila dah dunia dah terima kesan buruk akibat kurangnya hutan...masa tu duit ada banyak pun depa tak bleh nak survive le..
(Kat Malaysia ni aku dapat tahu kes balak balak haram ni di back up oleh orang orang besar..betul ke?)
2. Beriadah dalam hutan seperti mandi manda air terjun, panjat gunung, jungle trekking dan lelain berkaitan hutan adalah aktiviti 1000 kali lebih sihat berbanding beriadah kat disko atau pub. Dosa pun kurang kan? ha ha ha ha.
Tu je le kot artikel pendek aku sempena Hari Bumi...