Hibrid ni memang menjadi kesukaan aku bila dia berbunga. Sebab? Bunga yang compact, kombinasi warna yang memang cun dan kelopak bunga yang lebih keras.
Ni saja je aku test shoot guna white background, nak tengok adakah ia mampu serlahkan lagi warna subjek ni...dan personally aku rasa jawabnya ialah YA!
Pokok ni aku tanam pada tunggul kayu, diletakkan di bawah kanopi pokok mangga yang aku rasanya kadar lindungannya ialah antara 50% hingga 70%...pembajaannya aku membaja dengan baja yang berSEAWEED yang dikeluarkan oleh B'GREEN.. :) :).... sirman plak...setiap hari aku siram..tak perlu takut pada pseudobulbnye busuk kerana seperti aku kata tadi..aku tanam pada tunggul kayu...