Page Abstract

1. Main
The main page of this blog. You are here. Page that collects photos from our plants collection(mainly orchids) that are flowering at the posted time.

2. About TBV
Introduction of TBV and Bera district (where TBV is)

3. About Pahang
Anything about the state of Pahang, such as interesting places to visit, activities of the population and many more.

4. Diseases
Share about the common diseases always occur to your orchid in the tropical climate.

5. Fungicide
The type of fungicide available in Malaysia to treat the plant's diseases.

6. Pesticide
The type of pesticide available in Malaysia to treat the plant's pest.

7. Fertilizer
The fertilizers that we use for our plants.

8. Nature
Any photo about the beauty of the nature in Malaysia from our view. They are may about the tree, waterfall or animal.

9. Insect
The page that collects my photo from macro shoot. Subject are all kind of insects found around my garden.

10. Scene
The page that collects all photo taken by my intuitive, something that caught my attention suddenly.


Nak belajar tanam Orkid? Dapatkan buku hebat ini :)

Nak belajar tanam Orkid? Dapatkan buku hebat ini :)
Ia ditulis berdasarkan pengalaman penulis sendiri. Boleh dibeli di Karangkraf Mall secara online ya. :)

Bab Bonus

Buku ini juga membincangkan mengenai perladangan Vanila di Malaysia di dalam Bab Bonus. Penulis memberi pandangannya mengenai permasalahan yang perlu diatasi sebelum melakukan pelaburan di dalam perladangan Vanila di Malaysia.

Tuesday, April 20, 2010

10 foto










Kenal penyakit orkid: Serangan siput

Jom kali ni aku try cuba ajor korang pasal Siput plak..

2 foto kat bawah ni ialah contoh serangan pucuk anak orkid yang telah diserang olegh siput..

Siput jenis apa? Tak kira apa jenis..asal nama pangkalnye SIPUT je..sure dia akan menyerang orkid..

Serang kat mana? Biasa siput akan menyerang kat tempat-tempat yang lembut bahagian orkid..seperti daun baru...mata tunas dan juga akar orkid..

Cara menyerang? Biasanya dia akan makan sikit2...dan aktif pada waktu malam..

Kesan serangan? Pokok akan terencat pertumbuhannya...ye le..sebab daun dan akar sudah rosak maaa...




Cara nak kawal?
Korang guna je racun siput..pi beli kat kedai racun...yang low-class sekampit RM5 je..yang power sikir sekilo RM12...

Cara TBV?
Terima kasih..terima kasih sebab menjadi pengikut mazhab TBV...:)
Selain guna racun siput SIPUTOX aku juga menggunakan racun serangga penghisap air tanaman...aku guna CONFOR...tapi untuk siput aku bancuh dengan dos yang tingi...sebab aku ada teori TBV aku sendiri..

Apa teorinya?
Cuba korang ambik racun serangga dan korang tonggang sebotol..mampuih tak? Kalau ikut hukum akal sure le korang mampuih sebab dos racun tu tinggi dan boleh membunuh manusia..so teori ni le aku guna pakai untuk counter attack serangan siput dan belalang di TBV...

Harap korang lebih faham sekarang dan terus gila dengan orkid.

Seksi Hawaiian

Catat rekod...7 kuntum dalam satu tangkai kali ni...memang syiok membela si Hawaiian Passion ni..


Monday, April 19, 2010

Yang wangi-wangi

Semua pokok di bawah adalah wangi!






Amat susah dilihat

Epidendrum yang sukar dilihat di kalangan pengumpul orkid di Malaysia..tetapi tidak jika anda ke TBV..he he he :)

Brassavola perinii

Spesis yang jarang dilihat dikalangan pengumpul orkid di Malaysia.


Rare Platy Again

Platycerium Aunty Au..a beautiful hybrid from Thailand

The anak of Platycerium Aunty Au..


Just an extra post for fern lover....
My Platycerium stemmaria growing into big size now..

Memburu Asco

Baca bebetul ye kengkawan...ASCO bukan APCO....ASCO for Ascocentrum...minggu lepas aku pergi menYERDANG .. kali ni aku gila beli segala jenis Ascocentrum le plak...so ada le dalam 6 jenis Asco..



Blooming Bulbo





Gorgeous Graveo

First time bloom in year 2010..very impressive! gorgeous, marvellous so fantastic.. he he :)






Sunday, April 18, 2010

Kenal Penyakit Orkid : Antraknos (Anthracnose)

Antraknos ialah salah satu penyakit tanaman bawaan kulat yang turut juga menyerang orkid.

Jom kita tambah ilmu tentang penyakit ini.

Cara nak kenal penyakit ini...cara paling mudah untuk aku terangkan ialah dibantu dengan 3 foto dibawah ni haaa...rasanya lebih mudah untuk menyerap di dalam di neuron neuron otak korang sebelum ia di'save' kat memori otak korang..

Foto 1
Antraknos pada daun Coelogyne rochussenii


Foto 2
Antraknos pada daun Coelogyne asperata


Foto 3
Antraknos pada daun Bulbophyllum lobii


Daripada 3 3 foto ni boleh le aku simpulkan cara mengenal Antraknos. Caranya ialah terdapat garisan berulang ulang seolah-olah seperti peta kontor (contour map)pada bahagian daun yang terkena jangkitan. Korang boleh nampak tak 'line contour' tu?

Cara nak merawat Antraknos..(ikut mazhab TBV la ye)

1. Aku potong dulu bahagian daun yang terkena jangkitan..
2. Aku ambik le racun kulat dan spray le...

Antara racun kulat yang aku gunakan secara berselang ialah 'neem oil', benomyl, topsin dan thiram...

Harga racun?
harga paling murah 'neem oil' le..5 ringgit je...kalau mcm benomyl, topsin dan thiram tu around 30-35 ringgit je le

kalau korang nak lebih power lagi korang boleh guna antracol.. rege antracol tak pasti..tapi korang kena bawak duit kurang kurang RM150 le...takut tak cukup plak kan...kerana kebiasaannya racun kulat yang khusus kepada penyakit tertentu mencapai ratusan RM le regenye..


Sekian
Moga korang dapat manfaat kat artikel santai aku ni.

Tuesday, April 13, 2010

Kumbang belangkas

Kumbang belangkas ni memang perosak orkid yang amat di 'bengkek' oleh penanam orkid. Nak pula kalau penanam komersial..mao pecah kapla, 'tension' sebab bunga banyak rosak..

Ni ha rupa Kumbang belangkas....ni le nama tempatan yang diberi..mungkin disebabkan kumbang ni selalu berkepit jantan betina...mereka kalau menyerang tanaman biasa ber'couple' le...

Rupa daun yang di serang Kumbang belangkas.

Lagi 'tension' bila bunga kena serang ye tak? Abih hodoh rupa bunga yang asalnya cun..


Cara kumbang ni musnahkan pokok orkid anda..
1. Makan daun dan bunga orkid
2. Meninggalkan zuriat larva-larva yang akan mengambil alih tugas mak bapaknye...iaitu makan bunga orkid korang le..

Cara nak rawat
1. Gunakan racun serangga..
Neem or H20 based insect spray...kalau nak 'power' lagi pergi cari Carbaryl (Kelas 3) atau Confidor (Kelas 3) atau Confor (Kelas 2).

2. Korang boleh kutip dengan tangan le..