Thursday, April 16, 2009

Kenapa dari Klang ke TBV?

Sebab-sebabnya...

1. Aku perhatikan koleksi tanaman aku macam orkid dan paku pakis lebih hidup subur di TBV..mungkin disebabkan pencemaran persekitaran yang tak seteruk di Klang.

2. Dek kerana Bulbophyllum graveolen aku berbunga! Spesis ni antara yang susah berbunga bila aku jaga di Klang..lepas bawa ke TBV..dalam setahun terus berbunga..apalagi, angkut le lebih banyak ke TBV. Ini mungkin di sebabkan..(lihat 3)

3. Perbezaan suhu siang-malam yang tinggi (temperature drop), ia merupakan salah satu faktor untuk tanaman berbunga. Di TBV, tiada sebarang data berangka yang aku ambil untuk perubahan suhu tu...hanya melalui deria rasa je..bagaimana? Bila siang panasnya sehingga terpaksa buka baju...dan bila malam sejuk sehingga wajib kena pakai selimut.. kalau kat Klang..siang pun panas..malam pun panas..so jump to the conclusion - TBV punya beza suhu siang-malam lebih tinggi.

4. Kualiti air di Selangor memang teruk! Sedikit sebanyak memberi kesan kepada koleksi kesayangan aku...Kat TBV aku guna air bawah tanah nak siram pokok pokok koleksi aku..kos 'boring' pun murah - RM1500 je.

No comments:

Post a Comment