Tuesday, April 14, 2009

Kenapa 'Organic Gardening' ?

Aku telah memilih untuk 'bertaman' secara organik! Kenapa?

Paling utama ialah untuk kesihatan jangka panjang diri aku sendiri!

Tak ada sebab lain?
Ada.

1. Kebanyakkan koleksi aku telah dipindahkan ke kampung kerana mempunyai kawasan yang 50kali lebih luas saiz taman aku di Klang sekarang. Di kampung, ibu aku menanam sayuran, ada kucing peliharaan, ayam, itik jiran dan anak anak jiran datang bermain. Untuk keselamatan mereka semua, aku tak menggunakan racun kimia untuk kawalan penyakit tanaman.

2. Aku perhatikan, di sekitar kampung aku masih ada agen agen kawalan serangga perosak secara semulajadi. Aku biar depa je 'control' agen perosak tu!

3. Aku berminat dengan 'pertanian organik' .. maka aku jadikan kampung aku tu tempat aku bereksperimen untuk 'bertaman gaya organik'. Alhamdulillah sudah nampak perubahan disekitar kampung aku tu..tanah semakin subur.

Apa yang aku dah 'organik'kan kampung aku tu?

1. Aku dah 'lepas'kan mikrob mikrob baik ke sekitar tanah di kampung.

2. Aku juga dah 'lepas'kan kulat Mychorriza ke sekitar tanah di kampung.

3. Aku 'jemput' burung burung membuat sarang di sekitar pokok-pokok buah-buahan di kampung.

4. Aku 'pelihara' cacing tanah untuk depa baiki tanah sekitar kampung aku.

No comments:

Post a Comment