Monday, June 15, 2009

Minta maaf kepada X

X : Kenapa setiap minggu asyik keluar gambar bunga yang sama je?

Tangansejuk :

Minta maaf jika kunjungan X ke GREENFINGER memberi rasa kecewa sebab melihat foto bunga orkid yang sama je. Bukan apa...begini maksudnya..

  • GREENFINGER bukanlah blog komersial ... ia hanya berkongsi rasa 'sejuk' koleksi tanaman hiasan saya...dan perkembangan tanaman-tanaman yang saya jaga di TBV.
  • Setiap minggu saya akan balik kampung dan akan 'shoot' mana-mana bunga yang SEDANG KEMBANG....BARU KEMBANG....dan MASIH KEMBANG.
  • Memang akan dapat melihat bunga yang sama tapi foto di ambil adalah 'fresh'.
  • Bunga yang masih kembang dan dipaparkan sekali lagi - ia memberi anda info secara tidak langsung akan tempoh masa orkid tersebut dapat bertahan. Jika 3 minggu berturut melihat orkid yang sama, memberi maksud orkid itu mampu bertahan sehingga 3 minggu... Jika setiap minggu dapat melihatnya, itu bermakna ia berbunga sepanjang masa!
  • Namun begitu jika ada bunga yang baru saya beli atau bunga yang pertama kali kembang di TBV setelah bertahun jaga, sudah pasti ia akan 'melekat' di GREENFINGER bersama dengan ceritanya.
  • Ia juga membuktikan 'skill' saya dalam menjaga dan menanam orkid! Maka saya menawarkan kepakaran saya untuk dikongsi bersama anda (jika mahu).

No comments:

Post a Comment