Wednesday, June 9, 2010

Mengenal penyakit orkid : Keracunan Garam

Jom aku terang satu lagi jenis penyakit yang mungkin korang tak realize..

Ya..penyakit ni aku panggil KERACUNAN GARAM..

Macam mana ia berlaku?
Ia disebabkan apabila korang menggunakan baja kimia secara 'foliar spray' dan menanam orkid anda di dalam pasu atau media yang menyerap air seperti sphagnum moss dan sabut.

Kekerapan menggunakan baja kimia atau penggunaan baja kimia pada sukatan yang berlebihan akan memberi risiko enapan garam terjadi pada media tanaman orkid anda.

Tandanya ialah terdapat hablur halus yang bewarna keputihan atau keperangan pada media anda.

Jika enapan ini tidak di buang lama kelamaan ia akan menjadi racun kepada orkid anda dengan cara melecurkan akar orkid.

Akar orkid melecur
Ingat lagi petua tanam orkid yang aku tulis dulu..ROOT GOOD, GROWTH GOOD AND FLOWER ALSO GOOD...

Akar orkid yang melecur akan menyebabkan pertumbuhan terbantut dan akibat paling buruk ialah pokok orkid anda boleh mati!

Tanda orkid lecur ialah hujung akar terdapat tompok tompok warna coklat.

Macam mana nak atasi enapan garam ini?
Setiap bulan lakukan siraman secara melampau kepada setiap pasu orkid anda..biar pasu orkid orkid anda basah sehingga air siraman kelihatan mengalir keluar dari lubang di bawah pasu orkid.

Selepas sejam, ulangi lagi penyiraman untuk kesan rawatan yang lebih baik.

Cara mengelakkan keracunan garam
Ingat lagi petua membaja orkid yang aku telah tulis dulu? WEAKLY, WEEKLY...iaitu gunakan kepekatan baja yang rendah daripada disyorkan pengeluar semasa melakukan pembajaan mingguan.

No comments:

Post a Comment