Wednesday, June 5, 2013

Bagaimana menanam Catasetum?

Bagaimana menanam orkid genus Catasetum?
( Untuk genus seperti Clowesia, Mormodes, Cycnoches juga terpakai)

Nota:
1. Panduan penanaman di iklim Malaysia
2. Lebih terperinci, iklim di Triang Pahang.


Panduan:

1. Catasetum bukan orkid yang berasal daripada negara Malaysia.

2. Catasetum mempunyai 2 peringkat pertumbuhan iaitu 'active growth' dan  'dormant period'

3. Active growth ialah peringkat pokok mengeluarkan anak, membesar dan berbunga.

4. Dormant period ialah peringkat setelah pokok berbunga dan gugur, kebiasaanya daun juga gugur. Ia kekal pada keadaan ini pada tempoh tertentu sehingga anak mula keluar daripada 'matured pseudobulb'.

5. Dua peringkat ini  akan berulang-ulang.

6. Terdapat dua jenis bunga yang berkemungkinan terbentuk akibat daripada jumlah cahaya yang diterima iaitu 'bunga jantan' dan 'bunga betina'. Bunga jantan adalah lebih menarik dan lebih dikehendaki.

7. Cahaya :  memerlukan cahaya dalam lingkungan 60%-70%...ketidak sesuaian cahaya akan juga mempengaruhi pembentukan 'bunga jantan' atau 'bunga betina'.

8. Pembajaan : lakukan pada peringkat 'active growth' sahaja.

9. Penyiraman : kurangkan kekerapan penyiraman semasa 'dormant period'

Sekian
TS

No comments:

Post a Comment