Sunday, June 9, 2013

Bagaimana menanam Habenaria sp., Pecteilis sp. dan Nervilia sp. ?

Sekali lagi...panduan ini berdasarkan pengalaman aku sahaja....micro climate  di tempat penanaman anda juga mungkin mempengaruhi....tapi boleh la untuk korang jadikan sebagai rujukan jika tak tahu macam mana nak mula kan?

Aku, sebenarnya dah beberapa kali tanam spesis-spesis ni....apa saja yang info pasal media penanaman yang sesuai  yang aku dapat tahu, dari internet atau nasihat otai-otai semua aku dah cuba.

Akhirnya aku puas hati dengan media terakhir aku ni...Sphagnum moss...dulu ada gak campur dengan perlite...tapi perlite payah no nak cari...aku guna 100% Sphagnum moss jerr.

Cara aku:

1. Aku rendamkan Sphagnum moss dengan air larutan seaweed dan biar sehingga Sphagnum moss menjadi lembap.

2. Lepas tu, penuhkan 3/4 pasu dengan Sphagnum moss....letakkan 'ubi' spesis tersebut dan timbus dengan Sphagnum moss untuk baki lagi 1/4 pasu.

3. Lepas tu...biar je...siram, racun dan baja seperti biasa....masa depa dormant tu..cuba elakkan kena air siraman secara direct...sebab? moss kan boleh simpan air.

Nak bukti?

Boleh, aku tunjukkan koleksi aku yang dah berjaya survive untuk 3 cycle...

1. Habenaria rhodochelia

Tengok ler mossnya yang dah lama tu. :)






2. Pecteilis susannae 






3. Nervilia aragoana

Sphagnum moss dah ditumbuhi oleh moss hidup tu..



4. Terbaru dalam koleksi, Habenaria carnea. :)




No comments:

Post a Comment