Wednesday, June 5, 2013

Bulbo-bulbo yang suka air banyak

Panduan ini berdasarkan pengalaman aku jer....

1. Pada asalnya aku sangka, genus bulbo ni boleh kita kurangkan kadar penyiraman sebab dia ada 'pseudobulb' yang mampu menyimpan air.

2. Rupa-rupanya ia bukanlah satu kemestian pun.

3. Berdasarkan pengalaman aku semua Bulbo yang ber'pseudobulb' nipis..iaitu seperti Bulbophyllum virescens, Bulbophyllum lasianthum dan lelain, mereka ni memang perlu air yang banyak dan media yang boleh menyimpan air lebih lama.

4.Ulang lagi sekali....semua bulbo yang ber'pseudobulb' nipis memang nak air banyak.

5. Selain itu Bulbophyllum becarii, Bulbophyllum phalaenopsis dan Bulbophyllum graveolen juga merupakan spesis yang suka air.

6. Maka, media kegemaran aku untuk bulbo-bulbo jenis ini ialah Sphagnum moss.

7. Aku akan tanam mereka dengan menggunakan 100% Sphagnum moss. Caranya adalah pelbagai seperti;
      a. Letak sahaja dalam pasu tanah liat
      b. Tepek banyak banyak pada kayu yang digunakan untuk menanam bulbo-bulbo tu.
      c. Sumbatkan Sphagnum moss dalam jaring yang dibentukkan silinder.

8. Panduan ini juga terpakai untuk hibrid hibrid mereka.


Sekian
TS

No comments:

Post a Comment