
Malam ni masih ada mood nak menulis pasal Hoya..maka terhasil teknik 2 cara menanam Hoya. iaitu korang tanam Hoya dengan Trelis korang le.
Cara ni hanya memerlukan ruang yang kecil sahaja. 1 Trelis maximum untuk 2 pasu Hoya sahaja.
Teknik ini juga korang boleh tanam Hoya secara 'indoor' tapi korang kena bagi 'artificial light' sebab dalam rumah biasa cahaya tak cukup untuk bolehkan Hoya berbunga. Haaa..kat sini korang dah boleh hias satu sudut dalam rumah korang..juga jadi sumber bekalkan oksigen pada korang semua...suasana dalam rumah juga lebih sejuk..kena lak Hoya tun berbunga wangi..perghhhh EMBIPIUR pun kalah..
Jumpa lagi ...ada 2 lagi teknik tanam Hoya yang terlintas dalam kepala otak aku ni..
1 comment:
Memang bagus kalau ada trellis ni, saya lilitkan kat tiang belakang rumah jer ..he..he...
Post a Comment