Page Abstract
1. Main
The main page of this blog. You are here. Page that collects photos from our plants collection(mainly orchids) that are flowering at the posted time.
2. About TBV
Introduction of TBV and Bera district (where TBV is)
3. About Pahang
Anything about the state of Pahang, such as interesting places to visit, activities of the population and many more.
4. Diseases
Share about the common diseases always occur to your orchid in the tropical climate.
5. Fungicide
The type of fungicide available in Malaysia to treat the plant's diseases.
6. Pesticide
The type of pesticide available in Malaysia to treat the plant's pest.
7. Fertilizer
The fertilizers that we use for our plants.
8. Nature
Any photo about the beauty of the nature in Malaysia from our view. They are may about the tree, waterfall or animal.
9. Insect
The page that collects my photo from macro shoot. Subject are all kind of insects found around my garden.
10. Scene
The page that collects all photo taken by my intuitive, something that caught my attention suddenly.
Nak belajar tanam Orkid? Dapatkan buku hebat ini :)
Ia ditulis berdasarkan pengalaman penulis sendiri. Boleh dibeli di Karangkraf Mall secara online ya. :)
Bab Bonus
Buku ini juga membincangkan mengenai perladangan Vanila di Malaysia di dalam Bab Bonus. Penulis memberi pandangannya mengenai permasalahan yang perlu diatasi sebelum melakukan pelaburan di dalam perladangan Vanila di Malaysia.
Showing posts with label dendrobium crumenantum. Show all posts
Showing posts with label dendrobium crumenantum. Show all posts
Monday, February 4, 2013
Dendrobium crumenantum
Labels:
dendrobium crumenantum
Sunday, May 10, 2009
Blooming at 2nd week of May 2009
Sampai di TBV pada hari Jumaat malam Sabtu, 8 Mei 2009, 'best' lak tengok bulan mengambang penuh di celah pepohon di TBV. 'So', terus le capai kamera 'and shoot' satu 'frame'.
Ni la ha rupa bunga Brassavola perinii...amacam? Cun tak?



Cuba korang tengok kualiti Phalaenopsis bellina ni..amacam? Kaler menarik, 'round shape' .. bukak 'flat'. Dah lupa la beli kat mana, dah 4 tahun jaga.
Phalaenopsis bellina ni memang 'out' le kualiti dia..cuma harapkan bau wangi je.. itulah nasibnye bila beli pokok orkid yang belum ada bunga.. 

Ni plak Phalaenopsis cornu cervi dari Siam.



Dendroium bullenianum...seronok giler aku bila tengok dia berbunga..dah lama ku idamkan nak spesis ni..baru 3 bulan je dapat dia ni..

Sphato ni dah tunjuk dulu tapi kali ini aku balik ke TBV dia punya 'pose' ngancam plak...'shoot' je le sekali lagi..bunga dia akan bertukar dari 'yellowish background' kepada 'pinkish background'...aku rasa korang tentu setuju dengan aku tentang 'part' dia yang paling cun..'lip' yang merah!





Labels:
bellina,
bulbophyllum,
cun,
curly and horn,
dendrobium crumenantum,
eksotik,
epifit,
Exotic,
orchid,
orkid,
terrestrial orchid
Tuesday, April 21, 2009
TBV : Dulu dan sekarang
Ia bermula hanya dengan 4 tiang! Keluasan bersaiz 10 kaki x 8 kaki sahaja. Sedikit demi sedikit, aku 'develop' gunakan duit gaji aku le..simpan sikit sikit..
Tengok le pokok orkid yang kat sebelah ni..hanya G
rammatophyllum scriptum je 'landing' kat bawah..kat atas plak ada le sikit Cymbidium bicolor yang aku kait daripada pokok kelapa sawit di tepi jalan nak masuk ke kampung aku, kalau korang perasan ada gak la Coelogyne rochussenii tergantung.
rammatophyllum scriptum je 'landing' kat bawah..kat atas plak ada le sikit Cymbidium bicolor yang aku kait daripada pokok kelapa sawit di tepi jalan nak masuk ke kampung aku, kalau korang perasan ada gak la Coelogyne rochussenii tergantung.Masa dalam 'stage' ni, orkid-orkid koleksi aku masih banyak berada di Klang. Ingat dah siap baru nak angkut le ke TBV ni. Tengok le gambar sebelah ni, perasan tak tiang dah naik lagi 2 batang, 'so area' dah tambah jadi 20 kaki x 8 kaki le.
Haaaa..ni plak yang terkini setelah hampir setahun aku fokus pada TBV ni. Orkid orkid aku dari Klang dah mula dipindah masuk ke sini. Foto sebelah ialah deretan orkid daripada famili Cattleya. Aku dah mula kumpul orkid jenis ni lepas banyak berbunga bila berada di TBV ni. Mungkin perubahan suhu siang-malam yang tinggi berbanding dengan di Klang.
Haaaa..ni plak yang terkini setelah hampir setahun aku fokus pada TBV ni. Orkid orkid aku dari Klang dah mula dipindah masuk ke sini. Foto sebelah ialah deretan orkid daripada famili Cattleya. Aku dah mula kumpul orkid jenis ni lepas banyak berbunga bila berada di TBV ni. Mungkin perubahan suhu siang-malam yang tinggi berbanding dengan di Klang.
Ni plak, seksyen Cymbidium dan Dendrobium. Aku suka Dendrobium jenis 'pendulous'. Cumbidium yang berada dalam koleksi aku sekarang ialah Cymbidium bornense, Cymbidium bicolor, Cymbidium atropurpureum, Cymbidium dayanum dan Cymbidium aloifolium..Apa? Korang tanya kenapa tak dak Cymbidium finlaysonianum... Ada la, tapi kena tambah sikit kat hujung tu 'var flava' ..he he he. Yang biasa aku tak dak nafsu nak simpan lagi..sebab gerenti senang dapat punya lahNi plak 4 'clump' Coelogyne rochusseni. Aku pun dah mula kumpul orkid daripada famili ni.. ye le, 'since' kawasan di TBV masih luas lagi, boleh 'main' dengan banyak jenis orkid. Orkid aku di Klang masih banyak lagi..rasanya ada lagi dalam 300 pokok yang nak di bawa masuk ke TBV. Slow slow la angkut. Guna WIRA je!
Di sini aku 'quote' beberapa komen daripada kawan-kawan forum di CARI berserta dengan komen daripada aku.
Di sini aku 'quote' beberapa komen daripada kawan-kawan forum di CARI berserta dengan komen daripada aku.
- Paradox11 : nampak sungguh teratur ur orchid house, tak mcm saya punya, sini ikat tali wayar tepon, sana wayar kipas rosak, sini kayu belian, sana paip besi...
- (tangansejuk : tuan, dah banyak kali ubah 'arrangement' tu, tapi masih tak puas hati lagi ni, rasanya bakal berubah lagi la )
- haniman : Wah sarat betul rumah orkid sifu.
- (tangansejuk : kak, TBV buat masa sekarang ada dalam 300 pokok orkid)
- alifinara : Kat kampung ke nih?
- (tangansejuk : kat TBV)
- har123 : amboi Sepol...hebatnya..bila nak bawa kita-kita gi melawat situ?
- (tangansejuk : kak, jemputla datang melawat, entry FOC je )
- harris : saya pun teringin nak melawat, don't worry gunting saya bawak sendiri. segan nak menyusahkan tuan rumah tak tahan tengok clump coel rochus bila la saya punya nak jadik besar tu...
- (tangansejuk : GUNTING DIHARAMKAN! he he he he)
Monday, April 13, 2009
Vanilla : Betulkah memberi pulangan yang lumayan di Malaysia?
Perisa Vanilla sebenarnya berasal daripada sejenis orkid liar. Di Malaysia orkid jenis ini memang di panggil orkid Vanilla. Dikatakan harga 'buah Vanilla' boleh mencapai ratusan ringgit per kilogram. Betulkah begitu? Pandangan peribadi saya...
JAWAPANNYA IALAH BOLEH tetapi dengan BERSYARAT..berikut ialah artikel saya yang pernah ditulis di forum bicarajutawan berkenaan vanilla dan beberapa isu berkaitan.
''Hasil perbincangan dengan 'seseorang' dari MAHA 2008.
Kami adalah peminat dan pengumpul orkid selama 7 tahun. Vanilla adalah termasuk dalam orkid. MAHA 2008 kami menyertai di Hall C menjual baja orkid berasakan rumpai laut dan tanam hiasan terutamanya orkid. Datang seorang pengunjung yang 'gila orkid'. Kami bersembang lama dengan dia dari cerita orkid dalam genus Paphiopedilum, Bulbophyllum, Dendrobium, Phalaenopis hinggalah ke 'Vanilla Orchid' ni.
Kami hanya menanam orkid vanilla ini lebih kepada tanamn hiasan dan sebagai spesimen di antara ribuan koleksi orkid yang kami ada. Jika berminat untuk melihat koleksi kami..sila ke... http://exoticgallery.fotopic.net/ dan jika berminat untuk belajar menanam dan menjaga orkid mengikut iklim negara kita sila ke http://bgreenfertilizer.googlepages....rkiddimalaysia/ . Ia ditulis oleh salah seorang ahli kami.
Antara isu utama dia berpendapat dalam Perladangan Vanilla ialah untuk melakukan pendebungaan.
1. Berapa jenis orkid vanilla dalam dunia?
Jika merujuk kepada online orchid encyclopedia ( http://www.orchidspecies.com/indextuvwxyz.htm#secE ) , ada 100 species vanilla orkid. Tetapi yang di tanam secara komersial ialah Vanilla planifolia.
2. Kenapa pendebungaan vanilla merupakan satu perkara yang perlu dicari jalan penyelesaian untuk mendapatkan hasil pengeluaran yang mampu memberi pulangan lumayan?
Bunga vanilla HANYA kembang sehari sahaja sama seperti Orkid Merpati aka Dendrobium crumenantum. Ia kembang di waktu pagi dan berakhir di waktu petang dan gugur jika pendebungaan tidak di lakukan. Maka, jika di buat ladang, satu penyelesaian ( tidak pasti sama ada sudah ada atau belum ) untuk 'mengejar masa' melakukan pendebungaan untuk setiap pokok yang berbunga.
3. Adakah setiap pendebungaan yang dilakukan PASTI BERJAYA?
Jawapannya 50-50. Bergantung kepada kesediaan stigma untuk menerima 'pollen'. Kami selalu 'bermain' dengan melakukan pendebungaan dengan orkid orkid jenis lain seperti bulbophyllum, dendrobium dan phalaenopsis. Tips untuk melakukan pendebungaan yang diberi oleh kebanyakkan penghibrid-penghibrid orkid ialah..JIKA STIGMA TELAH MENGELUARKAN "LENDIR" IA BERSEDIA UNTUK MENERIMA POLLEN. Jika tidak pollen yang 'dibenamkan' ke dalam stigma tidak akan menghasilkan buah. Dalam buah itu terdapat berpuluh ribu benih orkid.
Dalam kes vanilla, kita nak harvest buah. Maka dalam kes pendebungaan vanilla ada 2 perkara yang perlu dikejarkan..iaitu ;-
MASA BUNGA YANG PENDEK ..DAN
BILA NAK BUAT PENDEBUNGAAN KENA TUNGGU STIGMA BERLENDIR DAHULU.
Tetapi 2 situasi tersebut boleh DIATASI jika peladang mampu upah ramai pekerja YANG TERLATIH ( kena bagi latihan mcam mana nak buat pendebungaan la ).
ISU JAMINAN BELIAN BALIK...Ada satu bidang pertanian ( dirahsiakan ) yang menawarkan belian balik..tetapi tidak jelas syaratnya...rupa rupanya mereka ada kenakan syarat minimum pengeluaran setiap bulan yang perlu untuk mereka boleh beli, di mana sesuatu yang sukar di lakukan oleh individu yang menyertai program tersebut kerana hasil akhir dari proses tak cukup kerana 'raw material tak cukup' ( kena di beli dari penganjur program juga).Maka perkara2 yang 'hidden info' ni akhirnya akan melemahkan semangat peserta yang baru nak bertatih dengan semangat waja untuk berjaya dek kata kata manis penganjur yang TAK JUJUR.
Sekadar berkongsi pengalaman sahaja. Harap ada manfaat dapat diperolehi. ''
Subscribe to:
Posts (Atom)

