Ahad petang TBV terima kunjungan daripada kawan kawan forum , Kak Sofie dengan kekasih hatinya....Kak Esah 'Otai Kemboja' dengan mak dan anaknya...bersama dengan kawan Kak Esah....Tuan Rafi dengan isteri dan anaknya...juga Tuan Oman dan Tuan Bahrin yang datang menghantar orkid orkid mereka untuk dijaga dan dirawat di TBV...dalam terkejar kejar..nasib le sempat buat sedikit makan makan untuk raikan tetamu yang datang ke TBV..terima kasih kerana sudi datang, maaf jika ada kekurangan layanan di pihak TBV.
OK..jom cerita pasal Adenium ...ni adalah koleksi Rosy Adenium terbaru di TBV..semua Rosy Adenium yang ada di TBV ialah 'double petals'...aku dah tempah 2 Rosy Adenium lagi...yang ni lagi cun..sebab 'triple petals'!..bentuk bunga memang sebiji macam bunga ros..aku dah tempah kaler 'dark red' dan 'purple'

Ni plak adalah hasil 'root creation'...maka, terhasillah bentuk akar baru..lebih cun daripada bentuk akar lamanya..

No comments:
Post a Comment