keri... kalu spike kekeringan lom sempat besar tu apa puncanya ek. camner nak get rid kumbang kuning
Reply 1818# MMISS
Ada 2 soalan kat sini ye..OK ..try jawab satu per satu
keri... kalu spike kekeringan lom sempat besar tu apa puncanya ek.
Spike kering ada 2 sebab...
1. pokok terlalu kekurangan air..maka untuk menyelamatkan dirinya dia perlu korbankan bunga...lihat ada tak tanda tanda kekurangan air...cara nak kenal..kalau simpodial orkid..lihat pada SHRINKING DEGREE of the pseudobulb...kalau monopodial...lihat pada daunnya....warna agak hijau kusam..
pokok kekurangan air selain dr kadar penyiraman yang tak cukup mungkin berpunca daripada akarnya yang telah rosak/reput dan tiada akar baru yg keluar lagi....
2. MICRO CLIMATE terlalu lembap dan penyakit bawaan kulat dan bakteria menyerang tangkai bunga...kalau rhyncostylis...biasanya kita tak sedar pucuk bunga yang baru nak naik tu terendam dek air yg bertakung kat celah daunnya...
camner nak get rid kumbang kuning
Kumbang kuning atau nama lain dia ialah KUMBANG BELANGKAS ( rujukan perosak tanam di Malaysia terbitan MARDI)....kumbang ini akan meninggalkan larvanya yang akan memakan keseluruhan bunga orkid anda...
untuk MEMBUNUH SECARA CEPAT perlu guna RACUN KIMIA...diTBV saya menggunakan... CONFOR ( 1liter RM75, penggunaan 2ml utk 10liter air )...Carbaryl ( 1kg RM35, 25g untuk 10liter air )....dan terbaru saya gunakan satu lagi racun yg dah lupa namanya yang mampu menghapuskan juga penyakit FISH EGG... ( 1 liter RM105, 5ml untuk 10liter air).. saya guankan racun ni secara berselang dgn neem oil...iaitu
confor + baja ---->neem + baja ----->carbaryl + baja ----> neem + baja -----> racun baru + baja
kenapa buat begini?
untuk elakkan serangga develop imun system terhadap sesuatu jenis racun....
boleh ka kalau guna alternate racun jenis lain?
boleh..dgn syarat racun itu mampu mengawal/merawat penyakit yg kita nak kawal/rawat... contoh di atas itu ialah yg saya praktiskan di TBV sahaja.
( Transkrip daripada sebuah forum, seorang pengunjung forum tersebut bertanya tentang penyakit orkid )