Pengenalan
Kajian pendek aku ialah 'Pengaruh Iklim Mikro Dalam Penanaman Orkid : Kajian Awal'. Kajian telah dilakukan selama 2 hari sahaja di dua tempat yang telah dipilih untuk plot kajian iaitu; rumah orkid di Klang dan di TBV. Data-data yang ingin di lihat ialah variasi suhu, kelembapan, kandungan air dalam udara dan intensiti cahaya.
Kenapa aku pilih kajian ini?..berdasarkan pemerhatian aku; 1. Kualiti orkid orkid aku di TBV adalah jauh lebih baik masa aku tanam di Klang dahulu. 2.Ada orkid yang sukar berbunga di Klang lebih mudah berbunga apabila di bawa ke TBV. Maka, aku mahu cari jawapannya secara teknikal, bukan secara gebang kosong sahaja.
Cara kajian
'Data Logger' dibiarkan selama 2 hari di kedua-dua tempat untuk merekod 4 elemen yang aku nak tahu. Hari pertama di letakkan di bawah 'double layer net' dan pada hari kedua diletakkan di bawah 'single layer net' yang terdapat di dalam rumah orkid sedia ada. Kerja-kerja merekod dilakukan secara automatik setiap selang 5 minit oleh 'data logger'.
Keputusan kajian
1. Suhu
Suhu di Klang adalah lebih tinggi daripada TBV. Perbezaan suhu di TBV lebih besar iaitu 13.71 deg C berbanding di Klang hanya 10.48 deg C.

2. Kelembapan di TBV adalah lebih tinggi berbanding di Klang.

Daripada 2 graf di atas, menunjukkan semakin tinggi suhu, kelembapan akan menurun.
3. Kandungan air dalam udara tidak menunjukkan sebarang perbezaan yang ketara untuk kedua-dua tempat.

4. Intensiti cahaya di Klang adalah lebih tinggi berbanding di TBV.

Kesimpulan
1. Suhu sekitar purata 20 deg C, kelembapan purata about 90% dan intensiti cahaya yang sederhana memberikan keperluan untuk orkid hidup dengan lebih subur.
2. Perbezaan suhu yang tinggi di TBV membuatkan orkid lebih mudah berbunga.
No comments:
Post a Comment