Rumah ni baru je disiapkan, 'extend' daripada rumah orkid yang lama..bertambah le 20 kaki x 10 kaki. Boleh le sangkut banyak lagi orkid.
Page Abstract
Nak belajar tanam Orkid? Dapatkan buku hebat ini :)
Ia ditulis berdasarkan pengalaman penulis sendiri. Boleh dibeli di Karangkraf Mall secara online ya. :)
Bab Bonus
Wednesday, June 3, 2009
Let's e- tour to TBV
Rumah ni baru je disiapkan, 'extend' daripada rumah orkid yang lama..bertambah le 20 kaki x 10 kaki. Boleh le sangkut banyak lagi orkid.
Tuesday, April 28, 2009
Mereka keluarga Nenas.
Artikel berkenaan Tillandsia oleh aku pernah disiarkan di akhbar Harian Metro. Klik di sini.
Aku tertarik dengan Tillandsia kerana struktur daunnya yang pelbagai dan keunikkan dia berubah warna apabila tiba musim berbunga.
Tillandsia schideana
Tillandsia funckiana Cantikkan? Antara spesis yang aku minati.
Tillandsia ionantha 'Rosita'
Tillandsia ionantha X Tillandsia brachycaulos
Dia ni tengah nak berbunga. Tu yang 'transform' dari warna hijau ke merah. Tillandsia hibrid boleh dibezakan melalui struktur daun dia. Kalau orkid melalui bunga.
Tillandsia brachycaulos Tillandsia ni asalnya bewarna hijau. Bila nak berbunga dia tukar daunnya jadi warna merah.
Cat's Tail
For details, click here , but sorry guys, its in Malay.
Lycopodium dalhousianum
For media, I used only 100% Sphagnum moss to grow all of my lycos. At the surface of the media I grow a living moss for nature look.

Monday, April 27, 2009
TBV : Perancangan seterusnya...
Untuk apa? Sebab aku nak 'increase humidity' kawasan sekitar TBV. Pasti orkid-orkid lebih suka dengan 'nano-climate' begini. Saja aku gunakan istilah 'nano-climate' sebab dalam bidang 'engineering' sekarang, istilah 'nano' telah popular.
Macro climate - Iklim Malaysia, Micro climate - Iklim di Triang, Pahang, Nano-climate - Iklim di sekitar rumah aku le.
Berbalik pasal tanaman air, tengah 'survey' harga kolam simen yang tingginya dalam 1.5 kaki sebagai bekas tanaman le. Insya Allah, sebelum habis tahun ni, akan ada le beberapa kolam untuk tanaman air ni.
Heliconia, Alocasia, Dendrobium dan Tacca
Si Heliconia Dinasour dan Heliconia Devil's Tounge, member tolong bawakan sebab kebetulan dia nak ke Pahang pada hari Sabtu. Yang 'best'nya, member tu hadiahkan lagi 5 jenis heliconia..Syiok sungguh la. Kira dah ada 7 jenis Heliconia dalam masa 4 hari je..hujung bulan ni akan tambah lagi 3 jenis sebab dah 'book' kat akak di nurseri Dengkil tu. Heliconia ber'7' ni belum sempat di tanam sebab dok sibuk tanam si Dendro 'Curly' tu.
Heliconia ni akan di tanam di belakang rumah, berdekatan dengan sempadan reban ayam jiran belakang. Bukan apa, nanti boleh dapat baja 'free'..bagitao je kat jiran tu, kalao tak tao nak buang mana tahi ayam tu, campakkan je kat Heliconia ni. ( Tip: Heliconia adalah tanaman yang 'kuat makan' baja )
Sekarang sedang me'reiki' info pasal Kemboja plak, nak tanam beberapa pokok di hadapan rumah di kampung..nak jadikan pokok kemboja ni sebagai pokok perumah untuk Tillandsia.
Tangansejuk.
