Saya melakukan pembiakan tanam unik ini di premis peribadi saya yang di gelar 'Triang Botanical Valley'. Pembiakan dilakukan secara belahan rumpun dan juga semaian keratan stem. Asal koleksi adalah hanya satu rumpun sahaja. Kini selepas mengalami beberapa peringkat pembiakan, saya telah mempunyai 8 pasu si ekor kucing ini!
Saya berhasrat untuk membiaknya sehingga menca
Ekor kucing adalah nama yang popular diberikan oleh masyarakat tempatan. Lycopodium squarrosum adalah nama sebetulnya.
Keunikkan struktur pokoknya menyebabkan ia menjadi kegilaan pengumpul tanaman hiasan.
Tip penjagaannya:
Media : Saya menggunakan sepenuhnya 'Sphagnum moss'. Ia kerana tanaman ini sukakan media yang lembap.
Penyiraman : Sekali sehari.
Pembajaan : Saya hanya menggunakan baja organik (BGREEN Seaweed). Ini kerana berpengalaman menggunakan baja kimia terhadap tanaman ini..ekor kucingku melecur! Mungkin dek sifat 'panas' baja kimia tersebut.
Jumpa lagi dengan spesis Lycopodium yang lain pula nanti ye!
Khairimhd
No comments:
Post a Comment