Page Abstract

1. Main
The main page of this blog. You are here. Page that collects photos from our plants collection(mainly orchids) that are flowering at the posted time.

2. About TBV
Introduction of TBV and Bera district (where TBV is)

3. About Pahang
Anything about the state of Pahang, such as interesting places to visit, activities of the population and many more.

4. Diseases
Share about the common diseases always occur to your orchid in the tropical climate.

5. Fungicide
The type of fungicide available in Malaysia to treat the plant's diseases.

6. Pesticide
The type of pesticide available in Malaysia to treat the plant's pest.

7. Fertilizer
The fertilizers that we use for our plants.

8. Nature
Any photo about the beauty of the nature in Malaysia from our view. They are may about the tree, waterfall or animal.

9. Insect
The page that collects my photo from macro shoot. Subject are all kind of insects found around my garden.

10. Scene
The page that collects all photo taken by my intuitive, something that caught my attention suddenly.


Nak belajar tanam Orkid? Dapatkan buku hebat ini :)

Nak belajar tanam Orkid? Dapatkan buku hebat ini :)
Ia ditulis berdasarkan pengalaman penulis sendiri. Boleh dibeli di Karangkraf Mall secara online ya. :)

Bab Bonus

Buku ini juga membincangkan mengenai perladangan Vanila di Malaysia di dalam Bab Bonus. Penulis memberi pandangannya mengenai permasalahan yang perlu diatasi sebelum melakukan pelaburan di dalam perladangan Vanila di Malaysia.

Tuesday, April 28, 2009

Ilmu baru buat aku.

Kawan-kawan ,
  • kenalkah anda dengan pokok ini?.. Peperomia pellucida, di Malaysia ia dikenali dengan pelbagai nama. Bayam air, Sirih cina, Ketumpangan air dan Maman air adalah antara nama yang diberi.
  • Pokok ini tumbuh dengan banyak dan subur di bawah pondok orkid aku di Klang. Aku anggap ia sebagai rumpai di dalam pasu orkid. Tetapi memang aku tahu ia merupakan sejenis herba yang digunakan untuk merawat demam panas kerana sifatnya yang 'sejuk'.
  • Aku memang tidak menggunakan sebarang racun kimia lagi untuk koleksi tanaman aku. Apakah kaitannya? Begini ceritanya..
  • Suatu petang, jiran aku ( seorang cina ) datang menegur aku dan meminta aku mengambil pokok ini. Aku kata tiada masalah sebab memang aku selalu buang pokok ini daripada pasu orkid, untuk mengelakkan persaingan zat baja antara ia dengan pokok orkid kesayangan aku.
  • Aku bertanya apa tujuan dia ambil pokok ni...jiran aku kata isteri dia baru bersalin dan terkena buasir, dia perlukan pokok ini untuk merawat buasir isterinya.
  • Nah..satu ilmu baru aku telah perolehi! Pokok ini boleh merawat buasir. Dia juga pesan, orang perempuan tak boleh amalkan selalu minum air rebusan pokok ni, sebab ia bersifat sejuk, susah nak mengandung.
  • Sehingga kini, sudah 3 kali jiran aku ni datang memungut Peperomia pellucida ini.
Kesimpulan:
  • Nasib baik aku tidak menggunakan lagi racun kimia, maka 'on the spot' jiran aku tu boleh guna pokok ni.
  • Aku perolehi satu lagi ilmu perubatan cina, kalau dulu sensei cina ajar aku khasiat kulit manggis untuk merawat gout, sekarang pokok ni untuk buasir pula.

ITULAH ALAM.. Sungguh mendamaikan.

2 comments:

harhtan said...

Tangansejuk, ada vendor cina petua dgn saya, pokok ini juga boleh ubat canser. ambik dlm 7 batang potok yg setinggi 15cm. rebus bersama air 3 gelas sampai air tu jd 1 gelas jer. minum. wallahualam. belum pernah cuba.

. said...

harhtan

Terima Kasih atas ilmu ni..sungguh bermanfaat... mencari dan belajar ilmu tradisional adalah kesukaan saya.