Ia bermula hanya dengan 4 tiang! Keluasan bersaiz 10 kaki x 8 kaki sahaja. Sedikit demi sedikit, aku 'develop' gunakan duit gaji aku le..simpan sikit sikit..
Tengok le pokok orkid yang kat sebelah ni..hanya Grammatophyllum scriptum je 'landing' kat bawah..kat atas plak ada le sikit Cymbidium bicolor yang aku kait daripada pokok kelapa sawit di tepi jalan nak masuk ke kampung aku, kalau korang perasan ada gak la Coelogyne rochussenii tergantung.
Masa dalam 'stage' ni, orkid-orkid koleksi aku masih banyak berada di Klang. Ingat dah siap baru nak angkut le ke TBV ni. Tengok le gambar sebelah ni, perasan tak tiang dah naik lagi 2 batang, 'so area' dah tambah jadi 20 kaki x 8 kaki le.
Haaaa..ni plak yang terkini setelah hampir setahun aku fokus pada TBV ni. Orkid orkid aku dari Klang dah mula dipindah masuk ke sini. Foto sebelah ialah deretan orkid daripada famili Cattleya. Aku dah mula kumpul orkid jenis ni lepas banyak berbunga bila berada di TBV ni. Mungkin perubahan suhu siang-malam yang tinggi berbanding dengan di Klang.
Haaaa..ni plak yang terkini setelah hampir setahun aku fokus pada TBV ni. Orkid orkid aku dari Klang dah mula dipindah masuk ke sini. Foto sebelah ialah deretan orkid daripada famili Cattleya. Aku dah mula kumpul orkid jenis ni lepas banyak berbunga bila berada di TBV ni. Mungkin perubahan suhu siang-malam yang tinggi berbanding dengan di Klang.
Ni plak, seksyen Cymbidium dan Dendrobium. Aku suka Dendrobium jenis 'pendulous'. Cumbidium yang berada dalam koleksi aku sekarang ialah Cymbidium bornense, Cymbidium bicolor, Cymbidium atropurpureum, Cymbidium dayanum dan Cymbidium aloifolium..Apa? Korang tanya kenapa tak dak Cymbidium finlaysonianum... Ada la, tapi kena tambah sikit kat hujung tu 'var flava' ..he he he. Yang biasa aku tak dak nafsu nak simpan lagi..sebab gerenti senang dapat punya lah
Ni plak 4 'clump' Coelogyne rochusseni. Aku pun dah mula kumpul orkid daripada famili ni.. ye le, 'since' kawasan di TBV masih luas lagi, boleh 'main' dengan banyak jenis orkid. Orkid aku di Klang masih banyak lagi..rasanya ada lagi dalam 300 pokok yang nak di bawa masuk ke TBV. Slow slow la angkut. Guna WIRA je!
Di sini aku 'quote' beberapa komen daripada kawan-kawan forum di CARI berserta dengan komen daripada aku.
Di sini aku 'quote' beberapa komen daripada kawan-kawan forum di CARI berserta dengan komen daripada aku.
- Paradox11 : nampak sungguh teratur ur orchid house, tak mcm saya punya, sini ikat tali wayar tepon, sana wayar kipas rosak, sini kayu belian, sana paip besi...
- (tangansejuk : tuan, dah banyak kali ubah 'arrangement' tu, tapi masih tak puas hati lagi ni, rasanya bakal berubah lagi la )
- haniman : Wah sarat betul rumah orkid sifu.
- (tangansejuk : kak, TBV buat masa sekarang ada dalam 300 pokok orkid)
- alifinara : Kat kampung ke nih?
- (tangansejuk : kat TBV)
- har123 : amboi Sepol...hebatnya..bila nak bawa kita-kita gi melawat situ?
- (tangansejuk : kak, jemputla datang melawat, entry FOC je )
- harris : saya pun teringin nak melawat, don't worry gunting saya bawak sendiri. segan nak menyusahkan tuan rumah tak tahan tengok clump coel rochus bila la saya punya nak jadik besar tu...
- (tangansejuk : GUNTING DIHARAMKAN! he he he he)
No comments:
Post a Comment