Page Abstract

1. Main
The main page of this blog. You are here. Page that collects photos from our plants collection(mainly orchids) that are flowering at the posted time.

2. About TBV
Introduction of TBV and Bera district (where TBV is)

3. About Pahang
Anything about the state of Pahang, such as interesting places to visit, activities of the population and many more.

4. Diseases
Share about the common diseases always occur to your orchid in the tropical climate.

5. Fungicide
The type of fungicide available in Malaysia to treat the plant's diseases.

6. Pesticide
The type of pesticide available in Malaysia to treat the plant's pest.

7. Fertilizer
The fertilizers that we use for our plants.

8. Nature
Any photo about the beauty of the nature in Malaysia from our view. They are may about the tree, waterfall or animal.

9. Insect
The page that collects my photo from macro shoot. Subject are all kind of insects found around my garden.

10. Scene
The page that collects all photo taken by my intuitive, something that caught my attention suddenly.


Nak belajar tanam Orkid? Dapatkan buku hebat ini :)

Nak belajar tanam Orkid? Dapatkan buku hebat ini :)
Ia ditulis berdasarkan pengalaman penulis sendiri. Boleh dibeli di Karangkraf Mall secara online ya. :)

Bab Bonus

Buku ini juga membincangkan mengenai perladangan Vanila di Malaysia di dalam Bab Bonus. Penulis memberi pandangannya mengenai permasalahan yang perlu diatasi sebelum melakukan pelaburan di dalam perladangan Vanila di Malaysia.
Showing posts with label botanical. Show all posts
Showing posts with label botanical. Show all posts

Wednesday, June 3, 2009

Let's e- tour to TBV

Jom kita lihat perkembangan terkini berkenaan Triang Botanical Valley aka TBV.

Rumah ni baru je disiapkan, 'extend' daripada rumah orkid yang lama..bertambah le 20 kaki x 10 kaki. Boleh le sangkut banyak lagi orkid.
Deretan Cymbidium dengan beberapa Bulbophyllum.Dendrobium Fire Coral. Ada dalam 10 pasu rasanya.Pandangan dari bawah ke bahagian dalam rumah orkid. Nampak masih banyak 'space'...tapi sebenarnya tidak!Ekor kucing juga turut menumpang di dalam rumah orkid ni..sementara menunggu siap rumah untuk 'fern and its allies'.Masih banyak ruang kosong. Hanya bulbophyllum dan tilandsia sahaja di masukkan di rumah orkid yang baru siap ni.Pandangan sepanjang rumah orkid yang bersaiz 40 kaki x 10 kaki. Matahari pagi akan kena keseluruh orkid yang digantung di sini. Sebab itu saya letak Cattleya dan Dendrobium di sini.Foto kat bawah ni tunjukkan, di sinilah kawasan kerja aku.Bulbo becarii nampak mampu hidup dengan baik di TBV. Macam nak kena tambah lagi le ni.

Monday, June 1, 2009

Blooming on the last week of May 2009

Ni saya kongsikan lagi orkid orkid yang sedang berbunga di TBV...harap enjoy. Letih memandu pulang ke kampung tak terasa bila melihat koleksi tanaman mekar kembang dan hidup subur secara organik.

Cattleya hybrid ni, dihadiahkan oleh sahabat orkid Shah Alam. Warna yang menarik dan berbau wangi pula tu. Pertama kali kembang di TBV. ID please?Antara famili cattleya yang tak pernah mengecewakan di TBV, asal naik je new keiki, membesar dan pasti berbunga. Warna yang kontra dan menarik..sehinggakan ada pengunjung bertanya, untuk dijualkah? :)Cattelya aclandiae yang pertama kali berbunga di TBV setelah dipindahkan dari Klang. Bau wangi yang kuat.Bulbophyllum grandiflorum ini telah 3 tahun berada dalam jagaan..apa yang best? Ia tak berhenti berbunga!

Friday, May 1, 2009

My original bird house and...

Ni lah dianye rumah burung aku... 'very original' tu...baru siap dibina semalam. :)


Burung kelicap ni asalnya hanya menumpang lalu je..bila tiap pagi nampak aku siram orkid, dia akan datang singgah mandi di bawah rumah orkid aku.. aku pun cakap le dengan dia..
  • nko datang le tiap pagi mandi kat sini, memang aku siram orkid aku ni tiap tiap hari..lepas tu jangan lupa, nko tolong le jaga orkid aku ni dari ulat ulat yang tak elok untuk orkid aku.

Rasanya macam si burung ni faham kot cakap aku, memang tiap pagi dia ada, kalau aku lambat siram, dia dah berkicau bising kat luar.. minggu lepas aku tengok..

  • eh, nko dah buat sarang kat situ ye, dah nak jadi penduduk tetap ye..nko duduk le kat situ..doa-doakan le aku dengan keluarga aku ni masuk syurga.
Asal tempat si kelicap ni bersarang sebenarnya ialah dawai tempat aku sangkut orkid, tapi dek sebab banyak orkid-orkid di Klang ni dah di hantar ke TBV, tinggal kosong je le dawai..baru ingat nak cabut buang..tapi bila dah ada makhluk Allah yang tiada dosa ni menginap kat situ..tak jadi le aku.

Ha ni plak si tekukur yang duduk bertelur dalam pasu orkid aku.. lepas 2 bulan ...si tekukur ni dah ada 2 junior...kalau masa bebudak dulu tu mau aku tangkap dah kurung dalam sangkar..












Friends, here the benefits when you go for the organic gardening. All the lost nature sounds in urban area will be appeared again in your private area.

Tuesday, April 21, 2009

TBV : Dulu dan sekarang

Jom kawan-kawan kita lihat perubahan TBV : Private Conservation Centre.

Ia bermula hanya dengan 4 tiang! Keluasan bersaiz 10 kaki x 8 kaki sahaja. Sedikit demi sedikit, aku 'develop' gunakan duit gaji aku le..simpan sikit sikit..

Tengok le pokok orkid yang kat sebelah ni..hanya Grammatophyllum scriptum je 'landing' kat bawah..kat atas plak ada le sikit Cymbidium bicolor yang aku kait daripada pokok kelapa sawit di tepi jalan nak masuk ke kampung aku, kalau korang perasan ada gak la Coelogyne rochussenii tergantung.

Masa dalam 'stage' ni, orkid-orkid koleksi aku masih banyak berada di Klang. Ingat dah siap baru nak angkut le ke TBV ni. Tengok le gambar sebelah ni, perasan tak tiang dah naik lagi 2 batang, 'so area' dah tambah jadi 20 kaki x 8 kaki le.


Haaaa..ni plak yang terkini setelah hampir setahun aku fokus pada TBV ni. Orkid orkid aku dari Klang dah mula dipindah masuk ke sini. Foto sebelah ialah deretan orkid daripada famili Cattleya. Aku dah mula kumpul orkid jenis ni lepas banyak berbunga bila berada di TBV ni. Mungkin perubahan suhu siang-malam yang tinggi berbanding dengan di Klang.

Ni plak, seksyen Cymbidium dan Dendrobium. Aku suka Dendrobium jenis 'pendulous'. Cumbidium yang berada dalam koleksi aku sekarang ialah Cymbidium bornense, Cymbidium bicolor, Cymbidium atropurpureum, Cymbidium dayanum dan Cymbidium aloifolium..Apa? Korang tanya kenapa tak dak Cymbidium finlaysonianum... Ada la, tapi kena tambah sikit kat hujung tu 'var flava' ..he he he. Yang biasa aku tak dak nafsu nak simpan lagi..sebab gerenti senang dapat punya lah

Ni plak 4 'clump' Coelogyne rochusseni. Aku pun dah mula kumpul orkid daripada famili ni.. ye le, 'since' kawasan di TBV masih luas lagi, boleh 'main' dengan banyak jenis orkid. Orkid aku di Klang masih banyak lagi..rasanya ada lagi dalam 300 pokok yang nak di bawa masuk ke TBV. Slow slow la angkut. Guna WIRA je!

Di sini aku 'quote' beberapa komen daripada kawan-kawan forum di CARI berserta dengan komen daripada aku.
  • Paradox11 : nampak sungguh teratur ur orchid house, tak mcm saya punya, sini ikat tali wayar tepon, sana wayar kipas rosak, sini kayu belian, sana paip besi...
  • (tangansejuk : tuan, dah banyak kali ubah 'arrangement' tu, tapi masih tak puas hati lagi ni, rasanya bakal berubah lagi la )
  • haniman : Wah sarat betul rumah orkid sifu.
  • (tangansejuk : kak, TBV buat masa sekarang ada dalam 300 pokok orkid)
  • alifinara : Kat kampung ke nih?
  • (tangansejuk : kat TBV)
  • har123 : amboi Sepol...hebatnya..bila nak bawa kita-kita gi melawat situ?
  • (tangansejuk : kak, jemputla datang melawat, entry FOC je )
  • harris : saya pun teringin nak melawat, don't worry gunting saya bawak sendiri. segan nak menyusahkan tuan rumah tak tahan tengok clump coel rochus bila la saya punya nak jadik besar tu...
  • (tangansejuk : GUNTING DIHARAMKAN! he he he he)