Burung kelicap ni asalnya hanya menumpang lalu je..bila tiap pagi nampak aku siram orkid, dia akan datang singgah mandi di bawah rumah orkid aku.. aku pun cakap le dengan dia..
- nko datang le tiap pagi mandi kat sini, memang aku siram orkid aku ni tiap tiap hari..lepas tu jangan lupa, nko tolong le jaga orkid aku ni dari ulat ulat yang tak elok untuk orkid aku.
Rasanya macam si burung ni faham kot cakap aku, memang tiap pagi dia ada, kalau aku lambat siram, dia dah berkicau bising kat luar.. minggu lepas aku tengok..
- eh, nko dah buat sarang kat situ ye, dah nak jadi penduduk tetap ye..nko duduk le kat situ..doa-doakan le aku dengan keluarga aku ni masuk syurga.
Asal tempat si kelicap ni bersarang sebenarnya ialah dawai tempat aku sangkut orkid, tapi dek sebab banyak orkid-orkid di Klang ni dah di hantar ke TBV, tinggal kosong je le dawai..baru ingat nak cabut buang..tapi bila dah ada makhluk Allah yang tiada dosa ni menginap kat situ..tak jadi le aku.
Ha ni plak si tekukur yang duduk bertelur dalam pasu orkid aku.. lepas 2 bulan ...si tekukur ni dah ada 2 junior...kalau masa bebudak dulu tu mau aku tangkap dah kurung dalam sangkar..
Friends, here the benefits when you go for the organic gardening. All the lost nature sounds in urban area will be appeared again in your private area.
4 comments:
so cute burung kelicap tu....
Tuan Khairi, tu macam burung merbuk aje. Burung merbuk ni very sensitif tau. Kalau dipandang atau dijengok masa dia bertelur pun dia dah tak mahu nak bertelur kat situ. Kat your laman sampai menetas bagai ... aneh gak ya. Hehehe dia suka kat area rumah kaulah tu.
Shida
Dok tunggu gak time masa dia nak masuk ke sarang tu, tang dia bertenggek depan pintu..
Ingat nak shoot le sebarang 2 foto..tapi masih tak jumpa timing dia lagi ni..
Tuan Kamal
Ye ke merbuk sensitif.. mungkin gak la kot...sebab dulu pernah terjadi ( kali ke 2) ..burung ni tinggalkan begitu je telur dia...mungkin merajuk sebab saya usik rumah dia kot
yang ni dah kali ke 3..Alhamdulillah ..dia sampai menetas...selalu gak masa siram orkid tu 'bercakap' dengan dia...aku nak siram orkid aku ni..bukan nak kacau nko..tu yang dia dah tak merajuk tu kot.. : )
Tuan. apalagi, buat le satu puisi dengan tajuk.. Rajuk Si Merbuk ;)
Post a Comment