Page Abstract

1. Main
The main page of this blog. You are here. Page that collects photos from our plants collection(mainly orchids) that are flowering at the posted time.

2. About TBV
Introduction of TBV and Bera district (where TBV is)

3. About Pahang
Anything about the state of Pahang, such as interesting places to visit, activities of the population and many more.

4. Diseases
Share about the common diseases always occur to your orchid in the tropical climate.

5. Fungicide
The type of fungicide available in Malaysia to treat the plant's diseases.

6. Pesticide
The type of pesticide available in Malaysia to treat the plant's pest.

7. Fertilizer
The fertilizers that we use for our plants.

8. Nature
Any photo about the beauty of the nature in Malaysia from our view. They are may about the tree, waterfall or animal.

9. Insect
The page that collects my photo from macro shoot. Subject are all kind of insects found around my garden.

10. Scene
The page that collects all photo taken by my intuitive, something that caught my attention suddenly.


Nak belajar tanam Orkid? Dapatkan buku hebat ini :)

Nak belajar tanam Orkid? Dapatkan buku hebat ini :)
Ia ditulis berdasarkan pengalaman penulis sendiri. Boleh dibeli di Karangkraf Mall secara online ya. :)

Bab Bonus

Buku ini juga membincangkan mengenai perladangan Vanila di Malaysia di dalam Bab Bonus. Penulis memberi pandangannya mengenai permasalahan yang perlu diatasi sebelum melakukan pelaburan di dalam perladangan Vanila di Malaysia.

Wednesday, May 13, 2009

Kenapa Harga Orkid Berbeza?

Pernahkah anda mengalami perkara-perkara berikut semasa membeli orkid?

1. 2 pokok yang sama jenis, tetapi harga yang berlainan?

Jawabnya :
  • Saiz yang tidak sama. Ada penjual yang meletakkan harga berdasarkan saiz rumpun. Semakin besar rumpun, harga juga semakin tinggi.
  • Kualiti bunga yang tidak sama. Jika pokok A mempunyai kualiti bunga yang lebih baik daripada pokok B, penjual juga akan menaikkan harga pokok A.


2. Harga anda tidak sama dengan harga yang kawan anda perolehi?

Mungkin kawan anda sudah biasa dengan tokeh dan selalu berkunjung nurseri itu. Maka lama kelamaan harga yang diberi oleh penjual kepada kawan anda adalah lebih rendah daripada yang anda dapat. Keadaan ini adalah biasa, maka adalah dinasihatkan anda tidak mempergunakan nama kawan anda untuk dapatkan pada harga yang kawan anda dapat..
Contoh : Allo tokeh...kenapa 'you' kasi saya harga RM20? ...kawan saya si Khali beli dapat RM17 saja? Tindakan anda ini akan merosakkan nama kawan anda. Sila gunakan 'skill' anda tanpa mengaitkan nama nama kawan atau selalulah berkunjung ke nurseri tersebut supaya tokehnye 'kenal' anda. Taktik mempergunakan nama kawan untuk mendapatkan harga murah adalah satu taktik yang 'kurang mesra' semangat persahabatan.


3. Harga di nurseri A tak sama dengan harga di nurseri B?

Mungkin nurseri A pembekal kepada nurseri B. Maka sudah tentu la harga di nurseri B lebih tinggi berbanding dengan nurseri A. Maka anda buatlah perbandingan setelah ambil kira kos minyak, tol, masa dan tenaga... setelah itu, jika kos pokok + kos sampingan yang jika membeli di nurseri B menyamai atau lebih kurang, apa salahnya kita membeli belah di nurseri B ye tak? Jika tidak..pastilah jawabnya nurseri A.

2 comments:

Unknown said...

tan sri,
akak setuju dgn pandangan awak ini.

. said...

tulis hanya berdasarkan pengalaman je kak...mungkin ada tak sependapat dengan saya...