Page Abstract

1. Main
The main page of this blog. You are here. Page that collects photos from our plants collection(mainly orchids) that are flowering at the posted time.

2. About TBV
Introduction of TBV and Bera district (where TBV is)

3. About Pahang
Anything about the state of Pahang, such as interesting places to visit, activities of the population and many more.

4. Diseases
Share about the common diseases always occur to your orchid in the tropical climate.

5. Fungicide
The type of fungicide available in Malaysia to treat the plant's diseases.

6. Pesticide
The type of pesticide available in Malaysia to treat the plant's pest.

7. Fertilizer
The fertilizers that we use for our plants.

8. Nature
Any photo about the beauty of the nature in Malaysia from our view. They are may about the tree, waterfall or animal.

9. Insect
The page that collects my photo from macro shoot. Subject are all kind of insects found around my garden.

10. Scene
The page that collects all photo taken by my intuitive, something that caught my attention suddenly.


Nak belajar tanam Orkid? Dapatkan buku hebat ini :)

Nak belajar tanam Orkid? Dapatkan buku hebat ini :)
Ia ditulis berdasarkan pengalaman penulis sendiri. Boleh dibeli di Karangkraf Mall secara online ya. :)

Bab Bonus

Buku ini juga membincangkan mengenai perladangan Vanila di Malaysia di dalam Bab Bonus. Penulis memberi pandangannya mengenai permasalahan yang perlu diatasi sebelum melakukan pelaburan di dalam perladangan Vanila di Malaysia.

Friday, May 22, 2009

Orkid dan cerita

Kawan kawan ..

Di sini aku kongsi teks ucapan semasa perasmian pembukaan Taman Orkid Kuala Lumpur, sebagai pembakar semangat kita untuk terus memelihara dan memulihara orkid khususnya.
( Sumber : http://www.pmo.gov.my/ )



Penyampai: DATIN SERI DR. SITI HASMAH BINTI HAJI MOHD. ALI
Tajuk: PERASMIAN TAMAN ORKID KUALA LUMPUR
Lokasi: TAMAN TASIK PERDANA
Tarikh: 15-04-1986

Yang Berusaha Pengerusi Majlis;Yang Berhormat Datuk Shahrir Abdul Samad, Menteri Wilayah Persekutuan; Yang Berbahagia Datuk Elyas Omar, Datuk Bandar Kuala Lumpur; Dif-Dif Kehormat; Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian.

Terlebih dahulu saya mengucapkan berbanyak terima kasih di atas peluang yang diberikan kepada saya untuk hadir ke Majlis pada pagi ini dan seterusnya merasmikan sebuah Taman Orkid yang julung-julung kalinya diadakan sebagai taman khas di negara kita.

2. Sebagaimana yang kita sedia maklum bunga Orkid atau bunga Anggerik bukanlah sejenis bunga yang asing kepada kita kerana bunga Orkid kini telah terdapat secara meluas, yang ditanam bukan sahaja oleh penggemar-penggemar orkid sebagai hobi malahan juga telah ditanam secara meluas untuk tujuan perniagaan. Dalam sejarah perkembangan bunga orkid, Malaysia telahpun terkenal sebagai sebuah tempat berasalnya bunga-bunga orkid. Bunga orkid asli banyak terdapat dihutan-hutan rimba bukan sahaja di Semenanjung Malaysia bahkan juga di hutan rimba di negeri Sabah dan Sarawak. Demikian juga halnya dengan orkid daripada jenis kacukan (hybrids) yang telah banyak dibiakkan secara meluas di seluruh negara.

3. Di masa-masa yang lampau bunga-bunga orkid hanya ditanam oleh golongan yang berada sahaja kerana pada masa itu orkid amat mahal harganya dan sukar pula untuk didapati.Saya masih ingat lagi pada awal tahun 60-an dahulu jenis-jenis orkid seperti Aranda Christine dijual mengikut ukuran kaki iaitu berharga tidak kurang daripada $60.00 satu kaki. Demikian juga dengan jenis seperti Mokara Bibi dan Ascocenda Happy Beauty dijual dengan mahalnya malahan harganya setanding dengan harga-harga saham yang ternama di pasaran saham pada ketika itu.

4. Tetapi kita bersyukur kerana pada masa ini, harga bunga orkid telah turun. Syabas diucapkan kepada para saintis, para penyelidik dalam bidang pengkacukan bunga orkid dan juga di atas daya usaha badan-badan sukarela seperti Persatuan-Persatuan Orkid yang telah banyak membawa kemajuan dalam bidang ini. Melalui cara baru iaitu cara 'tissue culture', berbagai-bagai jenis kacukan orkid telah dapat dihasilkan -- kini telah terdapat tidak kurang daripada 50 ribu jenis kacukan (hybrids) orkid terdapat di seluruh dunia. Di atas usaha yang gigih yang dilakukan oleh orang-orang tertentu tadi kita turut mendapat nikmatnya.Kini bunga orkid bukan sahaja digemari sebagai hobi untuk memenuhi waktu lapang tetapi telah menjadi satu perusahaan yang menguntungkan, malahan telah mendatangkan tukaran wang asing daripada eksport keratan bunga-bunga hidup (cut flowers) ke luar negeri. Namun demikian kalau dilihat daripada segi peranan negara kita dalam bidang pengekspotan keratan bunga-bunga orkid ke luar negeri, negara kita masih lagi jauh ketinggalan kalau dibandingkan dengan negara-negara jiran terutamanya Thailand, Indonesia dan Singapura.

5. Walau bagaimanapun Kerajaan telah sedar akan kedudukan serta hakikat ini dan kita sendiri telah sedar bahawa perusahaan orkid boleh dijadikan satu potensi yang besar dalam bidang tukaran wang asing. Usaha-usaha kita sehingga ini walaupun belum lagi dapat dibanggakan tetapi telah dapat mendorong kita untuk mempertingkatan lagi perusahaan orkid.Kalau hendak disebutkan agak banyak jenis-jenis spesis orkid yang terkenal di dunia terdapat di negara kita yang berjumlah tidak kurang daripada 800 jenis kesemuanya. Ini termasuklah dari jenis Vanda, Arachnis, Aranda, Mokara dan lain-lainnya. Kita telah dapat menghasilkan kacukan seperti Aranda Christine, Aranda Subang, Aranda Wan Chark Kuan, Mokara Chark Kuan, Mokara Dinah Shore, Ascocenda Happy Beauty, Dendrobium Dr. Mahathir, Vanda Dr. Siti Hasmah dan lain-lain. Kebanyakan daripada jenis-jenis orkid ini telah banyak dieksport ke luar negeri sebagai keratan bunga hidup.

Tuan-tuan dan Puan-puan,

6. Di sini saya ingin menyentuh tentang usaha kita dalam mencantikkan bandaraya Kuala Lumpur. Saya sendiri berpendapat usaha-usaha untuk mengindahkan lagi bandaraya Kuala Lumpur tidak semestinya diletakkan beban tugasnya kepada Kerajaan semata-mata. Tugas dan tanggungjawab ini sepatutnya kita pikul bersama. Setiap golongan terutamanya kaum wanita yang gemarkan kepada bahan-bahan yang cantik seperti pokok-pokok bunga harus mengambil bahagian yang cergas untuk memberi sumbangan tenaga serta masa terhadap pengindahan bandaraya kita. Ini dapat dilakukan melalui pertubuhan-pertubuhan tertentu yang berkaitan dengan bidang tanaman bunga hiasan untuk turut sama mengambil bahagian seperti menaja kawasan-kawasan tanaman, tanah-tanah lapang untuk dijadikan taman bunga dan seterusnya dijadikan tanaman di kawasan-kawasan perumahan masing-masing. Tetapi kita seharusnya tidak lupa memberi perhatian untuk menghias serta mencantikkan kawasan perkarangan rumah kita sendiri kerana pengindahan kawasan di rumah kita merupakan sebahagian daripada pengindahan bandaraya kita.

7. Di sini saya ingin mencadangkan kepada Yang Berbahagia Datuk Bandar supaya melancarkan lebih banyak lagi pertandingan kebersihan dan pengindahan kawasan-kawasan perumahan yang dapat dijalankan secara berterusan dengan membanyakkan tanaman bunga-bunga hiasan termasuklah bunga-bunga orkid. Saya percaya kalau minat ini dapat ditanam dan dimajukan di kalangan penduduk-penduduk Bandaraya Kuala Lumpur ini, ia akan dapat memberi sumbangan yang besar dalam mengindahkan lagi Bandaraya Kuala Lumpur.

Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian,

8. Menyentuh kembali tentang Taman Orkid Kuala Lumpur yang dimajukan oleh pihak Dewan Bandaraya saya berasa bangga kerana ia merupakan yang julung-julung kalinya pernah diwujudkan di negara kita sebagai satu taman khas untuk bunga orkid. Taman ini nanti bukan sahaja dapat memenuhi hasrat untuk memberi galakan serta mempopularkan bunga orkid di kalangan penduduk-penduduk Kuala Lumpur malahan ia dapat menjadi tarikan kepada para pelancung baik dari dalam mahupun dari luar negeri yang datang ke Kuala Lumpur.

9. Sebagaimana yang telah disebutkan oleh Menteri Wilayah Persekutuan tadi, Taman Orkid ini akan dilengkapkan dengan bangunan pejabatnya sendiri di mana akan diadakan berbagai-bagai akvititi untuk mempopular serta memajukan perusahaan orkid termasuk bidang penyelidikan serta lain-lain kemudahan. Demikian juga akan diadakan sebuah konservatory atau 'Orchidarium' iaitu sebuah tempat mempamer serta menyimpan orkid daripada jenis 'endangered specis' yang terdapat di hutan-hutan belantara kita yang nanti dapat dipamerkan kepada pelawat-pelawat yang mengunjungi kawasan ini. Saya percaya hasrat Kementerian Wilayah Persekutuan serta Dewan Bandaraya untuk menjadikan Taman ini sebagai Taman Orkid Negara akan tercapai. Saya berharap Kerajaan pusat akan dapat menimbang serta menerima cadangan ini dan menyeru kepada sidang hadirin sekalian untuk sama-sama memberi sokongan serta perhatian yang berat supaya taman ini benar-benar mencapai matlamat serta objektif yang dirancangkan.

10. Dalam usaha membangunkan taman ini saya telah difahamkan bahawa Dewan Bandaraya telah mendapat sokongan serta kerjasama daripada Persatuan Anggerik Selangor dan Wilayah Persekutuan, Persatuan Orkid Malaysia, Persatuan Penanam Orkid serta Selangor Garden Society. Saya percaya dengan adanya sokongan daripada badan-badan tersebut, beban tugas yang dipikul oleh Dewan Bandaraya akan menjadi lebih mudah dan saya percaya taman ini nanti akan benar-benar dapat dijadikan sebagai taman contoh dan model bukan sahaja bagi negara kita Malaysia malah di rantau negara-negara ASEAN.

11. Di sini juga saya diberi peluang serta kesempatan untuk mengisytiharkan satu lagi hasil kacukan orkid baru yang diberi nama 'Renantanda Kuala Lumpur City'.

Tuan-tuan dan Puan-puan,

12. Akhir kata saya tidak lupa untuk mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Kementerian Wilayah Persekutuan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan seterusnya kepada Jawatankuasa Taman Orkid dan Pameran dan lain-lain lagi yang telah turut sama berusaha untuk mengadakan Taman dan juga Pameran pada hari ini.

13. Saya dengan sukacitanya membuka Taman Orkid Kuala Lumpur ini dengan rasminya.

No comments: