Page Abstract

1. Main
The main page of this blog. You are here. Page that collects photos from our plants collection(mainly orchids) that are flowering at the posted time.

2. About TBV
Introduction of TBV and Bera district (where TBV is)

3. About Pahang
Anything about the state of Pahang, such as interesting places to visit, activities of the population and many more.

4. Diseases
Share about the common diseases always occur to your orchid in the tropical climate.

5. Fungicide
The type of fungicide available in Malaysia to treat the plant's diseases.

6. Pesticide
The type of pesticide available in Malaysia to treat the plant's pest.

7. Fertilizer
The fertilizers that we use for our plants.

8. Nature
Any photo about the beauty of the nature in Malaysia from our view. They are may about the tree, waterfall or animal.

9. Insect
The page that collects my photo from macro shoot. Subject are all kind of insects found around my garden.

10. Scene
The page that collects all photo taken by my intuitive, something that caught my attention suddenly.


Nak belajar tanam Orkid? Dapatkan buku hebat ini :)

Nak belajar tanam Orkid? Dapatkan buku hebat ini :)
Ia ditulis berdasarkan pengalaman penulis sendiri. Boleh dibeli di Karangkraf Mall secara online ya. :)

Bab Bonus

Buku ini juga membincangkan mengenai perladangan Vanila di Malaysia di dalam Bab Bonus. Penulis memberi pandangannya mengenai permasalahan yang perlu diatasi sebelum melakukan pelaburan di dalam perladangan Vanila di Malaysia.

Monday, April 13, 2009

Vanilla : Betulkah memberi pulangan yang lumayan di Malaysia?

Perisa Vanilla sebenarnya berasal daripada sejenis orkid liar. Di Malaysia orkid jenis ini memang di panggil orkid Vanilla. Dikatakan harga 'buah Vanilla' boleh mencapai ratusan ringgit per kilogram. Betulkah begitu? Pandangan peribadi saya...
JAWAPANNYA IALAH BOLEH tetapi dengan BERSYARAT..berikut ialah artikel saya yang pernah ditulis di forum bicarajutawan berkenaan vanilla dan beberapa isu berkaitan.
''Hasil perbincangan dengan 'seseorang' dari MAHA 2008.
Kami adalah peminat dan pengumpul orkid selama 7 tahun. Vanilla adalah termasuk dalam orkid. MAHA 2008 kami menyertai di Hall C menjual baja orkid berasakan rumpai laut dan tanam hiasan terutamanya orkid. Datang seorang pengunjung yang 'gila orkid'. Kami bersembang lama dengan dia dari cerita orkid dalam genus Paphiopedilum, Bulbophyllum, Dendrobium, Phalaenopis hinggalah ke 'Vanilla Orchid' ni.
Kami hanya menanam orkid vanilla ini lebih kepada tanamn hiasan dan sebagai spesimen di antara ribuan koleksi orkid yang kami ada. Jika berminat untuk melihat koleksi kami..sila ke... http://exoticgallery.fotopic.net/ dan jika berminat untuk belajar menanam dan menjaga orkid mengikut iklim negara kita sila ke http://bgreenfertilizer.googlepages....rkiddimalaysia/ . Ia ditulis oleh salah seorang ahli kami.
Antara isu utama dia berpendapat dalam Perladangan Vanilla ialah untuk melakukan pendebungaan.
1. Berapa jenis orkid vanilla dalam dunia?
Jika merujuk kepada online orchid encyclopedia ( http://www.orchidspecies.com/indextuvwxyz.htm#secE ) , ada 100 species vanilla orkid. Tetapi yang di tanam secara komersial ialah Vanilla planifolia.
2. Kenapa pendebungaan vanilla merupakan satu perkara yang perlu dicari jalan penyelesaian untuk mendapatkan hasil pengeluaran yang mampu memberi pulangan lumayan?
Bunga vanilla HANYA kembang sehari sahaja sama seperti Orkid Merpati aka Dendrobium crumenantum. Ia kembang di waktu pagi dan berakhir di waktu petang dan gugur jika pendebungaan tidak di lakukan. Maka, jika di buat ladang, satu penyelesaian ( tidak pasti sama ada sudah ada atau belum ) untuk 'mengejar masa' melakukan pendebungaan untuk setiap pokok yang berbunga.
3. Adakah setiap pendebungaan yang dilakukan PASTI BERJAYA?
Jawapannya 50-50. Bergantung kepada kesediaan stigma untuk menerima 'pollen'. Kami selalu 'bermain' dengan melakukan pendebungaan dengan orkid orkid jenis lain seperti bulbophyllum, dendrobium dan phalaenopsis. Tips untuk melakukan pendebungaan yang diberi oleh kebanyakkan penghibrid-penghibrid orkid ialah..JIKA STIGMA TELAH MENGELUARKAN "LENDIR" IA BERSEDIA UNTUK MENERIMA POLLEN. Jika tidak pollen yang 'dibenamkan' ke dalam stigma tidak akan menghasilkan buah. Dalam buah itu terdapat berpuluh ribu benih orkid.
Dalam kes vanilla, kita nak harvest buah. Maka dalam kes pendebungaan vanilla ada 2 perkara yang perlu dikejarkan..iaitu ;-
MASA BUNGA YANG PENDEK ..DAN
BILA NAK BUAT PENDEBUNGAAN KENA TUNGGU STIGMA BERLENDIR DAHULU.
Tetapi 2 situasi tersebut boleh DIATASI jika peladang mampu upah ramai pekerja YANG TERLATIH ( kena bagi latihan mcam mana nak buat pendebungaan la ).
ISU JAMINAN BELIAN BALIK...Ada satu bidang pertanian ( dirahsiakan ) yang menawarkan belian balik..tetapi tidak jelas syaratnya...rupa rupanya mereka ada kenakan syarat minimum pengeluaran setiap bulan yang perlu untuk mereka boleh beli, di mana sesuatu yang sukar di lakukan oleh individu yang menyertai program tersebut kerana hasil akhir dari proses tak cukup kerana 'raw material tak cukup' ( kena di beli dari penganjur program juga).Maka perkara2 yang 'hidden info' ni akhirnya akan melemahkan semangat peserta yang baru nak bertatih dengan semangat waja untuk berjaya dek kata kata manis penganjur yang TAK JUJUR.
Sekadar berkongsi pengalaman sahaja. Harap ada manfaat dapat diperolehi. ''

7 comments:

Makmal Kimia said...

saya mencari info tetang vanillin di Malaysia, untuk tugasan sarjana. Susah mendapat info dalam Bahasa Melayu dan kebanyakan hanya tentang pulangan kewangan dan bukan sintesis.

Makmal Kimia said...
This comment has been removed by the author.
. said...

Minta maaf Cikgu..saya tak pakar sintesis ni...cuba join forum-forum antarabangsa atau cari jurnal di internet..

azlinah said...

boleh tau tak camna cara nak wat bisnes tanaman orkid vanilla ni?

. said...

azlinah...

Dalam artikel saya ada cerita masalah2 yang bakal dihadapi oleh bakal penanam...

Jika boleh cari jalan penyelesaian ...maka boleh berladang vanilla sebab memang betul harga buahnya mahal.

whiteorange said...

pernah cuba berurusan dengan rentak timur,, tapi akhirnya pejabat yang terletak dijelatik juga tutup..
apa dah jadi dengan Rentak Timu?

. said...

Adakah tuan whiteorange telah melabur dalam perladangan Vanilla? Macam mana dengan perkembangan ladang tuan? Telah mengeluarkan hasil tak? Sebab saya lihat Vanilla ni memang boleh berbuah di Malaysia....tapi cabaran utk hasilkan pulangan lumayan tu yang tinggi.....Rentak Timur? saya pernah tanya kos pelaburan ladang vanilla dulu....agak tinggi...around 40K...
terus saya kensel.