Page Abstract

1. Main
The main page of this blog. You are here. Page that collects photos from our plants collection(mainly orchids) that are flowering at the posted time.

2. About TBV
Introduction of TBV and Bera district (where TBV is)

3. About Pahang
Anything about the state of Pahang, such as interesting places to visit, activities of the population and many more.

4. Diseases
Share about the common diseases always occur to your orchid in the tropical climate.

5. Fungicide
The type of fungicide available in Malaysia to treat the plant's diseases.

6. Pesticide
The type of pesticide available in Malaysia to treat the plant's pest.

7. Fertilizer
The fertilizers that we use for our plants.

8. Nature
Any photo about the beauty of the nature in Malaysia from our view. They are may about the tree, waterfall or animal.

9. Insect
The page that collects my photo from macro shoot. Subject are all kind of insects found around my garden.

10. Scene
The page that collects all photo taken by my intuitive, something that caught my attention suddenly.


Nak belajar tanam Orkid? Dapatkan buku hebat ini :)

Nak belajar tanam Orkid? Dapatkan buku hebat ini :)
Ia ditulis berdasarkan pengalaman penulis sendiri. Boleh dibeli di Karangkraf Mall secara online ya. :)

Bab Bonus

Buku ini juga membincangkan mengenai perladangan Vanila di Malaysia di dalam Bab Bonus. Penulis memberi pandangannya mengenai permasalahan yang perlu diatasi sebelum melakukan pelaburan di dalam perladangan Vanila di Malaysia.

Diseases

Artikel 1 : PENYAKIT BAHAYA UNTUK ORKID!

Artikel ini adalah tulisan penulis di sebuah forum tempatan. Foto adalah ihsan sahabat seorkid yang popular dikenali sebagai Kejariah di forum tersebut.

 

Fungal Root Rot caused by Rhizoctonia spp...Tu la nama penyakit kulat yang diberi nama oleh orang cina sebagai FISH EGG DISEASE..
Kalau kena memang tiada maaf.....pokok gerenti mati kalau tak rawat dengan cepat...dan awas..jangan bior dia berjangkit kat pokok lain.......


Cara nak rawat: Gunakan racun kulat Thiram....


Cara guna : Taburkan satu sudu makan Thiram tu....kat serata tempat yg ada penyakit tu...bior tebal...Thiram ni dalam bentuk powder...yup! taburkan powder Thiram tu..lagi pekat lagi bagus....


Tambahan info..
Penyakit TELUR IKAN ni tak kira....medium tanah ke medium tak tanah ke..asal tempat tu lembap dia memang suka...mcm kulat le...tumbuh kat mana mana...memang tension kalau kena telur ikan ni...
Cara rawatan dah explain tadi ...cuma lupa nak bagi tahu..


Sila repot pokok anda! Hukum repot bila dah kena penyakit ni ialah WAJIB jika anda ikut MAZHAB TBV!


Jangan guna media yang dah dijangkiti sebab pengalaman saya..dia akan berulang kembali...


Berikut langkah langkah nak rawat:
1. Taburkan powder thiram ( kelas 3 - surface control ) keseluruhan kawasan yang kena...
2. Kena tabur supaya semua area yang dijangkiti kena..sebab? thiram ialah racun yang bertindak secara surface control..maksudnya..yang mana kena racun tu sahaja dia akan rawat...part yg tak kono..penyakit tu masih ada..


( kawalan racun ada 2 jenis - surface control dan systemic..detail boleh rujuk Mangi..dia lagi terer )
3. Bior seminggu..


4. Buat repot....media yang lama buang..atau kalau nak guna lagi ...bakar dulu...(sebab tu org dulu2 tanam pokok guna tanah bakar..disamping kaya dgn sumber nutrien organik..tanah bakar juga free disease)


5. Untuk media baru... gaulkan powder thiram serata mungkin.
6. Setelah tanam ke media baru..sekali lagi...tabur powder thiram kat pokok yang kena tu...


Kalau pokok tak dak media...
1. Buat bancuhan pekat..kadar pekat mcm bancuh tepung nak buat cekodok ...kadar pekat mcm nak buat lempeng tak boleh!


2. Ambil berus lukisan yang bebas dari bulu binatang yang diHARAMkan ( bagi perawat Muslim lagi mukmin le )...


3. Sapukan bancuhan pekat thiram ke seluruhan kawasan yang kena supaya terhasil satu lapisan ala ala macam korang pakai bedak sejuk.


AMARAN:


1.Thiram adalah bentuk powder....berhati-hati mengendalikannya ...takut lubang hidung anda menyedut partikel debu racun tersebut...membawanye ke TRAKEA anda...dan seterusnya dihantar ke peparu anda....dan dilepaskan ke dalam aliran darah anda melalui ALVEOLUS-ALVEOLUS paru2 anda..yang mungkin akan menyebabkan keracunan jika kadar sedutan menjadi terlampau..

2. Jangan buat kerja masa anak anak juga berminat untuk membantu...suami/isteri tak po...sebab dah meterai JANJI SEHIDUP SEMATI kan? he he
 
Jom kita saksikan pelbagai jangkitan penyakit ini pada beberapa jenis orkid.
Jangkitan  penyakit pada pseudobulb Catasetum Black Jade, meyebabkan pemiliknya 7 hari tak lalu makan.







Jangkitan pada pokok orkid Liparis lacerata milik Mat Anggerik di blognya http://matanggerik.blogspot.com, yang menyebabkan Mat Anggerik terpaksa menerima rawatan  psikiatrik, tetapi hanya sebagai pesakit luar je le.. ( he he, Mat, mu jangan marah aaa, gurau je ni )


Artikel 2 : Koya (Mealy bugs ) pada Hoya




Koya yang terdapat pada tangkai bunga Hoya finlaysonii yang menyebabkan kesemua bunganya gugur. 


Kenapa?


Koya merupakan sejenis serangga yang menghisap cecair tanaman, dan ini akan menyebabkan tanaman kekurangan 'tenaga' untuk membentuk bunga atau buah. Jika berjaya pun, bentuk bunga atau buah akan terganggu.


Macam mana nak merawat?


Anda boleh rujuk buku tulisan saya Variasi Teknik Menanam dan Menjaga Orkid terbitan Alaf21. Saya telah berikan beberapa jenis racun serangga yang sesuai untuk rawatan jangkitan koya.