- Pasaran untuk orkid keratan sedang meningkat di antara 6-9 peratus setahun dan penggunaannya dijangka mencapai USD $35 billion. Di antara jenis orkid yang dieksport adalah Aranda, Vanda, Mokara, Arachnis dan Dendrobium. Jepun, EU dan Amerika Syarikat merupakan antara negara yang tinggi penggunaan orkid sebagai hiasan.]
- Di pasaran global, Thailand merupakan pengeksport terbesar ke Jepun, EU dan Amerika Syarikat. Permintaan orkid sedang meningkat di pasaran dunia dengan adanya hibrid baru yang dikeluarkan oleh negara pengeksport yang dapat mengikut kehendak dan citarasa pengguna. Selain Thailand, Singapura turut mengeksport ke negara-negara tersebut.
- Di Malaysia, nilai eksport negara menunjukkan tren meningkat dan pada tahun 2001 sebanyak RM11,360,387 dan eksport Malaysia sekarang tertumpu pada Singapura (52.3%), Jepun (21.6%) dan Australia (16.6%). Orkid dieksport mengikut gred, panjang tangkai dan kualiti.
- Tanaman orkid di Malaysia tertumpu di beberapa negeri seperti Johor, Perak, Pahang dan Selangor. Dianggarkan seluas 774 hektar ditanam dengan pelbagai hibrid orkid komersil. 40% pengeluaran adalah dari Johor, 20.4% dari Perak dan 15% dari Selangor.
Sumber : Plan Pemasaran Orkid
P/S : Maaf ye kalau anda bosan dengan artikel artikel ini...sekali sekala anda berkunjung ke tangansejuk rasanya haruslah disuntik dengan 'side story' tentang orkid. Mana tahu anda teruja kan?
No comments:
Post a Comment