Page Abstract

1. Main
The main page of this blog. You are here. Page that collects photos from our plants collection(mainly orchids) that are flowering at the posted time.

2. About TBV
Introduction of TBV and Bera district (where TBV is)

3. About Pahang
Anything about the state of Pahang, such as interesting places to visit, activities of the population and many more.

4. Diseases
Share about the common diseases always occur to your orchid in the tropical climate.

5. Fungicide
The type of fungicide available in Malaysia to treat the plant's diseases.

6. Pesticide
The type of pesticide available in Malaysia to treat the plant's pest.

7. Fertilizer
The fertilizers that we use for our plants.

8. Nature
Any photo about the beauty of the nature in Malaysia from our view. They are may about the tree, waterfall or animal.

9. Insect
The page that collects my photo from macro shoot. Subject are all kind of insects found around my garden.

10. Scene
The page that collects all photo taken by my intuitive, something that caught my attention suddenly.


Nak belajar tanam Orkid? Dapatkan buku hebat ini :)

Nak belajar tanam Orkid? Dapatkan buku hebat ini :)
Ia ditulis berdasarkan pengalaman penulis sendiri. Boleh dibeli di Karangkraf Mall secara online ya. :)

Bab Bonus

Buku ini juga membincangkan mengenai perladangan Vanila di Malaysia di dalam Bab Bonus. Penulis memberi pandangannya mengenai permasalahan yang perlu diatasi sebelum melakukan pelaburan di dalam perladangan Vanila di Malaysia.
Showing posts with label baja organik. Show all posts
Showing posts with label baja organik. Show all posts

Friday, May 1, 2009

My original bird house and...

Ni lah dianye rumah burung aku... 'very original' tu...baru siap dibina semalam. :)


Burung kelicap ni asalnya hanya menumpang lalu je..bila tiap pagi nampak aku siram orkid, dia akan datang singgah mandi di bawah rumah orkid aku.. aku pun cakap le dengan dia..
  • nko datang le tiap pagi mandi kat sini, memang aku siram orkid aku ni tiap tiap hari..lepas tu jangan lupa, nko tolong le jaga orkid aku ni dari ulat ulat yang tak elok untuk orkid aku.

Rasanya macam si burung ni faham kot cakap aku, memang tiap pagi dia ada, kalau aku lambat siram, dia dah berkicau bising kat luar.. minggu lepas aku tengok..

  • eh, nko dah buat sarang kat situ ye, dah nak jadi penduduk tetap ye..nko duduk le kat situ..doa-doakan le aku dengan keluarga aku ni masuk syurga.
Asal tempat si kelicap ni bersarang sebenarnya ialah dawai tempat aku sangkut orkid, tapi dek sebab banyak orkid-orkid di Klang ni dah di hantar ke TBV, tinggal kosong je le dawai..baru ingat nak cabut buang..tapi bila dah ada makhluk Allah yang tiada dosa ni menginap kat situ..tak jadi le aku.

Ha ni plak si tekukur yang duduk bertelur dalam pasu orkid aku.. lepas 2 bulan ...si tekukur ni dah ada 2 junior...kalau masa bebudak dulu tu mau aku tangkap dah kurung dalam sangkar..












Friends, here the benefits when you go for the organic gardening. All the lost nature sounds in urban area will be appeared again in your private area.

Thursday, April 30, 2009

Panduan membeli orkid

Kawan kawan..

Saya kongsi berdasarkan pengalaman dan pemerhatian selama 7 tahun mengumpul dan menanam orkid. Sebelum ni saya telah tulis dari aspek yang lain di sini.

Seperti diketahui.. orkid bukan di kawal harganya oleh Kerajaan Malaysia. Memang terdapat perbezaan harga di antara satu nurseri dengan nurseri yang lain. Kenapa ini terjadi? Saya akan cerita di lain kali ye.. Walau apa pun harga yang anda bayar, mestilah ia berbaloi dengan orkid yang anda pilih. Maka, pilihlah orkid yang memberi anda risiko yang amat rendah untuk mati!

Apa yang perlu anda lihat?
  • Akar - pilih akar yang sihat, tiada penyakit..ingat petua ni.. root good, growth good and flower also good. Akar yang tidak sihat menyebabkan risiko anda untuk menghantar orkid yang dibeli ke 'syurga' adalah amat cerah. Akar orkid yang sihat biasa berwarna putih atau 'silverish' dengan dihujungnya terdapat sebahagian akar yang berwarna hijau muda atau coklat.

Contoh foto-foto akar yang sihat













Contoh foto-foto akar yang tidak sihat























  • Daun - daripada keadaan daun juga kita boleh ketahui sama ada orkid yang anda idamkan itu baru di tanam atau tidak. Ia akan kelihatan 'dehydrated' dan kurang 'berseri'. Orkid terus di tanam dan kelihatan 'established'. Kenapa penjual suka berbuat begini? Tujuannya ialah boleh menaikkan sedikit harga. Tetapi jika anda tak dapat menahan nafsu dan ingin juga membeli yang baru di tanam itu, tiada masalah pun! :) ( biasa terjadi hal ini terutamanya membeli orkid spesis)
Daun yang sihat 'dan berseri'


Daun yang memberi tanda 'dehydrated'













  • Rajin berbunga - Bagaimana untuk mengetahui orkid yang anda beli akan rajin berbunga? Kita boleh lihat berdasarkan tangkai-tangkai bunga lama yang terdapat pada pokok orkid tersebut. Walaupun dari jenis yang sama, setiap orkid memberi sifat 'rajin berbunga' yang berlainan. Ini adalah disebabkan oleh genetiknya, sama seperti manusia (walaupun dari ibu-bapa yang sama tetapi anak-anak mempunyai muka yang berlianan kan?).


Pokok bulbophyllum ini mempunyai banyak tangkai bunga yang telah kering. Ini merupakan tanda ia rajin berbunga.

Pokok orkid mokara ini akan berbunga setiap kali selepas 2 daun baru tumbuh. Ini dilihat pada tangkai bunga yang kering padanya.

Begitu juga Aranda ini. Pada setiap 3 daun baru yang tumbuh dia akan berbunga.









  • Kualiti - adalah sebaiknya anda memilih orkid yang mempunyai bunga yang berkualiti tinggi. Ini adalah kerana ia senang dijual balik jika mahu dan juga berpotensi untuk menang hadiah di dalam pertandingan orkid. Anda mestilah mahir melihat kualiti bunga. Tetapi awas, terdapat beberapa nurseri yang menjual orkid mengikut kualiti bunga. Dan adalah biasa, harga orkid yang baik kualiti bunganya lebih tinggi dari yang 'cokia' kualitinya. 'So', tepuk dada tanya selera.

  • Bebas penyakit - pilih orkid yang bebas daripada sebarang penyakit akar dan daun. Terdapat penyakit orkid yang mudah merebak. Anda sudah pasti tidak maahu ia terjadi pada koleksi kesayangan anda kan? Anda perlu mempunyai pengetahuan tentang penyakit orkid untuk tujuan ini. Jika tidak anda akan kena 'kelentong' oleh penjual. Contoh, ala sikit saja ni, balik you potong daun dan kasi racun, mesti 'settle' la ( lepas tu mesti anda tanya racun apa nak pakai kan?, dah kena beli plak racun)
  • Rumpun yang besar - selepas kelima-lima faktor di atas dipenuhi, sudah tentu anda akan mencari rumpun yang besar. Tetapi awas, rumpun yang besar mungkin memberi harga yang juga berlainan. Terdapat beberapa nurseri yang menjual orkid berdasarkan saiz rumpun.

Orkid adalah antara tanaman yang lambat pertumbuhannya. Membeli rumpun yang besar semestinya pilihan yang baik.


Monday, April 27, 2009

TBV : Perancangan seterusnya...

Tanaman air. Ya..inilah pokok seterusnya akan menghiasi TBV, aku merancang untuk kumpul segala jenis teratai dan telipuk untuk di letakkan merata kawasan TBV.

Untuk apa? Sebab aku nak 'increase humidity' kawasan sekitar TBV. Pasti orkid-orkid lebih suka dengan 'nano-climate' begini. Saja aku gunakan istilah 'nano-climate' sebab dalam bidang 'engineering' sekarang, istilah 'nano' telah popular.

Macro climate - Iklim Malaysia, Micro climate - Iklim di Triang, Pahang, Nano-climate - Iklim di sekitar rumah aku le.

Berbalik pasal tanaman air, tengah 'survey' harga kolam simen yang tingginya dalam 1.5 kaki sebagai bekas tanaman le. Insya Allah, sebelum habis tahun ni, akan ada le beberapa kolam untuk tanaman air ni.

Heliconia, Alocasia, Dendrobium dan Tacca

Hujung minggu lepas balik ke kampung lagi. Kali ni aku angkut semua Dendrobium 'Curly and Horn' ke TBV, bersama dengan beberapa jenis Alocasia dan 'Bat Lily'. Sampai ke TBV pukul 1.00 pagi, Sabtu.

Si Heliconia Dinasour dan Heliconia Devil's Tounge, member tolong bawakan sebab kebetulan dia nak ke Pahang pada hari Sabtu. Yang 'best'nya, member tu hadiahkan lagi 5 jenis heliconia..Syiok sungguh la. Kira dah ada 7 jenis Heliconia dalam masa 4 hari je..hujung bulan ni akan tambah lagi 3 jenis sebab dah 'book' kat akak di nurseri Dengkil tu. Heliconia ber'7' ni belum sempat di tanam sebab dok sibuk tanam si Dendro 'Curly' tu.

Heliconia ni akan di tanam di belakang rumah, berdekatan dengan sempadan reban ayam jiran belakang. Bukan apa, nanti boleh dapat baja 'free'..bagitao je kat jiran tu, kalao tak tao nak buang mana tahi ayam tu, campakkan je kat Heliconia ni. ( Tip: Heliconia adalah tanaman yang 'kuat makan' baja )

Sekarang sedang me'reiki' info pasal Kemboja plak, nak tanam beberapa pokok di hadapan rumah di kampung..nak jadikan pokok kemboja ni sebagai pokok perumah untuk Tillandsia.

Tangansejuk.

Monday, April 20, 2009

Islam dan panduan bercucuk tanam.

( Di kongsi bersama oleh saudara AJ daripada forum tamanflora)

Sedikit petikan daripada saudara AJ - Petua ini saya perolehi daripada seoarang guru agama, Tuan Hj Ismail dr Permatang Bonglai, Kedah yang juga suka bercucuk tanam.....

Hari mengikut kalender Islam

Haribulan 1, 11 dan 21 : Hari Akar - tanaman yang sesuai di tanam ialah yang mengeluarkan ubi spt keledek, keladi, ubi kayu dsbgnya

Haribulan 2, 12 dan 22 : Hari Batang - seperti tebu dan serai

Haribulan 3,13 dan 23 : Hari Daun - seperti sawi, bayam, kangkung

Haribulan 4, 14 dan 24 : Hari bunga - seperti ORKID la

Haribulan 5, 15, 25 : Hari buah - seperti mangga, kelapa dan jambu

Tetapi penjagaan nak kena gak la..baja dan kawalan penyakit perlu juga di buat...jangan le tanam dan tinggal je gitu...orang pun bleh mati woooo..

Contohnya : Hari ni 2 hb Januari 2009 bersamaan dengan 5 Muharram 1430 Hijrah Maka, tanaman yang sesuai untuk di tanam ialah tanam buah buahan.

Thursday, April 16, 2009

Platyceriums....

Platycerium willinckii mounted on the mango tree at TBV. This species very easy to grow in Malaysian climate. It's native to Indonesia. Look like P.bifurcatum but the fertile frond thinner than P.bifurcatum. Multiplication of this plant can be achieved through 'pup isolation' technique and spore.
Platycerium hillii pup seperated from the mother plant and just mounted to another mango tree at TBV. The fertile frond growing upward like P.ridleyi but with no 'deer-horn' shape.

Platycerium bifurcatum. Well established on driftwood and hang about 4 meters above the ground at TBV. Hope this species can form a 'giant ball-shape'.

A rare Malaysian species. Seldom to see among Malaysian grower. Platycerium holtumii. Grow it about a year ago.




Herba Untuk Lelaki


Pokok Galak Kucing. Antara herba yang popular dikatakan dapat menguatkan tenaga batin lelaki (sexual enhancer). Ini mungkin orang dulu-dulu melihat manfaat herba ini melalui kaedah 'doctrines of signature (D.o.S)'. Memang pengetahuan orang dulu-dulu berkenaan manfaat tumbuhan berdasarkan D.o.S.

Apakah D.o.Snya? Dikatakan kucing jantan apabila terjumpa dengan pokok ini, ia akan mencakar tanah sekitar pokok ini untuk mendapatkan akarnya. Selepas itu ia akan mencari kucing betina untuk ehem.. ehem..

( Sila tanya pakar untuk kadar dos penggunaan...Aku tak bertanggungjawab jika ada kesan sampingan yang negatif selepas ada mat-mat yang cuba dan terlebih dosnya..aku hanya tulis berdasarkan cerita daripada orang-orang tua yang aku dengar )

Tuesday, April 14, 2009

Kenapa 'Organic Gardening' ?

Aku telah memilih untuk 'bertaman' secara organik! Kenapa?

Paling utama ialah untuk kesihatan jangka panjang diri aku sendiri!

Tak ada sebab lain?
Ada.

1. Kebanyakkan koleksi aku telah dipindahkan ke kampung kerana mempunyai kawasan yang 50kali lebih luas saiz taman aku di Klang sekarang. Di kampung, ibu aku menanam sayuran, ada kucing peliharaan, ayam, itik jiran dan anak anak jiran datang bermain. Untuk keselamatan mereka semua, aku tak menggunakan racun kimia untuk kawalan penyakit tanaman.

2. Aku perhatikan, di sekitar kampung aku masih ada agen agen kawalan serangga perosak secara semulajadi. Aku biar depa je 'control' agen perosak tu!

3. Aku berminat dengan 'pertanian organik' .. maka aku jadikan kampung aku tu tempat aku bereksperimen untuk 'bertaman gaya organik'. Alhamdulillah sudah nampak perubahan disekitar kampung aku tu..tanah semakin subur.

Apa yang aku dah 'organik'kan kampung aku tu?

1. Aku dah 'lepas'kan mikrob mikrob baik ke sekitar tanah di kampung.

2. Aku juga dah 'lepas'kan kulat Mychorriza ke sekitar tanah di kampung.

3. Aku 'jemput' burung burung membuat sarang di sekitar pokok-pokok buah-buahan di kampung.

4. Aku 'pelihara' cacing tanah untuk depa baiki tanah sekitar kampung aku.