Saya kongsi berdasarkan pengalaman dan pemerhatian selama 7 tahun mengumpul dan menanam orkid. Sebelum ni saya telah tulis dari aspek yang lain di sini.
Seperti diketahui.. orkid bukan di kawal harganya oleh Kerajaan Malaysia. Memang terdapat perbezaan harga di antara satu nurseri dengan nurseri yang lain. Kenapa ini terjadi? Saya akan cerita di lain kali ye.. Walau apa pun harga yang anda bayar, mestilah ia berbaloi dengan orkid yang anda pilih. Maka, pilihlah orkid yang memberi anda risiko yang amat rendah untuk mati!
Apa yang perlu anda lihat?
- Akar - pilih akar yang sihat, tiada penyakit..ingat petua ni.. root good, growth good and flower also good. Akar yang tidak sihat menyebabkan risiko anda untuk menghantar orkid yang dibeli ke 'syurga' adalah amat cerah. Akar orkid yang sihat biasa berwarna putih atau 'silverish' dengan dihujungnya terdapat sebahagian akar yang berwarna hijau muda atau coklat.
Contoh foto-foto akar yang sihat
Contoh foto-foto akar yang tidak sihat
- Daun - daripada keadaan daun juga kita boleh ketahui sama ada orkid yang anda idamkan itu baru di tanam atau tidak. Ia akan kelihatan 'dehydrated' dan kurang 'berseri'. Orkid terus di tanam dan kelihatan 'established'. Kenapa penjual suka berbuat begini? Tujuannya ialah boleh menaikkan sedikit harga. Tetapi jika anda tak dapat menahan nafsu dan ingin juga membeli yang baru di tanam itu, tiada masalah pun! :) ( biasa terjadi hal ini terutamanya membeli orkid spesis)
Daun yang memberi tanda 'dehydrated'
- Rajin berbunga - Bagaimana untuk mengetahui orkid yang anda beli akan rajin berbunga? Kita boleh lihat berdasarkan tangkai-tangkai bunga lama yang terdapat pada pokok orkid tersebut. Walaupun dari jenis yang sama, setiap orkid memberi sifat 'rajin berbunga' yang berlainan. Ini adalah disebabkan oleh genetiknya, sama seperti manusia (walaupun dari ibu-bapa yang sama tetapi anak-anak mempunyai muka yang berlianan kan?).
Pokok bulbophyllum ini mempunyai banyak tangkai bunga yang telah kering. Ini merupakan tanda ia rajin berbunga.
Pokok orkid mokara ini akan berbunga setiap kali selepas 2 daun baru tumbuh. Ini dilihat pada tangkai bunga yang kering padanya.
Begitu juga Aranda ini. Pada setiap 3 daun baru yang tumbuh dia akan berbunga.
- Kualiti - adalah sebaiknya anda memilih orkid yang mempunyai bunga yang berkualiti tinggi. Ini adalah kerana ia senang dijual balik jika mahu dan juga berpotensi untuk menang hadiah di dalam pertandingan orkid. Anda mestilah mahir melihat kualiti bunga. Tetapi awas, terdapat beberapa nurseri yang menjual orkid mengikut kualiti bunga. Dan adalah biasa, harga orkid yang baik kualiti bunganya lebih tinggi dari yang 'cokia' kualitinya. 'So', tepuk dada tanya selera.
- Bebas penyakit - pilih orkid yang bebas daripada sebarang penyakit akar dan daun. Terdapat penyakit orkid yang mudah merebak. Anda sudah pasti tidak maahu ia terjadi pada koleksi kesayangan anda kan? Anda perlu mempunyai pengetahuan tentang penyakit orkid untuk tujuan ini. Jika tidak anda akan kena 'kelentong' oleh penjual. Contoh, ala sikit saja ni, balik you potong daun dan kasi racun, mesti 'settle' la ( lepas tu mesti anda tanya racun apa nak pakai kan?, dah kena beli plak racun)
Orkid adalah antara tanaman yang lambat pertumbuhannya. Membeli rumpun yang besar semestinya pilihan yang baik.