Korang jangan terkejut dengan tajuk kat atas tu... saje je bikin gempak sikit... posting kali ni untuk memenuhi janji aku pada NoID yang minta berikan tip penjagaan orkid Bulbophyllum..
Bulbophyllum ..secara asasnya memerlukan persekitaran seperti anda menjaga orkid Phalaenopsis. Panduan seterusnya ialah berdasarkan pengalaman penulis memelihara orkid Bulbophyllum di TBV.
Bulbophyllum Sheryl Kurizaki yang cantik kembang di TBV.
Bulbophyllum lepidum mampu memberikan bunga yang cantik jika betul penjagaannya.
Cahaya : Ia memerlukan pencahayaan antara 50% ke 80% bergantung kepada jenis spesis Bulbophyllum.
Lihat 'clump' Bulbophyllum briennianum yang subur di TBV.
Bunga Bulbophyllum Tsiku Tsaurus.
Pembajaan : Sama seperti orkid jenis lain... pelbagai teknik membaja boleh digunakan.. kesukaan penulis ialah membaja sambil menyiram..teknik ini memerlukan kadar kepekatan baja yang sangat cair tetapi kadarnya ada lebih kerap... teknik lain yang disukai penulis ialah seminggu sekali.. pokok muda gunakan yang high N nutrien..yang dah matured guna baja high nutrien P dan K.
Cirrhopetalum Sun Shine Queen 'Orange' sangat kerap berbunga di TBV.
Bunga Bulbophyllum hibrid.
Kawalan penyakit : Bulbophyllum biasa diserang penyakit reput pangkal dan reput bakteria...serangga pula ialah seperti sucking insect mites, aphid, mealy bug, thrip, dan scale. Gunakan racun yang bersesuaian untuk setiap jenis penyakit.
Insya Allah..artikel akan datang, akan lebih lanjut bincangkan tentang jenis jenis racun kulat dan racun serangga.
Penyiraman : Sama seperti orkid lain..sila rujuk tip penyiraman di dalam artikel yang juga di tulis oleh penulis di sini. Secara asasnya ialah sekali sehari sudah memadai jika mempunyai media yang mampu memegang air dalam tempoh masa yang lama.. contohnya seperti sabut kelapa dan sphagnum moss.
Bunga Bulbophyllum Tsiku Tsaurus.
Pembajaan : Sama seperti orkid jenis lain... pelbagai teknik membaja boleh digunakan.. kesukaan penulis ialah membaja sambil menyiram..teknik ini memerlukan kadar kepekatan baja yang sangat cair tetapi kadarnya ada lebih kerap... teknik lain yang disukai penulis ialah seminggu sekali.. pokok muda gunakan yang high N nutrien..yang dah matured guna baja high nutrien P dan K.
Cirrhopetalum Sun Shine Queen 'Orange' sangat kerap berbunga di TBV.
Bunga Bulbophyllum hibrid.
Kawalan penyakit : Bulbophyllum biasa diserang penyakit reput pangkal dan reput bakteria...serangga pula ialah seperti sucking insect mites, aphid, mealy bug, thrip, dan scale. Gunakan racun yang bersesuaian untuk setiap jenis penyakit.
Insya Allah..artikel akan datang, akan lebih lanjut bincangkan tentang jenis jenis racun kulat dan racun serangga.
No comments:
Post a Comment