Page Abstract

1. Main
The main page of this blog. You are here. Page that collects photos from our plants collection(mainly orchids) that are flowering at the posted time.

2. About TBV
Introduction of TBV and Bera district (where TBV is)

3. About Pahang
Anything about the state of Pahang, such as interesting places to visit, activities of the population and many more.

4. Diseases
Share about the common diseases always occur to your orchid in the tropical climate.

5. Fungicide
The type of fungicide available in Malaysia to treat the plant's diseases.

6. Pesticide
The type of pesticide available in Malaysia to treat the plant's pest.

7. Fertilizer
The fertilizers that we use for our plants.

8. Nature
Any photo about the beauty of the nature in Malaysia from our view. They are may about the tree, waterfall or animal.

9. Insect
The page that collects my photo from macro shoot. Subject are all kind of insects found around my garden.

10. Scene
The page that collects all photo taken by my intuitive, something that caught my attention suddenly.


Nak belajar tanam Orkid? Dapatkan buku hebat ini :)

Nak belajar tanam Orkid? Dapatkan buku hebat ini :)
Ia ditulis berdasarkan pengalaman penulis sendiri. Boleh dibeli di Karangkraf Mall secara online ya. :)

Bab Bonus

Buku ini juga membincangkan mengenai perladangan Vanila di Malaysia di dalam Bab Bonus. Penulis memberi pandangannya mengenai permasalahan yang perlu diatasi sebelum melakukan pelaburan di dalam perladangan Vanila di Malaysia.

Thursday, November 1, 2012

Bereksperimen lagi dengan Jewel Orchids

Assalamualaikum kepada semua...

Kali ni aku nak bercerita pasal orkid yang lebih dengan nama glamer dia Jewel Orchid. Kenapa orang dulu dulu beri nama Jewel Orchid tak la plak aku tahu....cuma aku boleh agak la....nama jolokan itu mungkin diperolehi daripada struktur daun dia yang berwarna warni....sesetengah itu nampak  berkilau kilau ....kilau kilau ala permata la kot.....

Sebenarnya aku dah banyak kali try menjaga orkid jenis ni.... depa hidup ditangan aku ni...cuma tak tahannya ialah siput dan lintah bulan....depa ni kalo jumpa si jewel ni..memang  syiokkk aaaa..abis seluruh pokok kena bedal..sebab dari akar,daun dan stem dia memang lembut....

Namun begitu, aku masih tak putus asa nak menanam Jewel  ni..sebab apa? Personally aku memang tertarik dengan rupa daunnya yang berwarna warni.....MAKA...

Kali ini aku mencuba lagi, cuma aku tukar strategi menanam...aku menanam semua Jewel aku kali ini dalam akuarium. MENGAPA? Sebab aku nak control dari serangan siput dan lintah bulan...dan kalau menjadi la kali ni...memang aku nak tanam Jewel banyak lagi....kena beli akuarium lagi pun tak pa...tarak hal la bro...wife boleh sponsor... :)

Jom aku cerita apa aku buat dengan Jewel-Jewel aku kali ni in details...

Langkah-langkahnya:

1. Dah tentu le aku kena order orkid ni daripada sesaper yang sudi nak menjualkannya kepada aku... akhirnya dapat la aku beli daripada seorang lelaki yang budiman dari utara Semenanjung Malaysia...aku order online..

2. Bila dah order online biasa la....pokok masuk kotak...handling by post lagi...pokok memang agak teruk le..maklum le..jewel ni memang fragile....tak macam jewel jewel yang orang perempuan suka yang ada rege sampai 24 juta tuuuuuu..

3. Balik rumah jer...aku rendam moss...pakai moss gred yang baik sikit...aku rendam moss dengan  seaweed + calcium boron + vitamin B...kepekatan yang rendah... dengan tujuan nak bagi  sedikit supplement  menerusi media bila aku tanam jewel nanti...rendaman moss tu aku biar dalam 5 minit...

4. Lepas tu aku tabur le moss dalam akuarium ( aku guna akuarium lama jerrr) ....agak agak tebal dia dalam 3 4 inci....aku tabur sikit siputox...racun untuk siput lah!.....kot kot la ada siput bersaiz mikro yang tersesat duk dalam akuarium yang aku tak nampak....

5. Maka aku mula le menanam Jewel Jewel....masa ni Jewel-jewel aku daun memang dah lembik tapi semua struktur pokok masih segar..


Jewel yang berdaun hijau ni aku tanam kat belah kanan akuarium 
( kedudukan akuarium secara horizontal dengan posisi aku menanam)


Another Jewel hijau ni aku tanam kat belah kiri akuarium plak


Jewel merah hati ni aku tanam ditengah tengah akuarium, jewel jenis ni ak dapat dari geng belah Negeri Sembilan, daun dia macam baldu.


Jewel merah bercorak ni aku tanah ditengah akuarium gak..tapi posisi dia dibawah jewel jewel merah yang aku tanam kat foto atas tuuu


Ni ler gambaran keseluruhan 'landskap' jewel jewel aku dalam akuarium bersaiz 3 kaki...malu aku nak tunjuk rupa akuarium sebab dah berlumut dinding dia...nak kena cuci dulu baru aku shoot dan share dengan korang... :)

Lokasi akuarium jewel ni aku letak bawah porch kereta jerrr....masih ada light  yang depa boleh dapat ....anggaran aku dalam 30% light intensity....

Setelah selesai tanam, aku pun pack barang barang untuk balik kampung bercuti raya haji...4 hari.....selepas 4 hari aku balik...saja nak melawat taman jewel aku.....semua daun daun jewel aku dah tegak balik...kerasss..sihat...segar bugar....

Nota tambahan:

1. Jewel orkid ni juga mempunyai khasiat perubatan....dikatakan daunnya boleh digunakan untuk merawat penyakit lelah..dengan cara memakan daunnya sehelai ....berapa lama? aisehhh tak teringat lak aku nak tanya..:)

2. Ia juga dikatakan boleh untuk menstabilkan tekanan darah yang tinggi, diabetes, merawat penyakit berkaitan jantung, hati, paru-paru,  mempunyai kandungan yang bersifat antitumor dan juga antivirus  (Lin 2007, Wu 2007 ) - dirujuk dari kertas kerja Doris C.N Chang et. al , "New cultivation method for Anoectochilus formosanus  Hayata", Orchid Science and Biotechnology, 2007.

3. Penduduk di Myanmar dan Vietnam juga dikatakan menggunakan jewel orkid sebagai ulaman di dalam hidangan mereka.


Kesimpulan:

3 nota tambahan diatas yang menceritakan khasiat jewel Orchid merupakan antara sebab menjadi pendorong aku nak biakkan Jewel ni lebih banyak...

Sekian.

3 comments:

Platinumrockstar said...

bagus ni. saya lelah..bleh tnm buat ulam. En. bli online. .boleh bgtau saya website url pls?

said...

Nak beli jewel orchid jugak..dapat dari mane ya??

RatuArif said...

Thanks for sharing. I have 3 plants.