Kawan-kawan... jangan 'confuse' dengan
sejuk di tajuk atas ye. Ia membawa maksud pandangan mata yang menyegarkan. Hujung minggu lepas balik ke kampung lagi. Kali ini, sepanjang jalan pergi dan balik..nampaknya musim buah sedang melanda Negeri Sembilan dan Pahang. Durian, rambutan dan langsat sudah mula kelihatan dijual. Rambai masih dalam putik lagi.
Lihat 2 foto di bawah, sejak 2 hujung minggu yang lepas terpesona dengan pandangan alam ni... tumbuhan memanjat yang menghias pohon keras sehingga kita menyangka pohon itu yang berbunga. Lokasi ini ialah permulaan masuk ke Simpang Pelangai ( kampung Menteri Besar Pahang ni), jika anda dari Triang.


Rambutan ni, dalam bulan 7 nanti masak la...dah banyak kali merasa dah...aku hanya perlukan masa sebulan je untuk menuai hasil daripada pokok rambutan ni. Nak tahu rahsia rambutan berbuah cepat? Tunggu jap ye..
Ni plak..pokok durian yang sedang menanti je nak luruh di kampung..aku hanya perlukan 3 bulan sahaja untuk menuai hasil pokok durian ni...nak tahu rahsianya? Boleh! Jawabnya : Aku pinang anak dara tuan punya pokok rambutan dan durian ni! :)

Cerita pasal orkid esok la ye...
No comments:
Post a Comment