keri... kalu spike kekeringan lom sempat besar tu apa puncanya ek. camner nak get rid kumbang kuning  
Reply 1818# MMISS 
Ada 2 soalan kat sini ye..OK ..try jawab satu per satu     
keri... kalu spike kekeringan lom sempat besar tu apa puncanya ek. 
Spike kering ada 2 sebab...
1. pokok terlalu kekurangan air..maka untuk menyelamatkan dirinya  dia perlu korbankan bunga...lihat ada tak tanda tanda kekurangan air...cara nak kenal..kalau simpodial orkid..lihat pada SHRINKING DEGREE of the pseudobulb...kalau monopodial...lihat pada daunnya....warna agak hijau kusam..
pokok kekurangan air selain dr kadar penyiraman yang tak cukup mungkin berpunca daripada akarnya yang telah rosak/reput dan tiada akar baru yg keluar lagi....
2. MICRO CLIMATE terlalu lembap dan penyakit  bawaan kulat dan bakteria  menyerang tangkai bunga...kalau rhyncostylis...biasanya kita tak sedar pucuk bunga yang baru nak naik tu terendam dek air yg bertakung kat celah daunnya...
camner nak get rid kumbang kuning 
Kumbang kuning atau nama  lain dia ialah KUMBANG BELANGKAS ( rujukan perosak tanam di Malaysia terbitan MARDI)....kumbang ini akan meninggalkan larvanya yang akan memakan keseluruhan bunga orkid anda...
untuk MEMBUNUH SECARA CEPAT  perlu guna RACUN KIMIA...diTBV saya menggunakan... CONFOR ( 1liter  RM75, penggunaan 2ml utk 10liter air )...Carbaryl  ( 1kg RM35, 25g untuk 10liter air )....dan terbaru saya gunakan  satu lagi racun yg dah lupa namanya yang mampu menghapuskan juga penyakit FISH EGG... ( 1 liter RM105, 5ml untuk 10liter air).. saya guankan racun ni secara berselang dgn neem oil...iaitu
confor + baja ---->neem + baja ----->carbaryl + baja ----> neem + baja -----> racun baru + baja 
kenapa buat begini? 
untuk elakkan serangga develop imun system terhadap sesuatu jenis racun.... 
boleh ka kalau guna alternate racun jenis lain?
boleh..dgn syarat racun itu mampu mengawal/merawat penyakit yg kita nak kawal/rawat... contoh di atas itu ialah yg saya praktiskan di TBV sahaja.
( Transkrip daripada sebuah forum, seorang pengunjung forum tersebut bertanya tentang penyakit orkid )