Lagi sekali aku maklum, panduan yang aku berikan ni berdasarkan pengalaman aku saje. Penanaman dilakukan di Triang, Pahang Darul Makmur, sila dapatkan info berkenaan iklim mikro tentang Triang ye, tetapi boleh la kalau korang nak jadikan panduan.
1.
Phaius dan
Calanthe adalah orkid yang hidup di tanah yang kaya dengan humus di hutan, Tanahnya tak padat. Ada satu tempat yang aku pergi dulu, ia hidup di bawak kanopi pokok-pokok besar. Akarnya juga pergi jauh, melebihi kanopi pokok orkid tersebut.
2. Kira boleh kata, kadar cahaya ialah lebih kurang 50% je. Tanah dia plak bila aku pijak terasa lembut. So, macam mana aku nak tiru tanah di hutan?
3. Sebelum ni aku guna tanah yang aku beli di nurseri...tak jalan, lama lama tanah jadi padat dan menganggu akar untuk
penetrate ke dalam tanah. Pokok lama lama mengecil dan
kiok.
4. Lepas tu aku guna tanah campur dengan ketulan arang, sabut dan pasir..tiru satu style yang digunakan oleh nurseri orkid...tak jalan juga.
5. Akhirnya, aku guna begini;
a. Masukkan tanah kompos (beli di nurseri) separuh penuh pasu yang besar..aku gunakan pasu yang diameternya agak agak dalam 1 kaki
at least.
b. Letakkan pokok orkid yang hendak di tanam.
c. Ambik daun daun kering, masukkan sehingga penuh pasu, daun kering tu di padatkan sehingga pokok boleh teguh berdiri.
d. Dari semasa ke semasa, jika daun daun dah mula mereput, top up lagi dengan daun kering yang baru sehingga penuh pasu. Ulang proses ini jika perlu.
e. Baja dan siram seperti biasa. Style aku ni aku dapati, orkid lebih suka, dan akar pokok lebih mudah untuk penetrate ke dalam media.
f. Ubah ke pasu lebih besar jika perlu untuk beri ruang lebih besar kepada akar pokok untuk 'berjalan-jalan' di dalam pasu.
Korang boleh cuba la teknik aku ni. Tak berjaya, modify ler ikut kesesuaian iklim tempat korang.
Aku juga gunakan teknik 100% daun kering dan berkesan. Stok daun kering? sentiasa ada kat kampung tu sebab dah pesan kat mak, daun daun kering jangan bakar dah...longgok kat bawah kanopi pokok-pokok mangga, rambutan, mata kucing...nak guna untuk tanam orkid. :)