Page Abstract

1. Main
The main page of this blog. You are here. Page that collects photos from our plants collection(mainly orchids) that are flowering at the posted time.

2. About TBV
Introduction of TBV and Bera district (where TBV is)

3. About Pahang
Anything about the state of Pahang, such as interesting places to visit, activities of the population and many more.

4. Diseases
Share about the common diseases always occur to your orchid in the tropical climate.

5. Fungicide
The type of fungicide available in Malaysia to treat the plant's diseases.

6. Pesticide
The type of pesticide available in Malaysia to treat the plant's pest.

7. Fertilizer
The fertilizers that we use for our plants.

8. Nature
Any photo about the beauty of the nature in Malaysia from our view. They are may about the tree, waterfall or animal.

9. Insect
The page that collects my photo from macro shoot. Subject are all kind of insects found around my garden.

10. Scene
The page that collects all photo taken by my intuitive, something that caught my attention suddenly.


Nak belajar tanam Orkid? Dapatkan buku hebat ini :)

Nak belajar tanam Orkid? Dapatkan buku hebat ini :)
Ia ditulis berdasarkan pengalaman penulis sendiri. Boleh dibeli di Karangkraf Mall secara online ya. :)

Bab Bonus

Buku ini juga membincangkan mengenai perladangan Vanila di Malaysia di dalam Bab Bonus. Penulis memberi pandangannya mengenai permasalahan yang perlu diatasi sebelum melakukan pelaburan di dalam perladangan Vanila di Malaysia.

Thursday, June 20, 2013

Bagaimana menanam Phaius sp. dan Calanthe sp.?

Lagi sekali aku maklum, panduan yang aku berikan ni berdasarkan pengalaman aku saje. Penanaman dilakukan di Triang, Pahang Darul Makmur, sila dapatkan info berkenaan iklim mikro tentang Triang ye, tetapi boleh la kalau korang nak jadikan panduan.


1. Phaius dan Calanthe adalah orkid yang hidup di tanah yang kaya dengan humus di hutan, Tanahnya tak padat. Ada satu tempat yang aku pergi dulu, ia hidup di bawak kanopi pokok-pokok besar. Akarnya juga pergi jauh, melebihi kanopi pokok orkid tersebut.

2. Kira boleh kata, kadar cahaya ialah lebih kurang 50% je. Tanah dia plak bila aku pijak terasa lembut. So, macam mana aku nak tiru tanah di hutan?

3. Sebelum ni aku guna tanah yang aku beli di nurseri...tak jalan, lama lama tanah jadi padat dan menganggu akar untuk penetrate ke dalam tanah. Pokok lama lama mengecil dan kiok.

4. Lepas tu aku guna tanah campur dengan ketulan arang, sabut dan pasir..tiru satu style  yang digunakan oleh nurseri orkid...tak jalan juga.

5. Akhirnya, aku guna begini;

a. Masukkan tanah kompos (beli di nurseri) separuh penuh pasu yang besar..aku gunakan pasu  yang diameternya agak agak dalam 1 kaki at least.

b. Letakkan pokok orkid yang hendak di tanam.

c. Ambik daun daun kering, masukkan sehingga penuh pasu, daun kering tu di padatkan  sehingga pokok boleh teguh berdiri.

d. Dari semasa ke semasa, jika daun daun dah mula mereput, top up lagi dengan daun kering yang baru sehingga penuh pasu. Ulang proses ini jika perlu.

e. Baja dan siram seperti biasa. Style aku ni aku dapati, orkid lebih suka, dan akar pokok lebih mudah untuk penetrate ke dalam media.

f. Ubah ke pasu lebih besar jika perlu untuk beri ruang lebih besar kepada akar pokok untuk 'berjalan-jalan' di dalam pasu.

Korang boleh cuba la teknik aku ni. Tak berjaya, modify ler ikut kesesuaian iklim tempat korang.

Aku juga gunakan teknik 100% daun kering  dan berkesan. Stok daun kering? sentiasa ada kat kampung tu sebab dah pesan kat mak, daun daun kering jangan bakar dah...longgok kat bawah kanopi pokok-pokok mangga, rambutan, mata kucing...nak guna untuk tanam orkid. :)

No comments: