Page Abstract

1. Main
The main page of this blog. You are here. Page that collects photos from our plants collection(mainly orchids) that are flowering at the posted time.

2. About TBV
Introduction of TBV and Bera district (where TBV is)

3. About Pahang
Anything about the state of Pahang, such as interesting places to visit, activities of the population and many more.

4. Diseases
Share about the common diseases always occur to your orchid in the tropical climate.

5. Fungicide
The type of fungicide available in Malaysia to treat the plant's diseases.

6. Pesticide
The type of pesticide available in Malaysia to treat the plant's pest.

7. Fertilizer
The fertilizers that we use for our plants.

8. Nature
Any photo about the beauty of the nature in Malaysia from our view. They are may about the tree, waterfall or animal.

9. Insect
The page that collects my photo from macro shoot. Subject are all kind of insects found around my garden.

10. Scene
The page that collects all photo taken by my intuitive, something that caught my attention suddenly.


Nak belajar tanam Orkid? Dapatkan buku hebat ini :)

Nak belajar tanam Orkid? Dapatkan buku hebat ini :)
Ia ditulis berdasarkan pengalaman penulis sendiri. Boleh dibeli di Karangkraf Mall secara online ya. :)

Bab Bonus

Buku ini juga membincangkan mengenai perladangan Vanila di Malaysia di dalam Bab Bonus. Penulis memberi pandangannya mengenai permasalahan yang perlu diatasi sebelum melakukan pelaburan di dalam perladangan Vanila di Malaysia.

Monday, April 5, 2010

Rumah Otai

Ni foto foto orkid semasa singgah di rumah otai Shah Alam masa lunch tadi....memacam isu gak le di sembangkan yang terpaksa di off record di sini...supaya tak menyinggung mana-mana pihak...









Bunga bunga orkid di April 2010

Ni Cattleya bukan saya punya..tapi sahabat hantar ke TBV untuk saya jaga...perkhidmatan menjaga pokok yang disediakan di TBV hanya terhad kepada sahabat sahaja ye..

Vanda Robert Delight...

Mini cattleya yang berbunga di TBV..kira cycle yang ni le paling banyak bunga dia...ada orang datang tanya..berapa harga...errr tak jual le...personal collection ni kak...

Kena makan dengan yellow bettle...2 minggu tak balik ke TBV...tak pa le..dah rezeki dia...

Dendrobium Dawn Maree...bunga tahan 2 bulan..

Dendrobium linguella...spesis dendrobium yang wangi..

Foto seterusnya malas nak beri komen dah..korang enjoy je le tengok depa tu...:)









Phalaenopsis di TBV

Kali ni di TBV cuaca tak menentu ...hujan pagi..panas petang...hujan tengah hari..panas pagi dan petang..dek sebab cuaca begini..nampaknya banyak le phalaenopsis yang berbunga..tapi yang sedihnya ada le 2 3 pokok gak yang menuju ke syurga....sebab kena jangkitan bakteria...

Koleksi phalaenopsis terbaru...suka warna dia yang bercampur-campur tak tentu arah tu..












Selain orkid di TBV

Sebelum aku post foto2 orkid terkini..jom saksikan koleksi lana dan terbaru di TBV..

Ni haa..sekumpulan Tillandsia yang dah lama dah tak berjaga..duk tanam bawah pokok Mambu..kurang sihat sebab dah lama tak buat penyelengaraan....buang daun kering...buat pembiakan...asyik tumpu pada orkid je...

Platycerium ridleyi yang tengah sihat tumbuh...dibela dari kecil lagi...diletakkan di tempat yang amat redup..

Keladi terbaru dalam koleksi..nyonya tu tak mahu jual sebab dia nak guna sebagai decoration tahun baru cina yang lepas..tapi aku kata nak jugak....disebabkan dah banyak kepala agung aku bagi dia sebelum ni..dia bagi gak le...sesaper tahu ID keladi ni? ( Terima kasih Kak Esah Exotic Matahari..dah dapat IDnye..Caladium bicolor )

Lycopodium aku juga kurang sihat sama seperti Tillandsia..lama dah tak buat maintenance..kesian kat depa ni..ingat start bulan Mei nanti..nak buat pemasuan semula kat koleksi Lycopodium aku ni..

Ni Alocasia tebaru dalam koleksi..dapat semasa menYERDANG...ID please.. ( thanks to Kak Esah Exotic Matahari..dah dapat ID dia .. Alocasia micholitziana "Frydek" )

Platycerium Yanid..hibrid daripada penghibrid Platycerium di Thailand...makin subur dia ni kat TBV

Thursday, April 1, 2010

When Nepal Trumpet...

A very well established Nepal Trumpet Vine.






Sempena Satu Peristiwa di TBV

Tak lama lagi..sempena sesuatu peristiwa di TBV..saya ingat nak lepaskan beberapa pokok/keratan/anak benih 3 spesis Dendrobium yang saya sayang...khas untuk geng HG di sini sahaja.

Pokok 1 : Dendrobium anosmum semi alba... saya ada 3 variety..Filipina, Irian Jaya dan Malaysia.. yang Filipina mari tak perlu untuk dijual sebab korang boleh pergi menYERDANG...harga di Serdang utk variety Filipina ialah RM40...tapi auntie tu jual anosmum semi alba ni ikut mood..masa mood tak baik..TAK MAO JUAI

Begitu juga dgn variety Irian Jaya....belum bersedia untuk dilepaskan sebab tak banyak...dulu beli anak 6 inci...RM15...di Taman Orkid KL

Yang saya nak lepaskan ialah Dendrobium anosmum semi alba variety Malaysia...yang ni dr area Cameron Highland...lama dah punya koleksi ni..bertahun tahun dah dalam tangan... gerenti boleh bunga...tak bunga kalau dah beli..boleh pulang balik...saya pulangkan balik duit anda.. ( Kuantiti nak dilepaskan mungkin hanya ada 3 pokok/keratan/anak je ) .. 1 Kak Tina dah book...maka tinggal le 2 je lagi..

(Terkini, 1/4/2010, 11.50 am - Tawaran ditutup. Semua dah habis ditempah - Kak Tina, Enie dan Angerikrimba)


Pokok 2 : Dendrobium panduriferum : Saya beli dulu ni di Seremban..as a Dendrobium lampongense..tetapi keluar panduriferum..OK lor... ( Kuantiti nak dilepaskan mungkin hanya ada 3 pokok/keratan/anak je ) ...1 Alifinara dah book ..maka tinggal je le lagi 2 ..

(Terkini, 1/4/2010, 11.50 am - Tawaran ditutup. Semua dah habis ditempah - Kak Sofie, Alifi dan Enie)


Pokok 3 : Dendrobium bullenianum - Haaaa.. spesis ni memang ramai orang yang tanya....pokok yang akan dilepaskan ialah daripada pokok yang berbunga dalam foto ni la..memang 6 tahun lepas di bawa masuk oleh Otai orkid Filipina...hutan sana mari..masa pesta Flora shah Alam....setakat ni yang sedia menunggu ialah Kak Ani Temerloh..dan Kak Tina..so apa apa hal pun 2 pokok/keratan/ anak saya WAJIB reserve untuk mereka dah.

Spesis ni ada 2 variety...highland dan lowland... yang saya punya gerenti lowland..tak bunga boleh pulang balik...

Anda juga boleh menYERDANG untk spesis ni dengan harga RM60..tapi kalau mood tak baik anda dpat TAK MAO JUAI!

( Kuantiti nak dilepaskan mungkin hanya ada 3 pokok/keratan/anak je ) ... 2 dah Kak Ani dan Kak Tina book ..tinggal le satu je

(Terkini, 1/4/2010, 11.50 am - Tawaran ditutup. Semua dah habis ditempah - Kak Ani, Kak Tina dan Kak Sofie)