Jom kita tambah ilmu tentang penyakit ini.
Cara nak kenal penyakit ini...cara paling mudah untuk aku terangkan ialah dibantu dengan 3 foto dibawah ni haaa...rasanya lebih mudah untuk menyerap di dalam di neuron neuron otak korang sebelum ia di'save' kat memori otak korang..
Foto 1
Antraknos pada daun Coelogyne rochussenii
Foto 2
Antraknos pada daun Coelogyne asperata
Foto 3
Antraknos pada daun Bulbophyllum lobii
Daripada 3 3 foto ni boleh le aku simpulkan cara mengenal Antraknos. Caranya ialah terdapat garisan berulang ulang seolah-olah seperti peta kontor (contour map)pada bahagian daun yang terkena jangkitan. Korang boleh nampak tak 'line contour' tu?
Cara nak merawat Antraknos..(ikut mazhab TBV la ye)
1. Aku potong dulu bahagian daun yang terkena jangkitan..
2. Aku ambik le racun kulat dan spray le...
Antara racun kulat yang aku gunakan secara berselang ialah 'neem oil', benomyl, topsin dan thiram...
Harga racun?
harga paling murah 'neem oil' le..5 ringgit je...kalau mcm benomyl, topsin dan thiram tu around 30-35 ringgit je le
kalau korang nak lebih power lagi korang boleh guna antracol.. rege antracol tak pasti..tapi korang kena bawak duit kurang kurang RM150 le...takut tak cukup plak kan...kerana kebiasaannya racun kulat yang khusus kepada penyakit tertentu mencapai ratusan RM le regenye..
Sekian
Moga korang dapat manfaat kat artikel santai aku ni.
1 comment:
Selamat pagi TANGAN SEJUK,
Nak mengorkid, rupanya bnyk lg ilmu yg kner cedok & Pg nie dpt lg satu ilmu baru, nasib baik dh jd pengikut tetap mazhab TVB, klau tidak mkin kuruih ler poket nk membeli racun yg mahai, tak sabor rasanya nk balik umah ptg nie, nak mandikan okid2 tu ngan neem oil moga terhapuslah antraknos yg selalu btandang kat umah sia, TQ pada TANGAN SEJUK krna selalu memberitahu
Post a Comment