Page Abstract

1. Main
The main page of this blog. You are here. Page that collects photos from our plants collection(mainly orchids) that are flowering at the posted time.

2. About TBV
Introduction of TBV and Bera district (where TBV is)

3. About Pahang
Anything about the state of Pahang, such as interesting places to visit, activities of the population and many more.

4. Diseases
Share about the common diseases always occur to your orchid in the tropical climate.

5. Fungicide
The type of fungicide available in Malaysia to treat the plant's diseases.

6. Pesticide
The type of pesticide available in Malaysia to treat the plant's pest.

7. Fertilizer
The fertilizers that we use for our plants.

8. Nature
Any photo about the beauty of the nature in Malaysia from our view. They are may about the tree, waterfall or animal.

9. Insect
The page that collects my photo from macro shoot. Subject are all kind of insects found around my garden.

10. Scene
The page that collects all photo taken by my intuitive, something that caught my attention suddenly.


Nak belajar tanam Orkid? Dapatkan buku hebat ini :)

Nak belajar tanam Orkid? Dapatkan buku hebat ini :)
Ia ditulis berdasarkan pengalaman penulis sendiri. Boleh dibeli di Karangkraf Mall secara online ya. :)

Bab Bonus

Buku ini juga membincangkan mengenai perladangan Vanila di Malaysia di dalam Bab Bonus. Penulis memberi pandangannya mengenai permasalahan yang perlu diatasi sebelum melakukan pelaburan di dalam perladangan Vanila di Malaysia.
Showing posts with label organik.. Show all posts
Showing posts with label organik.. Show all posts

Monday, July 20, 2009

Cerita 1TAHUN TBV

Setelah setahun berlalu..macam mana keadaan TBV ye.. adakah pokok makin berkurangan? Atau makin bertambah? Izinkan aku bercerita tentang 1TAHUN TBV.

Keluasan terkini rumah orkid di TBV sekarang ialah 1500 kaki persegi.. memandangkan dengan luas sebegini juga tidak mencukupi sehingga terpaksa buat 3 lapisan gantungan orkid, pihak pengurusan di TBV sedang berusaha menambah keluasan TBV ke 3000 kaki persegi! Selain itu beberapa perancangan sedang ditimbangkan;
  • membuat pengasingan tanaman mengikut jenis untuk mudahkan peyelenggaraan seperti penyiraman dan pembajaan dengan lebih tepat.


  • membuat rumah semaian untuk anak benih orkid yang terlindung daripada hujan sepenuhnya


  • membuat rumah lindungan yang khusus untuk penanaman dan penyemaian Platycerium dan Lycopodium.

Pihak pengurusan TBV juga sedang dalam perbincangan untuk menjalinkan kerjasama dengan pihak pengurusan Bera Orchid Valley (BOV) yang terletak 15km daripada Bandar Bera, Pahang ke arah menghangatkan suasana menanam orkid di negeri Pahang khususnya.

Jom kita saksikan 'pemandangan' 1TAHUN TBV.

Foto di bawah ialah spesimen Thecostele alata..saiz rumpun dia adalah sebesar setengah meter!
Deretan beberapa jenis Cymbidium...finlay ada, bicolor ada, chloranthum ada, dayanum ada dan yang paling best atropurpureum dan finlay alba pun ada.
Ke arah mencapai luas 3000 kaki persegi...
Pemandangan sepanjang rumah orkid.

Bila la nak berbunga 4 rumpun spesimen Coelogyne rochu ni... tak sabar nak melihatnya lagi..
Lagi pandangan petak pertama rumah orkid di TBV.


Pemandangan di dalam rumah orkid..memang agak serabut dan padat..sebab dah tak muat le.

Ant plant ni ditanam di pokok hidup dan terbukti memang ada banyak semut di pokok tersebut..

Pandangan dari belakang rumah orkid.


Tiang tiang buat sendiri je sebab nak jimat kos.. hampir separuh kos dapat dijimatkan.

Pandangan rumah orkid di petak ke-4 dan ke-5.
Pandangan di dalam rumah orkid petak ke-3
Pandangan di dalam petak ke-2

Dendro apa ntah ni... dapat kat orang asli di Muadzam Shah..hampir nak mati..cuba dipulihara di TBV.
Pandangan di dalam petak pertama

Tuesday, June 2, 2009

Organic plant shade!

Thanks to nature! :)

Last weekend went back again to my hometown. Saw some of my Lycopodium squarrosum changed to yellowish in color.. Oh! They exposed to much sunlight even placed them under my plant shade. I used the wrong plant net for them.

At last, for the fast solution, the coconut's leaves is my choice. Got this idea when saw some of the coconut's leaves give extra shade to my orchids.

Nah..now I having an ORGANIC SHADE!

F.O.C and easy!

Wednesday, May 6, 2009

Pokok Boleh Menari

Pernahkah anda mengetahui di alam maya ini terdapat pokok yang diciptakan Allah yang boleh menari apabila mendengar muzik?

Pokok yang pandai menari ini juga merupakan sejenis herba yang dikatakan daunnya boleh dijadikan teh 'awet muda'.

Bagaimana pokok ini menari? Pokok ini terdapat 2 jenis daun..satu besar satu kecil..apabila kita dengarkan ia dengan sebarang jenis bunyi-bunyian yang berterusan selama beberapa minit, akan kelihatan daunnya yang kecil itu akan bergerak-gerak..seolah olah memberi respon terhadap bunyi-bunyian yang didengarkan. Ya, ia menari!

Unik kan?

Selamat sampai

2 Alocasia sedang berposing di bawah pohon mangga di TBV sebaik sahaja selesai proses pemasuan semula ke pasu yang lebih besar.

Media yang saya gunakan ialah hanya komos sisa baungan kelapa sawit di campur dengan sesudu baja asas berasaskan 'seaweed'.

Keunikan Alocasia terletak pada struktur dan warna daunnya.

Setakat ini dalam koleksi aku hanya 3 Alocasia. Yang sebetulnya aku memulakan kembali koleksi Alocasia dan keladi yang terpilih. Antara hobi awal sebelum aku terjebak ke dalam dunia orkid.

Tumbuhan ini akan menjadi penghias dilantai 'hutan' TBV.. :) bersama dengan beberapa jenis tumbuhan berdaun seperti Anthurium dan juga 'terrestrial orchids'.

Friday, May 1, 2009

Lycopodium nummularifolium

Hi Friends..

Especially to all fern lovers, here I share with you my collection of Lycopodium nummularifolium. In Pahang state, an aborigins called this fern allies as 'Sisik Naga'.

From observation, my collection consist 2 varieties of L.nummularifolium.....classified them as 'soft stem' and 'hard stem'.

Currently, I'm having 10 pots 'soft stem' L.nummularifolium and a pot the 'hard stem'. And..so sorry, they're not for sale. In period of propogating them until 100 pots especially the 'hard stem' type.

Growing tip:

  • 50% shade
  • organic fertilizer is the best.
  • media - 100% Sphagnum moss.
  • propogation same as other Lyco.

You can read my article on others Lyco here, here, here and here.

Thursday, April 23, 2009

Jangan stress nanti kena strok!

Tajuk di atas merupakan antara 'pegangan' cara menjaga kesihatan aku..kalau aku rasa 'stress' aku tinggalkan je keje..kasi 'cool' balik baru sambung.. bukan apa, nanti kena strok susah! Sape nak jaga pokok pokok di TBV.. :)

Kebetulan hari ni gaji..apa lagi.. 'lunch hour' tadi sempat le aku pergi membuang 'stress' aku ni..ke mana lagi kalau bukan ke nurseri le.. secara tak sedar ( tipu je ni ) aku dah sampai Dengkil.. dengar cerita nurseri kat sini ada jual Heliconia GERGASI...

Gambar sebelah ni ialah 2 Heliconia GERGASI yang aku beli.. asalnya aku hanya bertanyakan Heliconia Dinasour je..sekali kakak nurseri tu 'offer' aku 'another' GERGASI.. sambar je le ..duit tengah ada.. kang kalau tak angkat sampai rumah asyik teringat je ye tak ( petua membeli orkid telah aku 'apply'kan ).. 2-2 pokok ni akan aku bawa balik untuk menjadi penduduk tetap di TBV pada hujung minggu ni.

Jom aku cerita sikit pasal 2 GERGASI ni. Kita mula pokok dari kiri ye..

  • Heliconia mariae X Heliconia pogonantha cv Bushmaster - Ia lebih popular dengan nama Heliconia Dinasour. Sebab apa? sebab pokok matang boleh mencapai ketinggian 6 meter! Rasanya setinggi rumah teres 2 tingkat ni...Bunganye plak berjuntai sepanjang setengah depa! Setiap tangkai bunga ada sekitar 60 kuntum bunga!

  • Heliconia longa - Akak nurseri tu panggil Heliconia Devil's Tounge sebab bunga dia nampak menakutkan.. Kaler merah katanya..Si Lidah Setan ni, pokoknya boleh mencapai tinggi 7 meter! Tangkai bunga dia panjang dekat sedepa! Setiap tangkai ada lebih kurang 60 kuntum bunga!

Nanti kalau depa ni dah berbunga di TBV..aku akan tepek gambornya di sini.