Page Abstract

1. Main
The main page of this blog. You are here. Page that collects photos from our plants collection(mainly orchids) that are flowering at the posted time.

2. About TBV
Introduction of TBV and Bera district (where TBV is)

3. About Pahang
Anything about the state of Pahang, such as interesting places to visit, activities of the population and many more.

4. Diseases
Share about the common diseases always occur to your orchid in the tropical climate.

5. Fungicide
The type of fungicide available in Malaysia to treat the plant's diseases.

6. Pesticide
The type of pesticide available in Malaysia to treat the plant's pest.

7. Fertilizer
The fertilizers that we use for our plants.

8. Nature
Any photo about the beauty of the nature in Malaysia from our view. They are may about the tree, waterfall or animal.

9. Insect
The page that collects my photo from macro shoot. Subject are all kind of insects found around my garden.

10. Scene
The page that collects all photo taken by my intuitive, something that caught my attention suddenly.


Nak belajar tanam Orkid? Dapatkan buku hebat ini :)

Nak belajar tanam Orkid? Dapatkan buku hebat ini :)
Ia ditulis berdasarkan pengalaman penulis sendiri. Boleh dibeli di Karangkraf Mall secara online ya. :)

Bab Bonus

Buku ini juga membincangkan mengenai perladangan Vanila di Malaysia di dalam Bab Bonus. Penulis memberi pandangannya mengenai permasalahan yang perlu diatasi sebelum melakukan pelaburan di dalam perladangan Vanila di Malaysia.
Showing posts sorted by relevance for query orkid. Sort by date Show all posts
Showing posts sorted by relevance for query orkid. Sort by date Show all posts

Friday, May 22, 2009

Potensi Besar Orkid

(Sumber : http://harizamrry.wordpress.com )
  • KOTA KINABALU 7 Feb. – Selain aktiviti pertanian dan penternakan secara besar-besaran, perusahaan bunga orkid merupakan satu lagi industri yang begitu berpotensi diteroka dan dikomersial melalui pelan tindakan Koridor Pembangunan Sabah (SDC) yang dilancar baru-baru ini.
  • Industri orkid sebelum ini kurang diberi perhatian oleh sektor swasta di Sabah sedangkan ia sebenarnya amat berdaya saing untuk diketengahkan sebagai salah satu produk yang cukup menguntungkan sama ada bagi pasaran tempatan atau dieksport ke luar negara.
  • Sabah sebenarnya mempunyai banyak kelebihan untuk muncul sebagai pusat pengeluar eksport utama orkid negara memandangkan negeri ini mempunyai lebih 1,000 spesies orkid yang tidak terdapat di tempat lain.
    Daripada jumlah tersebut sebanyak 850 spesies sahaja ditemui di Taman Kinabalu, di Ranau.
  • Mengikut rekod Persatuan Orkid Borneo Sabah (BOSS), kepulauan Borneo secara keseluruhan memiliki lebih daripada 1,500 spesies orkid dan sebanyak 1,000 daripadanya terdapat di seluruh hutan di Sabah.
    Kekayaan sumber semula jadi itu bagaimanapun belum dimanfaat oleh pengusaha tempatan dan pihak yang bertanggungjawab lain untuk mengetengahkan potensi industri tersebut ke tempat yang sewajar dan selayaknya.
  • Presiden BOSS, Datuk Chan Chew Lam berkata, pada masa ini terdapat hanya 50 pengusaha bunga di Sabah yang membekalkan orkid untuk keperluan negeri ini dengan jumlah pendapatan sekitar RM50,000 setahun.
  • ”Kita perlukan lebih ramai pengusaha orkid di Sabah, penanaman bunga ini perlu dilakukan secara berperingkat-peringkat dengan melakukannya secara kecil-kecilan terlebih dahulu.
  • ”Keperluan dalam negeri perlu diatasi terlebih dahulu kerana pada masa kini, Sabah masih mengimport orkid yang sudah siap dipotong dari Semenanjung dan juga negara jiran,” katanya.
  • Beliau berkata, permintaan orkid di negeri ini biasanya datang dari industri hotel selain digunakan untuk majlis seperti perkahwinan, pengkebumian, hari jadi, upacara keagamaan, keramaian dan pada masa musim tertentu.
  • Pasaran orkid sama ada tempatan atau pun dunia terbahagi kepada tiga kategori permintaan iaitu orkid yang siap dipotong, orkid yang dikacukkan dan orkid yang dijual dengan pokoknya sekali.
  • Jenis orkid yang kedua menjadi permintaan utama pada masa kini dan kategori itu juga merupakan import utama ke Sabah. Selain itu, pilihan ketiga turut menjadi trend terkini berikutan jangka hayat pokoknya yang boleh hidup lama.
  • Orkid yang dikacukkan menjadi pilihan utama kerana ia mempunyai warna menarik, saiz lebih besar, bentuk serta kelopaknya yang berbeza selain bunga berkenaan tahan lebih lama berbanding spesies asalnya.
    Bagi sesetengah negara yang tidak mempunyai orkid, bunga tersebut dianggap sebagai tumbuhan yang istimewa, unik dan eksotik. Di Sabah, setiap hari spesies orkid baru ditemui berikutan negeri ini kaya dengan flora dan faunanya.
  • Melalui spesies tempatan itu, ia mampu dikacuk menjadi beratus-ratus jenis orkid baru dan hasil tersebut mampu menjadikan Sabah memiliki produk orkid tersendiri yang hanya boleh didapati di Malaysia.
  • Justeru, bagi mengatasi masalah kekurangan orkid di sini, pengusaha tempatan perlu proaktif terlibat dalam industri tersebut dengan melakukan kajian dan seterusnya merancang penanamannya untuk jangka masa yang panjang.
  • Selepas keperluan dalam negeri dapat ditampung, langkah kedua yang perlu dilakukan ialah dengan mengeksport orkid yang terdapat di Sabah dan Borneo bukan sahaja ke Semenanjung tetapi ke serata dunia.
  • Bagi mengimport orkid ke luar Sabah, perusahaan berskala besar perlu dilakukan dan pengangkutan udara yang konsisten pada setiap hari perlu ada supaya bunga-bunga itu sampai pada waktunya bagi membolehkan ia terus segar dan tidak layu.
  • Bukan itu sahaja, kerajaan khususnya Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Sabah perlu memainkan peranan yang paling utama bagi memastikan industri itu mendapat pasaran bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia.
  • Untuk tujuan itu, bakal para pengusaha bunga itu perlu mencontohi industri orkid di Thailand yang sudah 30 tahun membina nama dalam industri tersebut selain menjadi pengeksport utama bunga tersebut ke seluruh dunia.
  • Industri di Thailand itu disokong penuh oleh kerajaan mereka selain memiliki pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) khas untuk membangun dan memajukan bidang berkenaan.
  • Timbalan Presiden BOSS, Albert Yong Su Hin pula berkata, keistimewaan dan kemajuan industri tersebut di sana bukan sahaja diberi perhatian khusus oleh kerajaan mereka tetapi mempunyai perkhidmatan udara khas untuk tujuan eksport.
  • “Thailand menjadi salah satu pembekal orkid utama untuk pasaran dunia. Di negara mereka, bunga itu diambil dari kebun-kebun orkid di seluruh Thailand, kemudian dikumpul di sebuah pusat orkid khas sebelum dieksport.
  • “Industri orkid di sana mendapat sokongan penuh daripada pengusaha dan pihak kerajaan termasuk perkhidmatan udara yang menyediakan perkhidmatan khusus untuk mengeksport ke negara yang melanggan.
  • “Bekalan orkid boleh disediakan pada bila-bila masa dalam jumlah yang banyak untuk tujuan eksport dan perusahaan bunga di Thailand turut diusahakan oleh pekebun-pekebun kecil,” ujarnya.
  • Su Hin berkata, satu lagi contoh negara Asia yang berjaya dalam industri itu ialah Taiwan yang menjadi pengeksport utama orkid jenis phalaenopsis yang diusahakan di kawasan seluas 500 hektar.
  • Menurutnya lagi, Taiwan mengeksport 90 peratus orkid berkenaan dengan pokoknya sekali ke negara seperti Eropah, Amerika Syarikat dan Jepun dengan harga yang sangat murah.
  • Sehubungan itu, tidak mustahil Sabah mampu muncul sebagai pengeksport utama orkid dunia kerana negeri ini mempunyai tanah yang subur, luas dan sesuai untuk penanaman bunga itu dalam skala yang besar.
  • Selain kawasan yang terbentang luas, Sabah juga mempunyai spesies orkid yang banyak malah sekiranya dikacukkan, akan lahir spesies baru yang lebih menarik dan unik sekali gus menjadikan negeri ini tumpuan utama dunia dalam perindustrian orkid.
  • Di negara seperti Taiwan, selain diusahakan di kebun-kebun bunga, ia turut diusahakan dalam bilik kaca disebabkan ketiadaan tanah yang cukup dan sesuai untuk tujuan berkenaan.
  • Sekiranya industri itu mampu dibangunkan secara komersial, ia secara tidak langsung akan menyahut seruan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada tahun lalu yang mahukan Malaysia menjadi pengeksport orkid terbesar dunia.
  • Ketika berucap semasa merasmikan Festival Bunga dan Taman Putrajaya (Floria Putrajaya) 2007 di Pesisiran Tasik Presint 2 di Putrajaya, Ogos lalu, Abdullah berkata, tidak mustahil Malaysia muncul sebagai pengeksport orkid terbesar dunia.
  • Bagaimanapun, beliau membayangkan matlamat tersebut tidak akan dicapai selagi bunga orkid yang ditanam di negara ini tidak dieksport ke negara lain.
  • Sebagai langkah permulaan untuk memulakan industri itu, Pertunjukan Orkid Borneo 2007 di Kota Kinabalu pada Ogos tahun lalu yang dianjurkan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu dan BOSS dilihat sebagai satu langkah untuk bergerak lebih jauh ke hadapan.
  • Penganjuran pameran orkid peringkat antarabangsa itu sudah tentu akan memperkenal kepelbagaian spesies dan keistimewaan orkid Borneo dan spesies orkid lain yang terdapat di Sabah.
  • Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman melalui ucapannya pada majlis itu berkata, pameran seumpama itu akan melahirkan minat di kalangan masyarakat terhadap orkid dan seterusnya mengusahakan tanaman tersebut.
  • “Kerajaan Negeri menyokong usaha memajukan industri orkid ini kerana saya yakin ia mampu meningkatkan tahap sosio penduduk dan membantu menjana lebih banyak pembangunan di negeri ini.
  • “Kita berharap pameran ini akan dapat menarik minat di kalangan peminat orkid dan juga generasi muda kita di Sabah untuk menerokai industri penanaman orkid yang masih lagi belum diusahakan sepenuhnya.
  • “Saya menyeru pusat-pusat penyelidikan kerajaan seperti Jabatan Hidupan Liar, Jabatan Pertanian, Universiti Malaysia Sabah dan taman-taman Sabah membuat penyelidikan bagaimana untuk menjana industri orkid di Sabah,” ujarnya.
  • Selain pameran itu, usaha pihak BOSS untuk menerbit jurnal khas mengenai spesies orkid di Sabah, Malaysia dan seluruh rantau Asia Tenggara merupakan satu langkah positif untuk memperkenalkan orkid di kalangan rakyat Malaysia.
  • Chew Lam, selaku peneraju utama majalah berkenaan berkata, edisi pertama akan diterbitkan pada 28 Februari ini setebal 150 muka surat yang membariskan penulis dan pengkaji orkid dari seluruh dunia.
  • “Ia akan menampilkan spesies orkid dari seluruh dunia khususnya dari Sabah dan Malaysia. Penerbitan ini adalah yang pertama seumpamanya dan kita berharap dengan cara ini, pencinta orkid akan bertambah di Malaysia.
  • “Seterusnya ia akan menimbulkan kesedaran betapa negara ini kaya dengan spesies orkid dan pada masa yang sama, kita berharap perusahaan orkid akan dimulakan,” katanya.

Orkid dan cerita

Kawan kawan ..

Di sini aku kongsi teks ucapan semasa perasmian pembukaan Taman Orkid Kuala Lumpur, sebagai pembakar semangat kita untuk terus memelihara dan memulihara orkid khususnya.
( Sumber : http://www.pmo.gov.my/ )



Penyampai: DATIN SERI DR. SITI HASMAH BINTI HAJI MOHD. ALI
Tajuk: PERASMIAN TAMAN ORKID KUALA LUMPUR
Lokasi: TAMAN TASIK PERDANA
Tarikh: 15-04-1986

Yang Berusaha Pengerusi Majlis;Yang Berhormat Datuk Shahrir Abdul Samad, Menteri Wilayah Persekutuan; Yang Berbahagia Datuk Elyas Omar, Datuk Bandar Kuala Lumpur; Dif-Dif Kehormat; Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian.

Terlebih dahulu saya mengucapkan berbanyak terima kasih di atas peluang yang diberikan kepada saya untuk hadir ke Majlis pada pagi ini dan seterusnya merasmikan sebuah Taman Orkid yang julung-julung kalinya diadakan sebagai taman khas di negara kita.

2. Sebagaimana yang kita sedia maklum bunga Orkid atau bunga Anggerik bukanlah sejenis bunga yang asing kepada kita kerana bunga Orkid kini telah terdapat secara meluas, yang ditanam bukan sahaja oleh penggemar-penggemar orkid sebagai hobi malahan juga telah ditanam secara meluas untuk tujuan perniagaan. Dalam sejarah perkembangan bunga orkid, Malaysia telahpun terkenal sebagai sebuah tempat berasalnya bunga-bunga orkid. Bunga orkid asli banyak terdapat dihutan-hutan rimba bukan sahaja di Semenanjung Malaysia bahkan juga di hutan rimba di negeri Sabah dan Sarawak. Demikian juga halnya dengan orkid daripada jenis kacukan (hybrids) yang telah banyak dibiakkan secara meluas di seluruh negara.

3. Di masa-masa yang lampau bunga-bunga orkid hanya ditanam oleh golongan yang berada sahaja kerana pada masa itu orkid amat mahal harganya dan sukar pula untuk didapati.Saya masih ingat lagi pada awal tahun 60-an dahulu jenis-jenis orkid seperti Aranda Christine dijual mengikut ukuran kaki iaitu berharga tidak kurang daripada $60.00 satu kaki. Demikian juga dengan jenis seperti Mokara Bibi dan Ascocenda Happy Beauty dijual dengan mahalnya malahan harganya setanding dengan harga-harga saham yang ternama di pasaran saham pada ketika itu.

4. Tetapi kita bersyukur kerana pada masa ini, harga bunga orkid telah turun. Syabas diucapkan kepada para saintis, para penyelidik dalam bidang pengkacukan bunga orkid dan juga di atas daya usaha badan-badan sukarela seperti Persatuan-Persatuan Orkid yang telah banyak membawa kemajuan dalam bidang ini. Melalui cara baru iaitu cara 'tissue culture', berbagai-bagai jenis kacukan orkid telah dapat dihasilkan -- kini telah terdapat tidak kurang daripada 50 ribu jenis kacukan (hybrids) orkid terdapat di seluruh dunia. Di atas usaha yang gigih yang dilakukan oleh orang-orang tertentu tadi kita turut mendapat nikmatnya.Kini bunga orkid bukan sahaja digemari sebagai hobi untuk memenuhi waktu lapang tetapi telah menjadi satu perusahaan yang menguntungkan, malahan telah mendatangkan tukaran wang asing daripada eksport keratan bunga-bunga hidup (cut flowers) ke luar negeri. Namun demikian kalau dilihat daripada segi peranan negara kita dalam bidang pengekspotan keratan bunga-bunga orkid ke luar negeri, negara kita masih lagi jauh ketinggalan kalau dibandingkan dengan negara-negara jiran terutamanya Thailand, Indonesia dan Singapura.

5. Walau bagaimanapun Kerajaan telah sedar akan kedudukan serta hakikat ini dan kita sendiri telah sedar bahawa perusahaan orkid boleh dijadikan satu potensi yang besar dalam bidang tukaran wang asing. Usaha-usaha kita sehingga ini walaupun belum lagi dapat dibanggakan tetapi telah dapat mendorong kita untuk mempertingkatan lagi perusahaan orkid.Kalau hendak disebutkan agak banyak jenis-jenis spesis orkid yang terkenal di dunia terdapat di negara kita yang berjumlah tidak kurang daripada 800 jenis kesemuanya. Ini termasuklah dari jenis Vanda, Arachnis, Aranda, Mokara dan lain-lainnya. Kita telah dapat menghasilkan kacukan seperti Aranda Christine, Aranda Subang, Aranda Wan Chark Kuan, Mokara Chark Kuan, Mokara Dinah Shore, Ascocenda Happy Beauty, Dendrobium Dr. Mahathir, Vanda Dr. Siti Hasmah dan lain-lain. Kebanyakan daripada jenis-jenis orkid ini telah banyak dieksport ke luar negeri sebagai keratan bunga hidup.

Tuan-tuan dan Puan-puan,

6. Di sini saya ingin menyentuh tentang usaha kita dalam mencantikkan bandaraya Kuala Lumpur. Saya sendiri berpendapat usaha-usaha untuk mengindahkan lagi bandaraya Kuala Lumpur tidak semestinya diletakkan beban tugasnya kepada Kerajaan semata-mata. Tugas dan tanggungjawab ini sepatutnya kita pikul bersama. Setiap golongan terutamanya kaum wanita yang gemarkan kepada bahan-bahan yang cantik seperti pokok-pokok bunga harus mengambil bahagian yang cergas untuk memberi sumbangan tenaga serta masa terhadap pengindahan bandaraya kita. Ini dapat dilakukan melalui pertubuhan-pertubuhan tertentu yang berkaitan dengan bidang tanaman bunga hiasan untuk turut sama mengambil bahagian seperti menaja kawasan-kawasan tanaman, tanah-tanah lapang untuk dijadikan taman bunga dan seterusnya dijadikan tanaman di kawasan-kawasan perumahan masing-masing. Tetapi kita seharusnya tidak lupa memberi perhatian untuk menghias serta mencantikkan kawasan perkarangan rumah kita sendiri kerana pengindahan kawasan di rumah kita merupakan sebahagian daripada pengindahan bandaraya kita.

7. Di sini saya ingin mencadangkan kepada Yang Berbahagia Datuk Bandar supaya melancarkan lebih banyak lagi pertandingan kebersihan dan pengindahan kawasan-kawasan perumahan yang dapat dijalankan secara berterusan dengan membanyakkan tanaman bunga-bunga hiasan termasuklah bunga-bunga orkid. Saya percaya kalau minat ini dapat ditanam dan dimajukan di kalangan penduduk-penduduk Bandaraya Kuala Lumpur ini, ia akan dapat memberi sumbangan yang besar dalam mengindahkan lagi Bandaraya Kuala Lumpur.

Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian,

8. Menyentuh kembali tentang Taman Orkid Kuala Lumpur yang dimajukan oleh pihak Dewan Bandaraya saya berasa bangga kerana ia merupakan yang julung-julung kalinya pernah diwujudkan di negara kita sebagai satu taman khas untuk bunga orkid. Taman ini nanti bukan sahaja dapat memenuhi hasrat untuk memberi galakan serta mempopularkan bunga orkid di kalangan penduduk-penduduk Kuala Lumpur malahan ia dapat menjadi tarikan kepada para pelancung baik dari dalam mahupun dari luar negeri yang datang ke Kuala Lumpur.

9. Sebagaimana yang telah disebutkan oleh Menteri Wilayah Persekutuan tadi, Taman Orkid ini akan dilengkapkan dengan bangunan pejabatnya sendiri di mana akan diadakan berbagai-bagai akvititi untuk mempopular serta memajukan perusahaan orkid termasuk bidang penyelidikan serta lain-lain kemudahan. Demikian juga akan diadakan sebuah konservatory atau 'Orchidarium' iaitu sebuah tempat mempamer serta menyimpan orkid daripada jenis 'endangered specis' yang terdapat di hutan-hutan belantara kita yang nanti dapat dipamerkan kepada pelawat-pelawat yang mengunjungi kawasan ini. Saya percaya hasrat Kementerian Wilayah Persekutuan serta Dewan Bandaraya untuk menjadikan Taman ini sebagai Taman Orkid Negara akan tercapai. Saya berharap Kerajaan pusat akan dapat menimbang serta menerima cadangan ini dan menyeru kepada sidang hadirin sekalian untuk sama-sama memberi sokongan serta perhatian yang berat supaya taman ini benar-benar mencapai matlamat serta objektif yang dirancangkan.

10. Dalam usaha membangunkan taman ini saya telah difahamkan bahawa Dewan Bandaraya telah mendapat sokongan serta kerjasama daripada Persatuan Anggerik Selangor dan Wilayah Persekutuan, Persatuan Orkid Malaysia, Persatuan Penanam Orkid serta Selangor Garden Society. Saya percaya dengan adanya sokongan daripada badan-badan tersebut, beban tugas yang dipikul oleh Dewan Bandaraya akan menjadi lebih mudah dan saya percaya taman ini nanti akan benar-benar dapat dijadikan sebagai taman contoh dan model bukan sahaja bagi negara kita Malaysia malah di rantau negara-negara ASEAN.

11. Di sini juga saya diberi peluang serta kesempatan untuk mengisytiharkan satu lagi hasil kacukan orkid baru yang diberi nama 'Renantanda Kuala Lumpur City'.

Tuan-tuan dan Puan-puan,

12. Akhir kata saya tidak lupa untuk mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Kementerian Wilayah Persekutuan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan seterusnya kepada Jawatankuasa Taman Orkid dan Pameran dan lain-lain lagi yang telah turut sama berusaha untuk mengadakan Taman dan juga Pameran pada hari ini.

13. Saya dengan sukacitanya membuka Taman Orkid Kuala Lumpur ini dengan rasminya.

Friday, February 12, 2010

Masuk hutan?

Masuk hutan cari orkid liar

Oleh Mohd Rafi Mamat
Harian Metro
2010/02/11

KESUNTUKAN masa sebagai pegawai perubatan di sebuah klinik kerajaan di Shah Alam, Selangor bukan penghalang kepada Dr Nor Izah Dahman, 34, untuk menjayakan hobi mengumpul pokok orkid liar.



SEHATI...Dr Nor Izah bersama suami meluangkan waktu memeriksa orkid mereka.


Selepas lapan tahun terbabit dengan aktiviti itu, dia kini mampu berbangga dengan memiliki kira-kira 420 spesies orkid liar tempatan dan antarabangsa.
Selain memiliki 420 spesies orkid liar, Dr Nor Izah turut mempunyai lebih 2,000 orkid kacukan yang kini ditempatkan di Felda Bukit Puchong, Bera, Pahang.



MENARIK...antara orkid liar yang mampu mencuri minat penggemarnya.

Sokongan padu suaminya, Mohd Haikhairi Nordin, 34, yang turut meminati tanaman orkid melancarkan lagi semua usaha dan perancangan.

"Saya lebih memberi tumpuan kepada orkid liar tempatan dan antarabangsa yang mempunyai keunikan tersendiri daripada segi warna, bentuk dan bau berbanding orkid kacukan yang begitu banyak di pasaran. "Kesukaran mendapatkan orkid liar selain terpaksa mengeluarkan perbelanjaan besar antara cabaran yang menambahkan lagi minat saya mengumpul tumbuhan berkenaan," katanya yang berasal dari Felda Bukit Mendi, Bera, Pahang. Menurutnya, setiap kali ada masa terluang dia dan suami balik ke kampung untuk melihat perkembangan selain melakukan kerja pembiakan, membaja dan meracun.

Pokok orkid mudah daripada segi penjagaannya. Pada musim panas, tumbuhan berkenaan perlu disiram setiap hari sementara aktiviti membaja dan meracun dilakukan dua minggu sekali bergantung kepada keadaan.

Dr Nor Izah yang menganggotai Persatuan Orkid Shah Alam berkata, setiap bulan dia akan bertemu dengan peminat orkid seterusnya menyertai pertandingan anjuran Persatuan Orkid Shah Alam.

Selain Persatuan Orkid Shah Alam yang aktif menganjurkan pertandingan, beberapa persatuan lain di seluruh negara tidak ketinggalan mengadakan pelbagai program.
Katanya, setiap kali menyertai pertandingan dia hanya bersaing dalam kategori orkid liar manakala pencapaian terbaiknya tahun lalu apabila dia muncul juara saingan bulan September.

Ibu kepada tiga anak ini berkata, dia mendapatkan orkid liar dengan membeli daripada masyarakat Orang Asli dan pembekal di seluruh negara selain mencarinya di hutan.

Dengan ditemani suami, dia masuk ke hutan untuk mencari orkid liar yang tumbuh liar menumpang pada pokok. Untuk mengambil orkid itu pula, ia perlu menggunakan galah.
Menurutnya, selain memiliki orkid liar tempatan, dia juga mempunyai koleksi orkid liar dari luar negara seperti Papua New Guinea dan Singapura.

"Selain sebagai koleksi, saya menjual beberapa spesies orkid liar dengan harga antara RM15 dan RM80, bergantung kepada spesies, bunga dan kesukaran untuk mendapatkannya.

"Saya hanya menjual orkid pada individu tertentu saja, ini bagi memastikan pokok berkenaan tidak mati apabila ia tidak dijaga dengan baik," katanya yang terus berusaha menambah koleksi orkid liar.

Dr Nor Izah berkara, selain memiliki pelbagai bentuk dan warna, keunikan lain yang terdapat pada bunga orkid liar ialah bau dan saiz bunga berkenaan.

Menurutnya, dia dan suami kini dalam proses membuka ladang dan pusat jualan seluas empat hektar di Bera yang akan menempatkan orkid liar termasuk pelbagai jenis pokok bunga.

Thursday, April 30, 2009

Panduan membeli orkid

Kawan kawan..

Saya kongsi berdasarkan pengalaman dan pemerhatian selama 7 tahun mengumpul dan menanam orkid. Sebelum ni saya telah tulis dari aspek yang lain di sini.

Seperti diketahui.. orkid bukan di kawal harganya oleh Kerajaan Malaysia. Memang terdapat perbezaan harga di antara satu nurseri dengan nurseri yang lain. Kenapa ini terjadi? Saya akan cerita di lain kali ye.. Walau apa pun harga yang anda bayar, mestilah ia berbaloi dengan orkid yang anda pilih. Maka, pilihlah orkid yang memberi anda risiko yang amat rendah untuk mati!

Apa yang perlu anda lihat?
  • Akar - pilih akar yang sihat, tiada penyakit..ingat petua ni.. root good, growth good and flower also good. Akar yang tidak sihat menyebabkan risiko anda untuk menghantar orkid yang dibeli ke 'syurga' adalah amat cerah. Akar orkid yang sihat biasa berwarna putih atau 'silverish' dengan dihujungnya terdapat sebahagian akar yang berwarna hijau muda atau coklat.

Contoh foto-foto akar yang sihat













Contoh foto-foto akar yang tidak sihat























  • Daun - daripada keadaan daun juga kita boleh ketahui sama ada orkid yang anda idamkan itu baru di tanam atau tidak. Ia akan kelihatan 'dehydrated' dan kurang 'berseri'. Orkid terus di tanam dan kelihatan 'established'. Kenapa penjual suka berbuat begini? Tujuannya ialah boleh menaikkan sedikit harga. Tetapi jika anda tak dapat menahan nafsu dan ingin juga membeli yang baru di tanam itu, tiada masalah pun! :) ( biasa terjadi hal ini terutamanya membeli orkid spesis)
Daun yang sihat 'dan berseri'


Daun yang memberi tanda 'dehydrated'













  • Rajin berbunga - Bagaimana untuk mengetahui orkid yang anda beli akan rajin berbunga? Kita boleh lihat berdasarkan tangkai-tangkai bunga lama yang terdapat pada pokok orkid tersebut. Walaupun dari jenis yang sama, setiap orkid memberi sifat 'rajin berbunga' yang berlainan. Ini adalah disebabkan oleh genetiknya, sama seperti manusia (walaupun dari ibu-bapa yang sama tetapi anak-anak mempunyai muka yang berlianan kan?).


Pokok bulbophyllum ini mempunyai banyak tangkai bunga yang telah kering. Ini merupakan tanda ia rajin berbunga.

Pokok orkid mokara ini akan berbunga setiap kali selepas 2 daun baru tumbuh. Ini dilihat pada tangkai bunga yang kering padanya.

Begitu juga Aranda ini. Pada setiap 3 daun baru yang tumbuh dia akan berbunga.









  • Kualiti - adalah sebaiknya anda memilih orkid yang mempunyai bunga yang berkualiti tinggi. Ini adalah kerana ia senang dijual balik jika mahu dan juga berpotensi untuk menang hadiah di dalam pertandingan orkid. Anda mestilah mahir melihat kualiti bunga. Tetapi awas, terdapat beberapa nurseri yang menjual orkid mengikut kualiti bunga. Dan adalah biasa, harga orkid yang baik kualiti bunganya lebih tinggi dari yang 'cokia' kualitinya. 'So', tepuk dada tanya selera.

  • Bebas penyakit - pilih orkid yang bebas daripada sebarang penyakit akar dan daun. Terdapat penyakit orkid yang mudah merebak. Anda sudah pasti tidak maahu ia terjadi pada koleksi kesayangan anda kan? Anda perlu mempunyai pengetahuan tentang penyakit orkid untuk tujuan ini. Jika tidak anda akan kena 'kelentong' oleh penjual. Contoh, ala sikit saja ni, balik you potong daun dan kasi racun, mesti 'settle' la ( lepas tu mesti anda tanya racun apa nak pakai kan?, dah kena beli plak racun)
  • Rumpun yang besar - selepas kelima-lima faktor di atas dipenuhi, sudah tentu anda akan mencari rumpun yang besar. Tetapi awas, rumpun yang besar mungkin memberi harga yang juga berlainan. Terdapat beberapa nurseri yang menjual orkid berdasarkan saiz rumpun.

Orkid adalah antara tanaman yang lambat pertumbuhannya. Membeli rumpun yang besar semestinya pilihan yang baik.


Monday, April 13, 2009

Panduan Membeli Orkid

Kengkawan ,
Sedikit sumbangan dariku ..

1. 'HIGHLAND OR LOWLAND?'
Bagi yang duduk di kawasan tanah rendah, sila pastikan orkid yang anda beli bukan dari jenis orkid yang hidup subur di tanah tinggi. Jika anda membeli, ia boleh hidup tetapi TIDAK akan berbunga kecuali anda mempunyai bilik hawa dingin untuk orkid jenis ini. Ada nurseri yang menual orkid dari tanah tinggi yang sedang berbunga. Ini kerana mereka mempunyai bilik berhawa dingin.

Cara mengatasi :

a. TINGKATKAN PENGETAHUAN ANDA TENTANG ORKID.

b. Jangan beli dulu. Tanya nama orkid tersebut balik buat 'self research' dekat internet untuk dapatkan 'growing tips'. Jangan terburu-buru membeli orkid.

2. PENJUAL MENIPU
Hati hati.. pastikan orkid yang anda beli mempunyai TANDA NAMA orkid yang BETUL. Ini kerana terdapat beberapa kes penjual yang menipu pembeli dengan meletakkan nama yang salah semata mata untuk naikkan harga jualan.

Contoh-contoh kes yang pernah saya dengar ( betul atau tidak, tidak dapat dipastikan kesahihannya)

KES 1 - Seorang penjual telah menjual orkid spesis dari jenis Bulbophyllum vaginatum tetapi telah menjual atas nama Bulbophyllum medusae.

Kenapa? ini kerana harga Bulbophyllum medusae di pasaran orkid adalah
lebih tinggi daripada Bulbophyllum vaginatum.

KES 2 - Seorang penjual telah menjual orkid spesis dari jenis Phalaenopsis sumatrana tetapi telah menjual atas nama Phalaenopsis zebrina.

Kenapa? Alasan yang sama seperti KES 1

KES 3 - Seorang penjual telah menghantar kepada orang tengah untuk agar tolong jualkan orkid spesis Bulbophyllum longisepalum tetapi telah di IDkan sebagai Bulbophyllum arfakianum 'BIG'.

Kenapa? Alasan yang sama seperti KES 1

Cara mengatasi:-TINGKATKAN PENGETAHUAN ANDA TENTANG ORKID.

3. Beli orkid yang dah 'established'
Bagi anda yang baru berjinak jinak dengan orkid. Sila pastikan orkid yang anda hendak beli telah hidup dengan stabil pada medianya.

Ini kerana terdapat penjual yang menipu dengan cara

(i). menghimpit akar orkid secara ketat di dalam pasu apabila anda ingin menguji (secara menarik pokok).

(ii) menutup akar pangkal orkid dengan media penanaman seperti moss atau serbuk kayu supaya anda tidak dapat melihat akarnya.

Tetapi jika anda yakin untuk menanam dengan orkid yang masih tidak stabil .. SILAKAN

Harap bermanfaat
Khairimhd

Vanilla : Betulkah memberi pulangan yang lumayan di Malaysia?

Perisa Vanilla sebenarnya berasal daripada sejenis orkid liar. Di Malaysia orkid jenis ini memang di panggil orkid Vanilla. Dikatakan harga 'buah Vanilla' boleh mencapai ratusan ringgit per kilogram. Betulkah begitu? Pandangan peribadi saya...
JAWAPANNYA IALAH BOLEH tetapi dengan BERSYARAT..berikut ialah artikel saya yang pernah ditulis di forum bicarajutawan berkenaan vanilla dan beberapa isu berkaitan.
''Hasil perbincangan dengan 'seseorang' dari MAHA 2008.
Kami adalah peminat dan pengumpul orkid selama 7 tahun. Vanilla adalah termasuk dalam orkid. MAHA 2008 kami menyertai di Hall C menjual baja orkid berasakan rumpai laut dan tanam hiasan terutamanya orkid. Datang seorang pengunjung yang 'gila orkid'. Kami bersembang lama dengan dia dari cerita orkid dalam genus Paphiopedilum, Bulbophyllum, Dendrobium, Phalaenopis hinggalah ke 'Vanilla Orchid' ni.
Kami hanya menanam orkid vanilla ini lebih kepada tanamn hiasan dan sebagai spesimen di antara ribuan koleksi orkid yang kami ada. Jika berminat untuk melihat koleksi kami..sila ke... http://exoticgallery.fotopic.net/ dan jika berminat untuk belajar menanam dan menjaga orkid mengikut iklim negara kita sila ke http://bgreenfertilizer.googlepages....rkiddimalaysia/ . Ia ditulis oleh salah seorang ahli kami.
Antara isu utama dia berpendapat dalam Perladangan Vanilla ialah untuk melakukan pendebungaan.
1. Berapa jenis orkid vanilla dalam dunia?
Jika merujuk kepada online orchid encyclopedia ( http://www.orchidspecies.com/indextuvwxyz.htm#secE ) , ada 100 species vanilla orkid. Tetapi yang di tanam secara komersial ialah Vanilla planifolia.
2. Kenapa pendebungaan vanilla merupakan satu perkara yang perlu dicari jalan penyelesaian untuk mendapatkan hasil pengeluaran yang mampu memberi pulangan lumayan?
Bunga vanilla HANYA kembang sehari sahaja sama seperti Orkid Merpati aka Dendrobium crumenantum. Ia kembang di waktu pagi dan berakhir di waktu petang dan gugur jika pendebungaan tidak di lakukan. Maka, jika di buat ladang, satu penyelesaian ( tidak pasti sama ada sudah ada atau belum ) untuk 'mengejar masa' melakukan pendebungaan untuk setiap pokok yang berbunga.
3. Adakah setiap pendebungaan yang dilakukan PASTI BERJAYA?
Jawapannya 50-50. Bergantung kepada kesediaan stigma untuk menerima 'pollen'. Kami selalu 'bermain' dengan melakukan pendebungaan dengan orkid orkid jenis lain seperti bulbophyllum, dendrobium dan phalaenopsis. Tips untuk melakukan pendebungaan yang diberi oleh kebanyakkan penghibrid-penghibrid orkid ialah..JIKA STIGMA TELAH MENGELUARKAN "LENDIR" IA BERSEDIA UNTUK MENERIMA POLLEN. Jika tidak pollen yang 'dibenamkan' ke dalam stigma tidak akan menghasilkan buah. Dalam buah itu terdapat berpuluh ribu benih orkid.
Dalam kes vanilla, kita nak harvest buah. Maka dalam kes pendebungaan vanilla ada 2 perkara yang perlu dikejarkan..iaitu ;-
MASA BUNGA YANG PENDEK ..DAN
BILA NAK BUAT PENDEBUNGAAN KENA TUNGGU STIGMA BERLENDIR DAHULU.
Tetapi 2 situasi tersebut boleh DIATASI jika peladang mampu upah ramai pekerja YANG TERLATIH ( kena bagi latihan mcam mana nak buat pendebungaan la ).
ISU JAMINAN BELIAN BALIK...Ada satu bidang pertanian ( dirahsiakan ) yang menawarkan belian balik..tetapi tidak jelas syaratnya...rupa rupanya mereka ada kenakan syarat minimum pengeluaran setiap bulan yang perlu untuk mereka boleh beli, di mana sesuatu yang sukar di lakukan oleh individu yang menyertai program tersebut kerana hasil akhir dari proses tak cukup kerana 'raw material tak cukup' ( kena di beli dari penganjur program juga).Maka perkara2 yang 'hidden info' ni akhirnya akan melemahkan semangat peserta yang baru nak bertatih dengan semangat waja untuk berjaya dek kata kata manis penganjur yang TAK JUJUR.
Sekadar berkongsi pengalaman sahaja. Harap ada manfaat dapat diperolehi. ''

Wednesday, June 9, 2010

Mengenal penyakit orkid : Keracunan Garam

Jom aku terang satu lagi jenis penyakit yang mungkin korang tak realize..

Ya..penyakit ni aku panggil KERACUNAN GARAM..

Macam mana ia berlaku?
Ia disebabkan apabila korang menggunakan baja kimia secara 'foliar spray' dan menanam orkid anda di dalam pasu atau media yang menyerap air seperti sphagnum moss dan sabut.

Kekerapan menggunakan baja kimia atau penggunaan baja kimia pada sukatan yang berlebihan akan memberi risiko enapan garam terjadi pada media tanaman orkid anda.

Tandanya ialah terdapat hablur halus yang bewarna keputihan atau keperangan pada media anda.

Jika enapan ini tidak di buang lama kelamaan ia akan menjadi racun kepada orkid anda dengan cara melecurkan akar orkid.

Akar orkid melecur
Ingat lagi petua tanam orkid yang aku tulis dulu..ROOT GOOD, GROWTH GOOD AND FLOWER ALSO GOOD...

Akar orkid yang melecur akan menyebabkan pertumbuhan terbantut dan akibat paling buruk ialah pokok orkid anda boleh mati!

Tanda orkid lecur ialah hujung akar terdapat tompok tompok warna coklat.

Macam mana nak atasi enapan garam ini?
Setiap bulan lakukan siraman secara melampau kepada setiap pasu orkid anda..biar pasu orkid orkid anda basah sehingga air siraman kelihatan mengalir keluar dari lubang di bawah pasu orkid.

Selepas sejam, ulangi lagi penyiraman untuk kesan rawatan yang lebih baik.

Cara mengelakkan keracunan garam
Ingat lagi petua membaja orkid yang aku telah tulis dulu? WEAKLY, WEEKLY...iaitu gunakan kepekatan baja yang rendah daripada disyorkan pengeluar semasa melakukan pembajaan mingguan.

Tuesday, April 21, 2009

TBV : Dulu dan sekarang

Jom kawan-kawan kita lihat perubahan TBV : Private Conservation Centre.

Ia bermula hanya dengan 4 tiang! Keluasan bersaiz 10 kaki x 8 kaki sahaja. Sedikit demi sedikit, aku 'develop' gunakan duit gaji aku le..simpan sikit sikit..

Tengok le pokok orkid yang kat sebelah ni..hanya Grammatophyllum scriptum je 'landing' kat bawah..kat atas plak ada le sikit Cymbidium bicolor yang aku kait daripada pokok kelapa sawit di tepi jalan nak masuk ke kampung aku, kalau korang perasan ada gak la Coelogyne rochussenii tergantung.

Masa dalam 'stage' ni, orkid-orkid koleksi aku masih banyak berada di Klang. Ingat dah siap baru nak angkut le ke TBV ni. Tengok le gambar sebelah ni, perasan tak tiang dah naik lagi 2 batang, 'so area' dah tambah jadi 20 kaki x 8 kaki le.


Haaaa..ni plak yang terkini setelah hampir setahun aku fokus pada TBV ni. Orkid orkid aku dari Klang dah mula dipindah masuk ke sini. Foto sebelah ialah deretan orkid daripada famili Cattleya. Aku dah mula kumpul orkid jenis ni lepas banyak berbunga bila berada di TBV ni. Mungkin perubahan suhu siang-malam yang tinggi berbanding dengan di Klang.

Ni plak, seksyen Cymbidium dan Dendrobium. Aku suka Dendrobium jenis 'pendulous'. Cumbidium yang berada dalam koleksi aku sekarang ialah Cymbidium bornense, Cymbidium bicolor, Cymbidium atropurpureum, Cymbidium dayanum dan Cymbidium aloifolium..Apa? Korang tanya kenapa tak dak Cymbidium finlaysonianum... Ada la, tapi kena tambah sikit kat hujung tu 'var flava' ..he he he. Yang biasa aku tak dak nafsu nak simpan lagi..sebab gerenti senang dapat punya lah

Ni plak 4 'clump' Coelogyne rochusseni. Aku pun dah mula kumpul orkid daripada famili ni.. ye le, 'since' kawasan di TBV masih luas lagi, boleh 'main' dengan banyak jenis orkid. Orkid aku di Klang masih banyak lagi..rasanya ada lagi dalam 300 pokok yang nak di bawa masuk ke TBV. Slow slow la angkut. Guna WIRA je!

Di sini aku 'quote' beberapa komen daripada kawan-kawan forum di CARI berserta dengan komen daripada aku.
  • Paradox11 : nampak sungguh teratur ur orchid house, tak mcm saya punya, sini ikat tali wayar tepon, sana wayar kipas rosak, sini kayu belian, sana paip besi...
  • (tangansejuk : tuan, dah banyak kali ubah 'arrangement' tu, tapi masih tak puas hati lagi ni, rasanya bakal berubah lagi la )
  • haniman : Wah sarat betul rumah orkid sifu.
  • (tangansejuk : kak, TBV buat masa sekarang ada dalam 300 pokok orkid)
  • alifinara : Kat kampung ke nih?
  • (tangansejuk : kat TBV)
  • har123 : amboi Sepol...hebatnya..bila nak bawa kita-kita gi melawat situ?
  • (tangansejuk : kak, jemputla datang melawat, entry FOC je )
  • harris : saya pun teringin nak melawat, don't worry gunting saya bawak sendiri. segan nak menyusahkan tuan rumah tak tahan tengok clump coel rochus bila la saya punya nak jadik besar tu...
  • (tangansejuk : GUNTING DIHARAMKAN! he he he he)

Monday, April 13, 2009

Kenapa Orkid Berbunga?

Kengkawan...
Saja tergerak hari nak share info ni dengan anda semua. Mungkin boleh jadi panduan semasa membeli orkid.

KENAPA ORKID BERBUNGA.
3 sebab yang saya perhatikan

1. Memang dah sampai musim dia berbunga
Kebanyakkan faktor ini kena pada orkid spesis. Kebanykkan orkid spesis adalah berbunga mengikut musim. Contohnya coelogyne rochusseni. Ia biasanya berbunga pada bulan Disember hingga ke Januari di Semenanjung Malaysia.

2. Sebab nak mati
Orkid juga boleh berbunga apabila dia 'merasai' ajalnya hampir sampai. Oleh itu dia akan mengeluarkan bunga dengan harapan untuk meninggalkan zuriat apabila berlakunya pollination oleh agennya.

Oleh itu adakalanya penanam orkid menggunaka helah ini untuk membuatkan orkid berbunga.Sebab itu anda akan selalu dengar 'biar pokok keadaan stress' nanti dia akan berbunga.Maka. hati hati membeli, jangan terpengaruh dengan orkid yang berbunga, cek dulu condition pkok yang berbunga tersebut.

3. Bila dah boleh 'adapt micro climate' si penanam
Pernah beli orkid tapi tak berbunga lama selepas orkid yang semasa dibeli ada bunga? Ini mungkin juga berlaku sebab orkid memerlukan masa untuk adapt dengan micro climate kawasan penanaman anda.Contoh kes : Sia pernah beli bulbo grandiflorum..3 tahun tak berbunga..lepas itu sentiasa berbunga, dalam setahun 5 ke 6 kali dia berbunga.

Itu sahaja untuk info kali ini.
Harap bermanfaat.
Yang mana salah sila perbetulkan.

Khairimhd

Monday, July 20, 2009

Cerita 1TAHUN TBV

Setelah setahun berlalu..macam mana keadaan TBV ye.. adakah pokok makin berkurangan? Atau makin bertambah? Izinkan aku bercerita tentang 1TAHUN TBV.

Keluasan terkini rumah orkid di TBV sekarang ialah 1500 kaki persegi.. memandangkan dengan luas sebegini juga tidak mencukupi sehingga terpaksa buat 3 lapisan gantungan orkid, pihak pengurusan di TBV sedang berusaha menambah keluasan TBV ke 3000 kaki persegi! Selain itu beberapa perancangan sedang ditimbangkan;
  • membuat pengasingan tanaman mengikut jenis untuk mudahkan peyelenggaraan seperti penyiraman dan pembajaan dengan lebih tepat.


  • membuat rumah semaian untuk anak benih orkid yang terlindung daripada hujan sepenuhnya


  • membuat rumah lindungan yang khusus untuk penanaman dan penyemaian Platycerium dan Lycopodium.

Pihak pengurusan TBV juga sedang dalam perbincangan untuk menjalinkan kerjasama dengan pihak pengurusan Bera Orchid Valley (BOV) yang terletak 15km daripada Bandar Bera, Pahang ke arah menghangatkan suasana menanam orkid di negeri Pahang khususnya.

Jom kita saksikan 'pemandangan' 1TAHUN TBV.

Foto di bawah ialah spesimen Thecostele alata..saiz rumpun dia adalah sebesar setengah meter!
Deretan beberapa jenis Cymbidium...finlay ada, bicolor ada, chloranthum ada, dayanum ada dan yang paling best atropurpureum dan finlay alba pun ada.
Ke arah mencapai luas 3000 kaki persegi...
Pemandangan sepanjang rumah orkid.

Bila la nak berbunga 4 rumpun spesimen Coelogyne rochu ni... tak sabar nak melihatnya lagi..
Lagi pandangan petak pertama rumah orkid di TBV.


Pemandangan di dalam rumah orkid..memang agak serabut dan padat..sebab dah tak muat le.

Ant plant ni ditanam di pokok hidup dan terbukti memang ada banyak semut di pokok tersebut..

Pandangan dari belakang rumah orkid.


Tiang tiang buat sendiri je sebab nak jimat kos.. hampir separuh kos dapat dijimatkan.

Pandangan rumah orkid di petak ke-4 dan ke-5.
Pandangan di dalam rumah orkid petak ke-3
Pandangan di dalam petak ke-2

Dendro apa ntah ni... dapat kat orang asli di Muadzam Shah..hampir nak mati..cuba dipulihara di TBV.
Pandangan di dalam petak pertama

Monday, April 13, 2009

Kenapa Orkid Tidak Mahu Berbunga?

Ye kengkawan...Kita bertemu sekali lagi...

Kali ini cuba nak tuliskan pasal kenapa orkid TAK MAHU berbunga berdasarkan pemerhatian sendiri.

4 Sebab kenapa orkid tidak mahu berbunga ( merujuk kepada orkid yang bersaiz "BLOOMING SIZE" )

1. Spesis atau Hybrid
Biasanya spesis berbunga mengikut musim, Hybrid boleh dikatakan agak free flowering jika dibandingkan dengan spesis. kenal pasti dulu jenis orkid anda.

2. Pembajaan
Secara asasnya, tumbuhan berbunga atau berbuah termasuk orkid memerlukan unsur nutrien fosforus (P) dan Kalium (K) yang lebih tinggi berbanding Nitrogen (N) untuk membolehkan mereka berbunga atau berbuah. Gunakan baja yang high P and K untuk orkid yang mencapai blooming size

3. Pencahayaan
Pencahayaan yang betul juga mempengaruhi orkid untuk berbunga atau tidak. Jika terlalu gelap daripada yang sepatutnya diperlukan, orkid tidak akan berbunga.

4. 'Highland or Lowland'
Orkid dari tanah tinggi sukar atau tidak boleh berbunga di dataran tanah rendah tetapi boleh hidup.

Harap bermanfaat
Khairimhd

Friday, May 22, 2009

Potensi orkid menjana RM

  • Pasaran untuk orkid keratan sedang meningkat di antara 6-9 peratus setahun dan penggunaannya dijangka mencapai USD $35 billion. Di antara jenis orkid yang dieksport adalah Aranda, Vanda, Mokara, Arachnis dan Dendrobium. Jepun, EU dan Amerika Syarikat merupakan antara negara yang tinggi penggunaan orkid sebagai hiasan.]

  • Di pasaran global, Thailand merupakan pengeksport terbesar ke Jepun, EU dan Amerika Syarikat. Permintaan orkid sedang meningkat di pasaran dunia dengan adanya hibrid baru yang dikeluarkan oleh negara pengeksport yang dapat mengikut kehendak dan citarasa pengguna. Selain Thailand, Singapura turut mengeksport ke negara-negara tersebut.

  • Di Malaysia, nilai eksport negara menunjukkan tren meningkat dan pada tahun 2001 sebanyak RM11,360,387 dan eksport Malaysia sekarang tertumpu pada Singapura (52.3%), Jepun (21.6%) dan Australia (16.6%). Orkid dieksport mengikut gred, panjang tangkai dan kualiti.

  • Tanaman orkid di Malaysia tertumpu di beberapa negeri seperti Johor, Perak, Pahang dan Selangor. Dianggarkan seluas 774 hektar ditanam dengan pelbagai hibrid orkid komersil. 40% pengeluaran adalah dari Johor, 20.4% dari Perak dan 15% dari Selangor.
Sumber : Plan Pemasaran Orkid
P/S : Maaf ye kalau anda bosan dengan artikel artikel ini...sekali sekala anda berkunjung ke tangansejuk rasanya haruslah disuntik dengan 'side story' tentang orkid. Mana tahu anda teruja kan?

Tuesday, October 7, 2008

The Best Media for Paphiopedilum found in Malaysia :)

MEDIA UNTUK ORKID PAPHIOPEDILUM aka LADY SLIPPER ORCHID
( Media ini hanya berdasarkan pengalaman penulis sahaja)


Bahan bahannya ialah
1. Minima sepokok orkid Paphiopedilum
2. Span bunga yang digunakan untuk bunga segar ( sebab dia menyerap air )
3. Ketulan Batu kapur - marmar juga merupakan batu kapur so boleh juga diguna
4. Pasu plastik yang sesuai dengan saiz pokok papiopedilum anda
Cara gunakannya
1. Potong kiub span bunga tersebut kepada kiub yang lebih kecil. 1cm x 1cm atau 1.5cm x1.5 cm. Harga satu kiub dikedai bunga ialah antara rm2.00 - rm3.00. Penulis menggunakan mata gergaji besi untuk memotong kiub span tersebut
2. Masukkan ketualan batu kapur ke dalam pasu. Agak agaK setinggi 1-2 cm.
3. Masukkan kiub span bunga dan batu kapur. Dengan nisbah 3:1 sehingga 1/2 pasu.
4. Keluarkan orkid daripada pasu yang dibeli, cuci media yang lama. Hati hati jangan merosakkan akar pokok dengan teruk. Ingat petua : Root Good, Growth Good, Flower Good.
5. Masukkan orkid kedalam pasu baru. Letakkan orkid ditengah pasu. Masukkan kiub sapan dan batu kapur disekeliling akar orkid sehingga penuh. Penuh bermaksud sehingga pada pangkal akar orkid. Jangan timbus lebih daripada itu..kerana akan menghalang pengeluaran keiki dengan baik.
6. Tutup media orkid dengan batu kapur. Ini untuk menghalang span terkeluar akibat daripada penyiraman.
7. Siram media orkid sehingga basah.
8. Pembajaan Paphiopedilum : Hanya sebulan sekali dengan kekuatan 1/4 daripada dicadangkan dengan BGREEN Seaweed dan BGREEN Bloom & Fruit
9. Penyiraman Paphiopedilum : 3 hari sekali je.

Friday, May 1, 2009

My original bird house and...

Ni lah dianye rumah burung aku... 'very original' tu...baru siap dibina semalam. :)


Burung kelicap ni asalnya hanya menumpang lalu je..bila tiap pagi nampak aku siram orkid, dia akan datang singgah mandi di bawah rumah orkid aku.. aku pun cakap le dengan dia..
  • nko datang le tiap pagi mandi kat sini, memang aku siram orkid aku ni tiap tiap hari..lepas tu jangan lupa, nko tolong le jaga orkid aku ni dari ulat ulat yang tak elok untuk orkid aku.

Rasanya macam si burung ni faham kot cakap aku, memang tiap pagi dia ada, kalau aku lambat siram, dia dah berkicau bising kat luar.. minggu lepas aku tengok..

  • eh, nko dah buat sarang kat situ ye, dah nak jadi penduduk tetap ye..nko duduk le kat situ..doa-doakan le aku dengan keluarga aku ni masuk syurga.
Asal tempat si kelicap ni bersarang sebenarnya ialah dawai tempat aku sangkut orkid, tapi dek sebab banyak orkid-orkid di Klang ni dah di hantar ke TBV, tinggal kosong je le dawai..baru ingat nak cabut buang..tapi bila dah ada makhluk Allah yang tiada dosa ni menginap kat situ..tak jadi le aku.

Ha ni plak si tekukur yang duduk bertelur dalam pasu orkid aku.. lepas 2 bulan ...si tekukur ni dah ada 2 junior...kalau masa bebudak dulu tu mau aku tangkap dah kurung dalam sangkar..












Friends, here the benefits when you go for the organic gardening. All the lost nature sounds in urban area will be appeared again in your private area.

Saturday, July 16, 2011

Seminar Penanaman Orkid

Hari ini, aku dengan Otai Orkid Shah Alam, Cikgu Aris telah pergi menyampaikan ceramah berkenaan penanaman orkid di Sekolah Menengah Bukit Jelutong, Shah Alam, Selangor yang dianjurkan oleh Kelab Pencinta Alam sekolah tersebut. Ia juga turut disertai oleh para guru dan para ibu bapa pelajar.

Jam pertama ceramah disampaikan oleh aku sendiri dengan tajuk seperti kat foto bawah ni.

Kandungan ceramah aku terdapat 15 sub topik. Secara ringkasnya selain berkongsi cara penanaman orkid aku cuba bercerita 'another world' yang para pelajar boleh 'explore' berkaitan dengan orkid.

Selepas itu, jam kedua ceramah di sampaikan oleh Cikgu Aris tentang teknik tanaman orkid secara tutorial.

Seterusnya sesi soal jawab..hangat dengan pertanyaan daripada ibu bapa pelajar...banyak 'officialism' eeeemmmmmm yang keluar semasa sessi ini...tanda mereka semakin memahami teknik penanaman orkid.

Oleh sebab masa tidak mengizinkan, perancangan aku untuk sessi Bonus iaitu DOs and DON'Ts dalam penanaman sesuatu genus orkid secara praktikal tidak dapat aku jalankan.

Monday, July 19, 2010

Kajian Saintifik 2 hari

Maaf...topik ni agak berat sikit...sebelum aku bercerita lebih lanjut tentang kajian pendek aku ni..aku nak ucapkan terima kasih kepada Prof Madya Dr Zainazlan daripada Fakulti Kejuruteraan Elektrik, UiTM Shah Alam kerana telah meminjamkan pada aku 'data logger' untuk aku buat kajian pendek ini dan juga komen-komen berilmu daripada beliau tentang data-data yang telah aku perolehi..

Pengenalan
Kajian pendek aku ialah 'Pengaruh Iklim Mikro Dalam Penanaman Orkid : Kajian Awal'. Kajian telah dilakukan selama 2 hari sahaja di dua tempat yang telah dipilih untuk plot kajian iaitu; rumah orkid di Klang dan di TBV. Data-data yang ingin di lihat ialah variasi suhu, kelembapan, kandungan air dalam udara dan intensiti cahaya.

Kenapa aku pilih kajian ini?..berdasarkan pemerhatian aku; 1. Kualiti orkid orkid aku di TBV adalah jauh lebih baik masa aku tanam di Klang dahulu. 2.Ada orkid yang sukar berbunga di Klang lebih mudah berbunga apabila di bawa ke TBV. Maka, aku mahu cari jawapannya secara teknikal, bukan secara gebang kosong sahaja.

Cara kajian
'Data Logger' dibiarkan selama 2 hari di kedua-dua tempat untuk merekod 4 elemen yang aku nak tahu. Hari pertama di letakkan di bawah 'double layer net' dan pada hari kedua diletakkan di bawah 'single layer net' yang terdapat di dalam rumah orkid sedia ada. Kerja-kerja merekod dilakukan secara automatik setiap selang 5 minit oleh 'data logger'.

Keputusan kajian

1. Suhu
Suhu di Klang adalah lebih tinggi daripada TBV. Perbezaan suhu di TBV lebih besar iaitu 13.71 deg C berbanding di Klang hanya 10.48 deg C.

2. Kelembapan di TBV adalah lebih tinggi berbanding di Klang.

Daripada 2 graf di atas, menunjukkan semakin tinggi suhu, kelembapan akan menurun.

3. Kandungan air dalam udara tidak menunjukkan sebarang perbezaan yang ketara untuk kedua-dua tempat.

4. Intensiti cahaya di Klang adalah lebih tinggi berbanding di TBV.


Kesimpulan
1. Suhu sekitar purata 20 deg C, kelembapan purata about 90% dan intensiti cahaya yang sederhana memberikan keperluan untuk orkid hidup dengan lebih subur.

2. Perbezaan suhu yang tinggi di TBV membuatkan orkid lebih mudah berbunga.

Wednesday, February 17, 2010

Daripada Dr. Orkid katanya

Minggu lepas tangansejuk melawat seorang pengumpul orkid yang telah 17 tahun menjadikan menanam orkid sebagai hobinya di Taman Sri Semantan, Temerloh, Pahang Darul Makmur..kira-kira 60km daripada TBV. Pelbagai cerita tentang orkid disembangkan dalam masa sejam sebelum tangansejuk bertolak ke Kuantan untuk bertemu dengan seorang lagi peminat orkid.

Semoga panduan menanam orkid Phalaenopsis dapat memberi manfaat kepada pengunjung blog ini.

Cuaca TBV sekarang sangat panas dan terik ( iklim mikro)..perlukan 3 kali penyiraman...siraman waktu pagi adalah untuk membasahkan media supaya lembab..siraman tengah hari dan petang adalah untuk menyejukkan iklim nano di TBV.



Nota:
1. Siraman tengah hari boleh dilakukan kerana 'plant shade' di TBV direka supaya tiada orkid terkena cahaya matahari terus.
2. Iklim nano ialah iklim di dalam rumah orkid di TBV

Wednesday, October 31, 2012

Kenapa Vanilla bernilai tinggi?


Aku nak bercerita pasal Vanila lagi..iaitu perisa yang diperbuat daripada sejenis orkid liar..sebelum ni aku dah menulis satu artikel pasal Vanilla di dalam buku tulisan aku 'Variasi Teknik Menanam dan Menjaga Orkid'..... Sesaper yang belum beli...pergi ler beli...penerbit dia KarangKraf....ramai dah baca kata buku yang aku tulis ni best wooo, very informative ( ha ha ha.....bior aku jek diri aku sendiri sikit).

Rupa kulit buku yang aku tulis

Kali ni aku nak add info pasal penanaman Vanilla....supaya sesiapa yang nak melabur dalam perladangan Vanilla di Malaysia ni dapat beri pertimbangan sehabis mungkin tentang cabaran dan risiko yang bakal dihadapi.

Hujung minggu lepas...balik bercuti raya haji...aku tertengok dokumentari TV tentang sebuah rencana berkenaan Perladangan Vanilla..

Sebab tak tengok dari awal...aku ingatkan rencana itu berkenaan  Perladangan Vanilla di Malaysia...aku TERKEJUT bercampur GEMBIRA..sebab akhirnya ada Ladang Vanilla di Malaysia yang telah mengeluarkan hasil yang LUMAYAN...sekali layan  terus....rupanya di MADAGASCAR daaaaaa... dan negara ini memang terkenal dengan pengeksport Vanilla dunia...ladang-ladang Vanilla di sana kalo nak banding dengan negara kita...mcm ladang sawit la......depa ada ladang vanilla....kita ada ladang sawit..

Peta Madagascar...negara pulau yang dok sebelah Afrika


Ulang Nota;

1. Vanila adalah sejenis orkis liar yang digunakan sebagai perisa makanan yang dipanggil PERISA VANILA lerrr...aiskrim, kek, roti, wangian dan aku pernah jumpa KONDOM pun ada  VANILLA FLAVOUR...gitu ler kuatnye penangan Vanila kepada penduduk bumi.


Product akhir Vanilla 
(source of photo: bakingbites.com)

Kondom perisa Vanilla 
(source of photo: condomdepot.com)



2. Bunga orkid Vanila hanya mampu kembang setengah hari jerrr...di hutan ia didebungakan oleh sejenis lebah...lupa dah aku nama lebah tersebut...

Dua nota di atas cukup  untuk korang  ingat betul betul..ini adalah 2 ciri terkenal pasal Vanila.

Bila aku terus layan rencana tu.....aku simpulkan....VANILA BERNILAI TINGGI kerana prosesnya...prosesnya banyak  dilakukan secara MANUAL....

memang YA, sekilogram Vanilla boleh mencecah RM1000....wow! kayo memag kayo!

Meh aku  ceritakan prosesnya...ni apa yang aku tengok kek dalam rencana tu lerrr..

1. Vanilla kena tanam lerr...kasi besar....untuk ladang depa tanam dengan gunakan pokok perumah..sebab Vanilla ni hidup dia memanjat..melilit....

ada mitos pasal cerita Vanilla ni....dulu dulu di Zaman purbakala ....ada sepasang kekasih ...cinta larangan la.....sorang kaya sorang miskin......bila dah terhalang...depa lari masuk hutan..konon nak hidup mati bersama la....bila bapak awek dia dapat tahu....hantar satu team untuk trace depa...bila dah jumpa depa bunuh....darah mengalir dilantai hutan.....tiba tiba ( biasa la...perkataan yang biasa digunakan untuk scene move) aliran darah couple ni bertukar menjadi sejenis pohon yang terus tumbuh melilit ....pohon tu ler Vanila!

Bunga Orkid Vanilla 
(source of photo : spiceline.com)


2. Bila Vanilla dah besar...keluar bunga...tibalah masa yang PENTING...iaitu proses pendebungaan..kena secara manual sebab nak pastikan ia jadi buah...ye le..dah buat ladang kan!.....sebab bunga Vanilla ni kembang setengah hari jer....maka SETIAP HARI le  peladang perlu round  seluruh ladang untuk cari bunga yang bersedia untuk di debungakan ....so leceh kan...tak heran le kenapa harga Vanilla mahal!

Proses pendebungaan pun kena ada skill juga...TIP yang aku dapat dari otai otai orkid...bunga orkid bersedia utk didebungakan bila dah terdapat LENDIR kat stigma dia....ala macam manusia gak la....bila  dah BERAIR..tu tanda  korang dah BERSEDIA untuk buat finishing kan?....orkid mcm tu jugak la..

Cara pendebungaan Vanilla 
(source of photo : spiceline.com)


3. Bila dah didebungakan...kena tunggu jadi buah... dah ambik masa lagi....tak heran le kenapa harga Vanilla mahal!

4. Bila dah berbuah dan bersedia dituai....petik le dari pokok ke pokok....lepas tu bawak ke tempat pengumpulan...proses mengGRED pun dilakukan...juga secara MANUAL...tak heran le kenapa harga Vanilla mahal!

5. Lepas dah gred, depa rebus plak vanilla tu...untuk tujuan matikan sebarang anasir anasir yang boleh rosakkan buah tu.....buah  buah vanilla yang tengah direbus tu plak kena di kacau.....HANYA YANG EXPERT jer boleh kacau buah tu...kalau takat  masuk kerja baru 3 hari...jangan harap le......mao kena terajang!...Experts tu le akan decide dah boleh angkat ke belum....Memang dia power....ala ala DIKTATOR!....tak heran le kenapa harga Vanilla mahal.

Buah Vanilla segar
(source of photo : vanillareview.com)

6. Lepas tu depa kena keringkan..dibawah sinaran mentari.....proses ni diulang ulang..sehingga buah vanilla betul betul kering....masa ni buah vanilla yang asalnya hijau dah bertukar rupa ke coklat gelap...pagi jemur ...petang depa bungkus balik dalam plastik...esok pagi datang ...keringkan lagi.....petang bungkus....sebab nak pastikan buah vanilla tu betui betui dah kering..... kalu pagi tu baru je jemur....selang 15 minit ..hujan turun..depa kalut le angkat masuk balik dalam plastik......semua MANUAL....so, tak heran le kenapa harga Vanilla mahal!

Proses pengeringan buah vanilla 
( sourceof photo :  spicelines.com and worwildlife website)


7. Lepas tu....Bangggg... Mari makan...wife aku panggil untuk dinner....tak sempat le aku nak habiskan tengok rencana tu....dek .sebab keluarga mentua aku duk ramai dah standby nak makan sekali....aku bangkit le pergi makan....

tapi aku rasa proses proses yang sempat aku tengok dan cerita balik kat sini dah cukup untuk beri gambaran kat korang pasal pemprosesan Vanilla kan?

Haaaa macam mana? Nak buat ladang Vanilla di Malaysia tak?