PENGUMUMAN PENTING

FESTIVAL Anggerik Shah Alam kali ke 20 telah dibatalkan oleh Jabatan Taman dan Rekreasi MBSA. Harap maklum.

Page Abstract

1. Main
The main page of this blog. You are here. Page that collects photos from our plants collection(mainly orchids) that are flowering at the posted time.

2. About TBV
Introduction of TBV and Bera district (where TBV is)

3. About Pahang
Anything about the state of Pahang, such as interesting places to visit, activities of the population and many more.

4. Diseases
Share about the common diseases always occur to your orchid in the tropical climate.

5. Fungicide
The type of fungicide available in Malaysia to treat the plant's diseases.

6. Pesticide
The type of pesticide available in Malaysia to treat the plant's pest.

7. Fertilizer
The fertilizers that we use for our plants.

8. Nature
Any photo about the beauty of the nature in Malaysia from our view. They are may about the tree, waterfall or animal.

9. Insect
The page that collects my photo from macro shoot. Subject are all kind of insects found around my garden.

10. Scene
The page that collects all photo taken by my intuitive, something that caught my attention suddenly.


Tawaran hebat melalui Karangkraf Mall

Tawaran hebat melalui Karangkraf Mall

Bab Bonus

Buku ini juga membincangkan mengenai perladangan Vanila di Malaysia di dalam Bab Bonus. Penulis memberi pandangannya mengenai permasalahan yang perlu diatasi sebelum melakukan pelaburan di dalam perladangan Vanila di Malaysia.

Thursday, April 30, 2009

Panduan membeli orkid

Kawan kawan..

Saya kongsi berdasarkan pengalaman dan pemerhatian selama 7 tahun mengumpul dan menanam orkid. Sebelum ni saya telah tulis dari aspek yang lain di sini.

Seperti diketahui.. orkid bukan di kawal harganya oleh Kerajaan Malaysia. Memang terdapat perbezaan harga di antara satu nurseri dengan nurseri yang lain. Kenapa ini terjadi? Saya akan cerita di lain kali ye.. Walau apa pun harga yang anda bayar, mestilah ia berbaloi dengan orkid yang anda pilih. Maka, pilihlah orkid yang memberi anda risiko yang amat rendah untuk mati!

Apa yang perlu anda lihat?
  • Akar - pilih akar yang sihat, tiada penyakit..ingat petua ni.. root good, growth good and flower also good. Akar yang tidak sihat menyebabkan risiko anda untuk menghantar orkid yang dibeli ke 'syurga' adalah amat cerah. Akar orkid yang sihat biasa berwarna putih atau 'silverish' dengan dihujungnya terdapat sebahagian akar yang berwarna hijau muda atau coklat.

Contoh foto-foto akar yang sihat













Contoh foto-foto akar yang tidak sihat























  • Daun - daripada keadaan daun juga kita boleh ketahui sama ada orkid yang anda idamkan itu baru di tanam atau tidak. Ia akan kelihatan 'dehydrated' dan kurang 'berseri'. Orkid terus di tanam dan kelihatan 'established'. Kenapa penjual suka berbuat begini? Tujuannya ialah boleh menaikkan sedikit harga. Tetapi jika anda tak dapat menahan nafsu dan ingin juga membeli yang baru di tanam itu, tiada masalah pun! :) ( biasa terjadi hal ini terutamanya membeli orkid spesis)
Daun yang sihat 'dan berseri'


Daun yang memberi tanda 'dehydrated'













  • Rajin berbunga - Bagaimana untuk mengetahui orkid yang anda beli akan rajin berbunga? Kita boleh lihat berdasarkan tangkai-tangkai bunga lama yang terdapat pada pokok orkid tersebut. Walaupun dari jenis yang sama, setiap orkid memberi sifat 'rajin berbunga' yang berlainan. Ini adalah disebabkan oleh genetiknya, sama seperti manusia (walaupun dari ibu-bapa yang sama tetapi anak-anak mempunyai muka yang berlianan kan?).


Pokok bulbophyllum ini mempunyai banyak tangkai bunga yang telah kering. Ini merupakan tanda ia rajin berbunga.

Pokok orkid mokara ini akan berbunga setiap kali selepas 2 daun baru tumbuh. Ini dilihat pada tangkai bunga yang kering padanya.

Begitu juga Aranda ini. Pada setiap 3 daun baru yang tumbuh dia akan berbunga.









  • Kualiti - adalah sebaiknya anda memilih orkid yang mempunyai bunga yang berkualiti tinggi. Ini adalah kerana ia senang dijual balik jika mahu dan juga berpotensi untuk menang hadiah di dalam pertandingan orkid. Anda mestilah mahir melihat kualiti bunga. Tetapi awas, terdapat beberapa nurseri yang menjual orkid mengikut kualiti bunga. Dan adalah biasa, harga orkid yang baik kualiti bunganya lebih tinggi dari yang 'cokia' kualitinya. 'So', tepuk dada tanya selera.

  • Bebas penyakit - pilih orkid yang bebas daripada sebarang penyakit akar dan daun. Terdapat penyakit orkid yang mudah merebak. Anda sudah pasti tidak maahu ia terjadi pada koleksi kesayangan anda kan? Anda perlu mempunyai pengetahuan tentang penyakit orkid untuk tujuan ini. Jika tidak anda akan kena 'kelentong' oleh penjual. Contoh, ala sikit saja ni, balik you potong daun dan kasi racun, mesti 'settle' la ( lepas tu mesti anda tanya racun apa nak pakai kan?, dah kena beli plak racun)
  • Rumpun yang besar - selepas kelima-lima faktor di atas dipenuhi, sudah tentu anda akan mencari rumpun yang besar. Tetapi awas, rumpun yang besar mungkin memberi harga yang juga berlainan. Terdapat beberapa nurseri yang menjual orkid berdasarkan saiz rumpun.

Orkid adalah antara tanaman yang lambat pertumbuhannya. Membeli rumpun yang besar semestinya pilihan yang baik.


Tanduk tanduk

Platycerium stemmaria .. ni berasal daripada Madagascar. Pembiakan melalui spora dan 'pup' yang keluar pada induknya.. antara spesis yang aku minati sebab 'shield frond' dia yang unik.


Platycerium ridleyi .. spesis daripada Malaysia yang sentiasa 'hot' di seluruh dunia.. memang menjadi idaman setiap pengggemar paku pakis. Dikenali dengan nama Tanduk Kijang oleh penduduk tempatan. Pembiakan hanya melalui spora.

Wednesday, April 29, 2009

'Alba' yang tak laku

Lunch tadi pergi hantar 'seed pod' ke nurseri X untuk buat 'motherflask'.

Sembang-sembang dengan tokeh nurseri tu, dia tanya aku.. Khali, lu ada Dendrobium similae 'pink' ka? ...


  • Aku : Ada la tokeh but not so pink la, only at the base of the flower..I also look for real pink similae lor..
  • Tokeh : Aiya, ramai orang cari le sekarang.

  • Aku : Buat apa cari 'pink', thats normal form, cari alba la..baru syiok

  • Tokeh : Alba saya banyak maa, ( tokeh tu keluarkan buku dendro spesis dia dan tunjuk kat foto Dendrobium similae 'pink' tu ).. Khali, lu ada ini macam ka?

  • Aku : Haaa, like that ka? 110% same as mine lor... bloomed last month .. 5 infloresence maaa.

  • Tokeh : Ho? Ya ka? Kasi jual sama saya maa, ramai orang cari maa..selalu tanya saya..
  • Aku : So sorry maa, saya ada satu saja ( Bila dah tahu ramai orang cari 'pink' lagi le aku tak mao jual :) )

( Dulu aku ada 2 pokok, frust punya pasal sebab tak pernah bunga, aku jual satu pot tahun lepas kat seorang Dato di Negeri Sembilan, yang satu lagi ni aku hantar ke TBV...tahun ni baru dia berbunga )

  • Tokeh : Potong sikit kasi saya pun OK lor..

  • Aku : OK, OK ....but let me check first..the plant at my kampung..if can cut...sure can la, give the cutting to you...but I don't want to sell it to you, consider as exchange la.
  • Tokeh : OK lor, just take any plant here for that similae 'pink'

P/S : Rupa-rupanya similae 'pink' ramai orang cari ye..dan susah nak dapat sekarang ye... Hhhhmmmmm : )

Pepatah Cina

Jika 20 tahun dulu anda terlepas peluang menanam pokok. Peluang kedua yang terbaik adalah SEKARANG!


p/s: aku suka dengan pepatah ni, tu saja 'share' dengan anda semua. Aku dapat masa 'meeting' jabatan.

Tuesday, April 28, 2009

Blooming in 4th week of April 2009


























































































































Mereka keluarga Nenas.

Artikel berkenaan Tillandsia oleh aku pernah disiarkan di akhbar Harian Metro. Klik di sini.

Aku tertarik dengan Tillandsia kerana struktur daunnya yang pelbagai dan keunikkan dia berubah warna apabila tiba musim berbunga.

Tillandsia schideana











Tillandsia funckiana
Cantikkan? Antara spesis yang aku minati.












Tillandsia ionantha 'Rosita'















Tillandsia ionantha X Tillandsia brachycaulos

Dia ni tengah nak berbunga. Tu yang 'transform' dari warna hijau ke merah. Tillandsia hibrid boleh dibezakan melalui struktur daun dia. Kalau orkid melalui bunga.



Tillandsia brachycaulos
Tillandsia ni asalnya bewarna hijau. Bila nak berbunga dia tukar daunnya jadi warna merah.









Tillandsia stricta 'Silver Star'






Ilmu baru buat aku.

Kawan-kawan ,
  • kenalkah anda dengan pokok ini?.. Peperomia pellucida, di Malaysia ia dikenali dengan pelbagai nama. Bayam air, Sirih cina, Ketumpangan air dan Maman air adalah antara nama yang diberi.
  • Pokok ini tumbuh dengan banyak dan subur di bawah pondok orkid aku di Klang. Aku anggap ia sebagai rumpai di dalam pasu orkid. Tetapi memang aku tahu ia merupakan sejenis herba yang digunakan untuk merawat demam panas kerana sifatnya yang 'sejuk'.
  • Aku memang tidak menggunakan sebarang racun kimia lagi untuk koleksi tanaman aku. Apakah kaitannya? Begini ceritanya..
  • Suatu petang, jiran aku ( seorang cina ) datang menegur aku dan meminta aku mengambil pokok ini. Aku kata tiada masalah sebab memang aku selalu buang pokok ini daripada pasu orkid, untuk mengelakkan persaingan zat baja antara ia dengan pokok orkid kesayangan aku.
  • Aku bertanya apa tujuan dia ambil pokok ni...jiran aku kata isteri dia baru bersalin dan terkena buasir, dia perlukan pokok ini untuk merawat buasir isterinya.
  • Nah..satu ilmu baru aku telah perolehi! Pokok ini boleh merawat buasir. Dia juga pesan, orang perempuan tak boleh amalkan selalu minum air rebusan pokok ni, sebab ia bersifat sejuk, susah nak mengandung.
  • Sehingga kini, sudah 3 kali jiran aku ni datang memungut Peperomia pellucida ini.
Kesimpulan:
  • Nasib baik aku tidak menggunakan lagi racun kimia, maka 'on the spot' jiran aku tu boleh guna pokok ni.
  • Aku perolehi satu lagi ilmu perubatan cina, kalau dulu sensei cina ajar aku khasiat kulit manggis untuk merawat gout, sekarang pokok ni untuk buasir pula.

ITULAH ALAM.. Sungguh mendamaikan.

Cat's Tail

Lycopodium squarrosum. Malaysian people called it Cat's Tail. Enjoy the GREEN!










For details, click here , but sorry guys, its in Malay.

Lycopodium dalhousianum

Friends,

Here the rare exotic fern allies from Malaysia! Known as Lycopodium dalhousianum. Also popular as Blue Fern. For local people in Pahang state ( 1 of Malaysia state ), they called it Ekor Kuda ( Horse tail ).

This lyco can reach 4 meters long. I propogate my L. dalhousianum through stem cutting and clump division. If you grow it through stem cutting, need to wait about 5 to 6 months to see the keiki. And yes, stem cutting technique take a long time but it will give you more plants in a period of time. Refer to my graphic article about this technique here.


Clump division easier than stem cutting. But, you need to sacrifice your big beauty clump into a several small clumps. Every division should have minimum 2 stems to guarantee your success.


For media, I used only 100% Sphagnum moss to grow all of my lycos. At the surface of the media I grow a living moss for nature look.


I feed my lycos with seaweed based fertilizer. Also another organic fertilizers. Becareful if you feed them with chemical fertilizer, never overdose! Or it will burn your plant root.


L.dalhousianum need 50% sunlight to grow well and will give you healthy leaves. Usually silverish green color.

Currently, I have 10 pots of L.dalhousianum. I wish to multiply my 'Horse tail' until 100 pots. End of this year, if no problem with disease infection to my stem cutting, I'm sure will have about another 20 pots of L.dalhousianum. And, all of them is NOT FOR SALE. That's why the TBV: Private Conservation Centre built for.

Monday, April 27, 2009

TBV : Perancangan seterusnya...

Tanaman air. Ya..inilah pokok seterusnya akan menghiasi TBV, aku merancang untuk kumpul segala jenis teratai dan telipuk untuk di letakkan merata kawasan TBV.

Untuk apa? Sebab aku nak 'increase humidity' kawasan sekitar TBV. Pasti orkid-orkid lebih suka dengan 'nano-climate' begini. Saja aku gunakan istilah 'nano-climate' sebab dalam bidang 'engineering' sekarang, istilah 'nano' telah popular.

Macro climate - Iklim Malaysia, Micro climate - Iklim di Triang, Pahang, Nano-climate - Iklim di sekitar rumah aku le.

Berbalik pasal tanaman air, tengah 'survey' harga kolam simen yang tingginya dalam 1.5 kaki sebagai bekas tanaman le. Insya Allah, sebelum habis tahun ni, akan ada le beberapa kolam untuk tanaman air ni.

Heliconia, Alocasia, Dendrobium dan Tacca

Hujung minggu lepas balik ke kampung lagi. Kali ni aku angkut semua Dendrobium 'Curly and Horn' ke TBV, bersama dengan beberapa jenis Alocasia dan 'Bat Lily'. Sampai ke TBV pukul 1.00 pagi, Sabtu.

Si Heliconia Dinasour dan Heliconia Devil's Tounge, member tolong bawakan sebab kebetulan dia nak ke Pahang pada hari Sabtu. Yang 'best'nya, member tu hadiahkan lagi 5 jenis heliconia..Syiok sungguh la. Kira dah ada 7 jenis Heliconia dalam masa 4 hari je..hujung bulan ni akan tambah lagi 3 jenis sebab dah 'book' kat akak di nurseri Dengkil tu. Heliconia ber'7' ni belum sempat di tanam sebab dok sibuk tanam si Dendro 'Curly' tu.

Heliconia ni akan di tanam di belakang rumah, berdekatan dengan sempadan reban ayam jiran belakang. Bukan apa, nanti boleh dapat baja 'free'..bagitao je kat jiran tu, kalao tak tao nak buang mana tahi ayam tu, campakkan je kat Heliconia ni. ( Tip: Heliconia adalah tanaman yang 'kuat makan' baja )

Sekarang sedang me'reiki' info pasal Kemboja plak, nak tanam beberapa pokok di hadapan rumah di kampung..nak jadikan pokok kemboja ni sebagai pokok perumah untuk Tillandsia.

Tangansejuk.

Thursday, April 23, 2009

Jangan stress nanti kena strok!

Tajuk di atas merupakan antara 'pegangan' cara menjaga kesihatan aku..kalau aku rasa 'stress' aku tinggalkan je keje..kasi 'cool' balik baru sambung.. bukan apa, nanti kena strok susah! Sape nak jaga pokok pokok di TBV.. :)

Kebetulan hari ni gaji..apa lagi.. 'lunch hour' tadi sempat le aku pergi membuang 'stress' aku ni..ke mana lagi kalau bukan ke nurseri le.. secara tak sedar ( tipu je ni ) aku dah sampai Dengkil.. dengar cerita nurseri kat sini ada jual Heliconia GERGASI...

Gambar sebelah ni ialah 2 Heliconia GERGASI yang aku beli.. asalnya aku hanya bertanyakan Heliconia Dinasour je..sekali kakak nurseri tu 'offer' aku 'another' GERGASI.. sambar je le ..duit tengah ada.. kang kalau tak angkat sampai rumah asyik teringat je ye tak ( petua membeli orkid telah aku 'apply'kan ).. 2-2 pokok ni akan aku bawa balik untuk menjadi penduduk tetap di TBV pada hujung minggu ni.

Jom aku cerita sikit pasal 2 GERGASI ni. Kita mula pokok dari kiri ye..

  • Heliconia mariae X Heliconia pogonantha cv Bushmaster - Ia lebih popular dengan nama Heliconia Dinasour. Sebab apa? sebab pokok matang boleh mencapai ketinggian 6 meter! Rasanya setinggi rumah teres 2 tingkat ni...Bunganye plak berjuntai sepanjang setengah depa! Setiap tangkai bunga ada sekitar 60 kuntum bunga!

  • Heliconia longa - Akak nurseri tu panggil Heliconia Devil's Tounge sebab bunga dia nampak menakutkan.. Kaler merah katanya..Si Lidah Setan ni, pokoknya boleh mencapai tinggi 7 meter! Tangkai bunga dia panjang dekat sedepa! Setiap tangkai ada lebih kurang 60 kuntum bunga!

Nanti kalau depa ni dah berbunga di TBV..aku akan tepek gambornya di sini.

Wednesday, April 22, 2009

Dendrobium Siah KoKo : A rare 'curly and horn' hybrid



Dendrobium Siah KoKo. If you search the internet, very little info about this plant, I just heard about it around May 2005 from the orchid friends of Shah Alam member. They talked about the beauty twisted petal. Its drooled me to have it.

I asked about this plant in the 'orchidofmalaysia' forum 2 years ago....a malaysian orchids forum, owned by 'sifu' Rosli , the founder of new dendrobium species that called Dendrobium trengganuense in 2004.

I got replied by 'sifu' Nik and here it is..

"Hi all,

I were just curious about this hybrid and this is what I found out:

  • Den. Siah Ko-Ko = Den. Ethel Kawamoto x Den. Constance. Registered by Lee Kim Bak in 1966.
  • Den. Ethel Kawamoto = Den. Shibata x Den. discolor. Registered by Kawamoto in 1952.
  • Den. Shibata = Den. taurinum x Den. tokai. Registered by Tanaka in 1947.
  • Den. Constance = Den. discolor x Den. lasianthera. Registered by Laycock in 1940.

So this is a very old complex hybrid and consist of 4 Den. species i.e. discolor, taurinum, tokai and lasianthera.


I'm especially interested in Den. tokai Rchb. f. as this is the first time I've heard of it and it seems that it is a very pretty species from the Pacific Islands of Fiji and Tonga. The only picture I can find on the net of this species is on a Fiji stamp. Anybody has this species?


Nik "

February 2009, I just saw the flower of Dendrobium Siah Koko, live at orchid friend's house in Shah Alam. Yup, its twisted petal verrrryyyyyyyyyy nice! The flower in brown color.

Last month I got an orchid plant without flower. The owner said, its nice curly dendrobium. Today this plant give me a full bloom. And yessssssss! Its Siah KoKo!


Want to see the photo? Please wait.... :)

23/4/2009 - As I promised.. here the photo of Dendrobium Siah KoKo.. can you help me to count the number of twists at its petal? :) :)

Tuesday, April 21, 2009

TBV : Dulu dan sekarang

Jom kawan-kawan kita lihat perubahan TBV : Private Conservation Centre.

Ia bermula hanya dengan 4 tiang! Keluasan bersaiz 10 kaki x 8 kaki sahaja. Sedikit demi sedikit, aku 'develop' gunakan duit gaji aku le..simpan sikit sikit..

Tengok le pokok orkid yang kat sebelah ni..hanya Grammatophyllum scriptum je 'landing' kat bawah..kat atas plak ada le sikit Cymbidium bicolor yang aku kait daripada pokok kelapa sawit di tepi jalan nak masuk ke kampung aku, kalau korang perasan ada gak la Coelogyne rochussenii tergantung.

Masa dalam 'stage' ni, orkid-orkid koleksi aku masih banyak berada di Klang. Ingat dah siap baru nak angkut le ke TBV ni. Tengok le gambar sebelah ni, perasan tak tiang dah naik lagi 2 batang, 'so area' dah tambah jadi 20 kaki x 8 kaki le.


Haaaa..ni plak yang terkini setelah hampir setahun aku fokus pada TBV ni. Orkid orkid aku dari Klang dah mula dipindah masuk ke sini. Foto sebelah ialah deretan orkid daripada famili Cattleya. Aku dah mula kumpul orkid jenis ni lepas banyak berbunga bila berada di TBV ni. Mungkin perubahan suhu siang-malam yang tinggi berbanding dengan di Klang.

Ni plak, seksyen Cymbidium dan Dendrobium. Aku suka Dendrobium jenis 'pendulous'. Cumbidium yang berada dalam koleksi aku sekarang ialah Cymbidium bornense, Cymbidium bicolor, Cymbidium atropurpureum, Cymbidium dayanum dan Cymbidium aloifolium..Apa? Korang tanya kenapa tak dak Cymbidium finlaysonianum... Ada la, tapi kena tambah sikit kat hujung tu 'var flava' ..he he he. Yang biasa aku tak dak nafsu nak simpan lagi..sebab gerenti senang dapat punya lah

Ni plak 4 'clump' Coelogyne rochusseni. Aku pun dah mula kumpul orkid daripada famili ni.. ye le, 'since' kawasan di TBV masih luas lagi, boleh 'main' dengan banyak jenis orkid. Orkid aku di Klang masih banyak lagi..rasanya ada lagi dalam 300 pokok yang nak di bawa masuk ke TBV. Slow slow la angkut. Guna WIRA je!

Di sini aku 'quote' beberapa komen daripada kawan-kawan forum di CARI berserta dengan komen daripada aku.
  • Paradox11 : nampak sungguh teratur ur orchid house, tak mcm saya punya, sini ikat tali wayar tepon, sana wayar kipas rosak, sini kayu belian, sana paip besi...
  • (tangansejuk : tuan, dah banyak kali ubah 'arrangement' tu, tapi masih tak puas hati lagi ni, rasanya bakal berubah lagi la )
  • haniman : Wah sarat betul rumah orkid sifu.
  • (tangansejuk : kak, TBV buat masa sekarang ada dalam 300 pokok orkid)
  • alifinara : Kat kampung ke nih?
  • (tangansejuk : kat TBV)
  • har123 : amboi Sepol...hebatnya..bila nak bawa kita-kita gi melawat situ?
  • (tangansejuk : kak, jemputla datang melawat, entry FOC je )
  • harris : saya pun teringin nak melawat, don't worry gunting saya bawak sendiri. segan nak menyusahkan tuan rumah tak tahan tengok clump coel rochus bila la saya punya nak jadik besar tu...
  • (tangansejuk : GUNTING DIHARAMKAN! he he he he)

The blooming Bulbophyllum phalaenopsis : Frame by frame

1. Here the flower bud! At the beginning I thought just a another bud for its new leaves.


2. From day to another day, the bud grew big.. That time I realized, its not leaves but it will give me the first bloom. Yaaiieaahhooo!

3. The green hairy structure occured around every single flower. Look like a tennis ball!


4. Nah! The colors start from the based of the flower. And yup, its red! If an alba..I will be hunted by orchid collectors around the world. He he he he he.

5. Here the full bloomed!





6. Lets explore the inside of its flower. Everything in RED tone.